Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
Sekolah Menengah (Sains) Tengku Muhammad Faris Petra | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, 16100, Kota Bharu,, [Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kerajaan,Sekolah Berasrama Penuh |
Moto | Sains Asas Kemajuan |
Ditubuhkan | 1973 |
Nombor sekolah | 6097738277 |
Kod sekolah | DEE1415 |
Pengerusi PIBG | Hasnan B Abdullah |
Pengetua | Ahmad Bin Tajab |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Hjh. Paridah Binti Ali |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Anuar Bin Muhammad Noor |
Penolong Kanan Kokurikulum | Hafizi bin Mohammed |
Faks | 6097739139 |
Laman sesawang | smstmfp.edu.my |
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Pengkalan Chepa, Kelantan, yang pada asalnya bernama Sekolah Menengah Sains Kelantan (SMSK) merupakan salah satu daripada 10 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) secara percubaan pada tahun 1973 bagi mematuhi aspirasi Dasar Ekonomi Baru seperti yang dijelaskan dalam Buku Merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975. Bagi PMR 2012, sekolah ini telah berjaya menjadi sekolah terbaik di negeri Kelantan dengan GPS 1.05 dengan 112 orang pelajar (75.68%) berjaya mendapat keputusan semua A.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1973 dengan seramai 234 orang pelajar yang terpilih berdasarkan peperiksaan Penilaian Darjah 5 1971. Sebanyak 6 kelas tingkatan satu dengan 11 orang guru lepasan maktab telah ditumpangkan di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu yang mana Guru Besar sekolah itu, En. Alwi b. Hj. Ahmad telah ditugaskan sebagai penyelia. Pengetua yang pertama ialah En. Mahathir b. Hashim yang telah memulakan tugasnya pada 16 November 1973.
Kampus tetap SMSTMFP ini mula diduduki pada 11 Januari 1974 serentak dengan pengambilan pelajar baru pada tahun berkenaan. Majlis perasmian pembukaan kampus SMSTMFP telah dilakukan oleh Pemangku Sultan Kelantan ketika itu iaitu Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan sekarang, pada Ahad, 14 Julai 1974.
Pada 21 Mei 1981 seramai 95 orang pelajar telah diterima masuk untuk memulakan Kursus Matrikulasi UKM. Upacara perasmian telah dilaksanakan oleh Naib Canselor UKM pada masa itu, Profesor Awang Had b. Salleh pada 28 Mei 1981 bertempat di dewan besar SMSTMFP. (Mulai tahun 1999, Kursus Matrikulasi di sekolah berakhir dan diambil alih oleh Kementerian Pendidikan secara langsung).
Pada tahun 1986, SMS Kelantan bertukar nama menjadi Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra sempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Pada tahun 1995 nama sekolah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, sekaligus mengimbas kembali matlamat penubuhan SBP untuk meningkatkan jumlah pelajar bumiputera khususnya luar bandar dalam aliran sains.
Acara Tahunan
[sunting | sunting sumber]Faris Open Day (FOD)
Diadakan setiap tahun,Faris Open Day merupakan acara dimana sekolah ini membuka pintunya untuk penduduk luar datang melawat.Tentatif acara ini selalunya diisi dengan pertandingan seperti Sepak Penalti,Rugby 7s dan Tarik Tali dan persembahan daripada pelajar sekolah ini sendiri seperti Choral Speaking,Dikir Barat dan Nashid.
Pada tahun 2023,FOD mendapat kunjungan daripada stesen radio RTM di Kelantan untuk memeriahkan acara 3 hari panjangnya itu.
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)
[sunting | sunting sumber]KOT merupakan acara tahunan yang selalunya diadakan dengan cemerlang dan gemilang.Terdapat pertandingan seperti Menghias Khemah,yang telah memberikan suasana yang kompetitif dan meriah sepanjang hari berlangsungnya.
Selain daripada itu,KOT mempertandingkan acara olahraga yang misalnya dilakukan bersama dengan kawad formasi yang menunjukkan nilai seni dalam jiwa pelajar.
Pelajar Dan Bekas Pelajar
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan bekas pelajar telah menjadi ahli-ahli professional seperti dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perniagaan, ahli geologi, ahli geologi petroleum, penganalisis geospatial, ahli korporat, pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, dan juga ahli politik. Salah seorang ahli politik yang berjaya adalah En. Hamim Samuri (Parlimen Ledang, Johor). Persatuan Alumni dikenali sebagai SEMESTA telah ditubuhkan sebagai mengenang jasa sekolah kepada pendidikan para pelajarnya. Pada tahun 2004, SEMESTA telah mendermakan sebuah masjid (dikenali sebagai Masjid SEMESTA) yang bernilai RM600,000.00 kepada sekolah dan kariah di persekitaran SMSTMFP sebagai mengenang jasa sekolah. Kos pembinaan adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak alumni dan juga kutipan oleh PIBG.
Akronim alumni SEMESTA telah dipersetujui untuk ditukar kepada yang lebih mencerminkan nama sekolah dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2009, akronim bari iaitu FARISAINS telah dipersetujui. Walau bagaimana pun, di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 28hb. Januari 2012, akronim telah ditukar sekali lagi kepada FARIS PETRA dengan sebulat suara.
Presiden Persatuan Alumni
[sunting | sunting sumber]- 1: En. Dzulhijah Sokarno - Protem 1996-1997
- 2: Prof. Kamaruddin Mat Salleh - Sesi 1997-1999
- 3: En. Dzulhijah Sokarno - Sesi 1999-2001,Sesi 2001-2003
- 4: Ir. Ezani Mohd Nor - Sesi 2003-2005, Sesi 2005-2007
- 5: Dr. Nordin Abu Bakar - Sesi 2007-2009
- 6: Prof. Madya Ir. Ts. Mat Kamil Awang - Sesi 2009-2011
- 7: Dato Dr. Mohd Kaisan bin Abd Rahman - Sesi 2012-2014
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]- 1) 16 Nov. 1973—20 Feb. 1977: En. Mahadzir Hashim, B.A (Hons.) UM, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
- 2) 01 Mac 1977—14 Dis. 1977: Pn. Hjh. Rahmah Hussain, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 3) 15 Dis. 1977—31 Mac 1979: Tn.Hj. Hamdan Abdul Rahman, B.A (Hons.), M.A UM, Dip. Ed.
- 4) 01 Apr. 1979—31 Ogos 1984: En. Zakaria Puteh, B.A (Hons.) UM, M.Ed. UM.
- 5) 01 Dis. 1984—15 Jun 1993: Dato' Hj. Shafii Hj. Ismail, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 6) 04 Jul. 1993—30 Ogos 1995: En. Ishak Sin, M.Ed. UKM, B.A. UM, Dip. Ed. (Sekarang Dr. Ishak Sin di UUM)
- 7) 01 Jul. 1995—01 Jun 1996: Tn. Hj. Sidi Omar Mat Jusoh, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 8) 25 Jun 1996—16 Jul. 1999: Tn. Hj. Wan Mat Tahir Abdullah, B.A (Hons.) UM, Dip. Ed.
- 9) 16 Jul. 1999—2008: En. Wan Hamzah Wan Daud, M.Ed. B.A.(Hons.), Dip. Ed., Dip.Psych. (Counseling)
- 10) 2008 - 31 Jul. 2011: En. Kamaruddin Jaafar
- 11) 01 Ogos 2011 - xxx: Tuan Haji Shafie bin Awang
- 12) xx - xx: En. Razuki bin Sulaiman
- 13) xx - xx: Pn. ??
- 14) xx - xx: Tuan Haji Bahari bin Daud
- 15) xx - xx: En. Ahmad Bin Tajab