Majlis Perbandaran Sandakan
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Januari 1982 |
Bidang kuasa | Bandar Sandakan |
Ibu pejabat | PO Box 221, 90702 Sandakan, Sabah, Malaysia 5°50′24″N 118°7′0″E / 5.84000°N 118.11667°EKoordinat: 5°50′24″N 118°7′0″E / 5.84000°N 118.11667°E |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | www |
Majlis Bandaraya Sandakan (disingkatkan MBS) ialah sebuah majlis bandaraya yang mentadbir kawasan perbandaran di Sandakan dalam negeri Sabah, Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Majlis perbandaran ini dibentuk pada 1982 berikutan penggabungan Lembaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982. Jawatan "Pesuruhjaya" digantikan dengan "Presiden" manakala "Pegawai Kerja" menjadi "Setiausaha".[1] Pada 1 January 1984, Pejabat Daerah Sandakan dimansuhkan oleh kerajaan negeri dan beberapa tugasan diserahkan di bawah tanggungjawab majlis perbandaran.[1] Pada April 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah Hajiji Noor menyatakan bahawa Kabinet Sabah memutuskan untuk menaik taraf kedudukan majlis perbandaran kepada Majlis Bandaraya Sanakan dengan perancangan pada 1 Julai.[2] Walau bagaimanapun, berikutan perubahan tampuk pemerintahan selepas pilihan raya 2018, perancangan tidak menjadi kenyataan. Pada 4 September 2018, Presiden majlis digantikan dengan Presiden baharu dengan tumpuan yang diberikan kepada perkara lain.[3] Menerusi kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 5 Ogos 2019, kerajaan baharu akan menyambung perancangan untuk menaik taraf Sandakan sebagai bandar raya kedua di Sabah.[4]
Presiden
[sunting | sunting sumber]Sejak 1982, bandar ini telah diketuai oleh sebelas presiden. Berikut ialah senarai presiden:[5]
No | President | Term start | Term end |
---|---|---|---|
1 | Mohd Tahir Jaafar | 1982 | 1983 |
2 | Abdul Ghani Rashid | 1984 | 1986 |
3 | Kamaruddin Linggam | 1986 | 1988 |
4 | Ignatius J. Bantoi | 1988 | 1995 |
5 | Leong Chen Kong | 1995 | 1996 |
6 | Claudius Roman | 1996 | 2000 |
7 | Adeline Leong | 2000 | 2004 |
8 | Yeo Boon Hai | 2004 | 2009 |
9 | Ir. James Wong | 2009 | 2018 |
10 | Hii Chang Lik | 2018 | 2019 |
11 | Wong Foo Tin | 2019 | Penyandang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Pengenalan MPS [Pihak Berkuasa Tempatan]" [MPS Introduction [Local Government Authority]] (dalam bahasa Malay). Sandakan Municipal Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Vesta Vanessa Jsol (17 April 2018). "MPS bakal dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Sandakan" [MPS will be upgraded as Sandakan City Council] (dalam bahasa Malay). New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Mardinah Jikur (5 September 2018). "New MPS chief vows to make Sandakan among the best". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.
- ^ Larry Ralon (6 August 2019). "City status for S'kan plan". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2019. Dicapai pada 7 August 2019.
- ^ "Senarai Pengurusi, Pesuruhjaya dan Presiden" [List of Managers, Commissioners and Presidents] (dalam bahasa Malay). Sandakan Municipal Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris)