Sekolah Kebangsaan Kampong Pek
Sekolah Kebangsaan Kampong Pek | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Kuala Krai, Kampong Pek, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 1928 |
Nombor sekolah | 6099752542 |
Kod sekolah | DBA2168 |
Guru besar | Pn Hajjah Rohani bt Mustapha |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Che Rashid b Che Musa |
Faks | 6099752542 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Kampong Pek |
Sekolah Kebangsaan Kampong Pek atau nama ringkasnya SK Kampong Pek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuala Krai, Kampong Pek.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Pek memiliki 481 pelajar lelaki dan 450 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 931 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Kampong Pek pada asalnya dibuka pada tahun 1928 dengan nama Sekolah Melayu Kampong Pek. Bangunan awal hanyalah dina dengan beralaskan pelepah kayu dan berdindingkan buluh (sebagai atap). Guru Besar yang pertama ialah Tuan Syed Idris Bin Syed Habib.
Pada tahun 1970-an, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina. Namun begitu sekolah ini masih menghadapi masalah kekurangan bilik darjah lantaran jumlah murid yang semakin meningkat. Maka pada tahun 1980-an dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia, bangunan kayu dan sekolah kilat telah dibina.
Pada tahun 2006, sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan baru yang siap pada tahun 2003. Kini Sekolah Kebangsaan kampong Pek (SKKP) mempunyai bilik darjah yang selesa, pusat sumber, bilik SAL, dan lain-lain kemudahan yang boleh membantu menigkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kampong Pek
- Jalan Kuala Krai, Kampong Pek
- 18500, Machang
- Kelantan,
Malaysia
- Telefon = 6099752542
- Fax = 6099752542