Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut
Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan |
Ditubuhkan | 1 Januari 1965 |
Nombor sekolah | 6097866334 |
Kod sekolah | DEA4287 |
Faks | 6097860368 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut atau nama ringkasnya SMK Tok Janggut, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut memiliki 710 pelajar lelaki dan 799 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1509 orang. Ia mempunyai seramai 123 orang guru.2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut (juga dikenali sebagai SMKTJ atau SEMENTOJA) ialah sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan yang terletak di Kampung Kelubi, Jalan Pasir Puteh – Kota Baru, Pasir Puteh, Kelantan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]- Mula ditubuhkan pada 1 Januari 1965 dengan nama Sekolah Aneka Jurusan.
- Sebelum tahun 1966, para pelajar sekolah ini menumpang di SK Pasir Puteh (L). Pada masa itu, para pelajar seramai 273 orang, guru seramai 13 orang dengan 7 buah bilik darjah.
- Pada 15 Oktober 1966, bangunan sekolah baru di Kampung Kelubi, Jalan Pasir Puteh – Kota Baru telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Mohamed Khir Johari dan diberi nama Sekolah Menengah Rendah Pasir Puteh.
- Pada 1967, pelajar sekolah ini mula mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
- Pada 1973, pelajar mula mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pada 17 Mac 1974, nama sekolah ini ditukar kepada nama Sekolah Menengah Tok Janggut mengambil nama sempena nama pejuang tempatan yang menentang Inggeris iaitu Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang juga dikenali dengan nama Tok Janggut. Perasmian nama baru sekolah ini telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohamad Bin Yaacob.
- Pada 1986, pelajar mula mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (STP).
- Pada tahun 1986 juga, pengambilan pelajar aliran sains seramai 32 orang bermula.
- Pada 1 Januari 1998, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut selaras dengan peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lencana sekolah
[sunting | sunting sumber]Lambang
[sunting | sunting sumber]- Kijang – Lambang kerajaan Kelantan
- Obor – Menyemarakan perjuangan menuju kejayaan
- Bulatan teknik – Mempraktikan imaginasi dan daya usaha dalam berbagai-bagai bidang kemahiran.
Warna
[sunting | sunting sumber]- Merah – Semangat perjuangan Tok Janggut yang diwarisi sehingga kini.
- Biru muda – Kecintaan kepada sekolah sebagai tempat menimba ilmu.
- Kuning – Warna kerajaan Negeri Kelantan di bawah naungan Raja yang memerintah.
- Putih – Kesucian dan ketulusan hati murni pendidik untuk mendidik anak-anak yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Lencana SMK Tok Janggut
Cogan kata
[sunting | sunting sumber]Hidup Biarlah Berjasa
Cogan kata ini menyeru semua pihak iaitu guru, pelajar dan ibu bapa mengembleng tenaga untuk berbakti bagi meningkatkan mutu pendidikan. Guru-guru yang komited dan berjasa dapat membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, intelek, emosi dan rohani.
Para pelajar pula dikatakan berjasa apabila mereka menjadi seseorang yang berdisplin, berakhlak dan cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Ibu bapa berperanan dalam pendidikan dengan menentukan anak-anak mereka belajar berterusan ketika di rumah serta memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Tegak teguh berdiri sementoja
Memayungi Putra Puteri tercinta
Jasa-jasamu dikenang sentiasa
Keranamu Penyambung citajaya
Medan bakti pada nusa dan bangsa
Pahlawan terbilang bersemangat waja
Menjadi lambang menggunung cita-cita
Putera-puterimu pastikan berjasa
Berkat gigih guru-guru yang setia
Iman takwa pedoman di jiwa
Berdisiplin dan berdedikasi
Mewarnai insan-insan yang murni
Kami bersatu mencapai cita suci
Semoga tuhan akan merestui
Kami bangga dengan mu
Sementoja
Kami bangga dengan mu
Sementoja
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut
- Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu
- 16800, Pasir Puteh
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097866334
- Faks = 6097860368
Pengasas sekolah
[sunting | sunting sumber]Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Lan Hawari Bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada tahun 1937 dan mula memegang jawatan pengetua sekolah pada 1 Januari 1965. Beliau telah berkhidmat selama 2 tahun 8 bulan dan pada 30 Ogos 1967, beliau telah melanjutkan pengajian di Belton College, England.
Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada tahun 1992 dan telah meninggal dunia sewaktu menunaikan haji di Mekah pada 29 Mei 1992.
Bekas pengetua sekolah
[sunting | sunting sumber]- Allahyarham Tn.Hj.Lan Hawari b Ahmad 31.01.65 - 31.12.67
- Tn.Hj.Omar b Hj.Ismail 01.01.67 - 31.05.70
- Tn. Hj.Omar b Ismail 21.01.71 - 31.12.70 B.A
- Tn. Hj.Nik Mohd. Amin b Hj.Nik Jaafar 01.01.73 - 31.01.75
- Tn. Hj.Mohd. Jelani b Jaafar 01.12.75 - 31.03.82
- Tn. Hj.Hussein b Ahmad 01.10.82 - 15.01.84
- Tn. Hj. Alwi b Hj. Yusoff 01.02.84 - 15.01.87
- Tn. Hj.Nik Yusoff b Hj.Daud 01.02.88 - 01.02.90
- Tn. Hj.Ramlee b Mohd. Zain 03.02.90 - 01.04.91
- Tn. Che' Daud@Zakaria b Yacob 02.04.91 - 15.11.95
- Tn. Hj.Mohd. Salleh b Hj. Hussain 16.11.95 - 15.08.96
- Tn. Hj.Azmin b Ag.Chik 16.11.96 - . .2001
- Ismail Bin Ghazali
- En.Maharon Bin Hamat 16.07.07 - . . .
- Tn. Hj. Omran bin Sidek
- Tn. Hj. Iberahim bin Mat 2011-2014
- Pn. Hjh Noor Khairiyah Khor bt Abdullah Jun 2014
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Majalah SEMENTOJA, Bilangan 30 1996. ms 11.