Sekolah Kebangsaan Gong Manak
Sekolah Kebangsaan Gong Manak | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampong Semerak,Cherang Ruku, 16700, Pasir Puteh,, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6096917126 |
Kod sekolah | DBA4263[1] |
Faks | 6096917126 |
Sekolah Kebangsaan Gong Manak di Peta Google |
Sekolah Kebangsaan Gong Manak atau nama ringkasnya SK Gong Manak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Semerak,Cherang Ruku.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Gong Manak memiliki 107 pelajar lelaki dan 96 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 203 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pertengahan tahun 1954,sebuah sekolah rakyat di sini telah ditubuhkan dan pengajarnya dikenali sebagai Cikgu Hamid tetapi tidak lama , beliau meninggal dunia.
Pertengahan 1956 , sekolah ini ditempatkan di Kelab Umno yang berukuran 20 kaki x 20 kaki persegi, pengajarnya ialah Che Mat Bin Che Ali dan Wan Hanafi Bin Wan Abdullah yang sedang belajar di dalam darjah enam ( 6 ) Sekolah Melayu Kampung Baharu Besut. Murid-murid pada masa itu adalah lebih kurang 45 orang .
Pada 12 haribulan Ogos 1956 ,seorang guru telah diambil bertugas menggantikan Che Mat Bin Che Ali dan Wan Hanafi Bin Wan Abdullah,beliau ialah Tuan Mahmood bin Tuan Mat Beliau bertugas sebagai guru kelas dan merangkap Guru Besar. Akhir Ogos 1956, Abdul Rashid bin Idris juga dari Kota Bharu telah diambil bertugas. Bilangan murid-murid bertambah bilangannya seramai 65 orang, seorang guru lagi telah diambil iaitu Ismail bin Hj.Omar dari Kampung Gong Surau , Kampung Bharu Besut.
Pada akhir tahun 1957, Wan Deraman bin Wan Hamat (pengerusi ) kembali ke rahmatullah. Tempatnya diambil alih oleh Tuan Mahmood bin Tuan Mat, Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi Jawatankuasa sekolah.Jawatankuasa sekolah pada masa itu ialah :
- Tuan Mahmood bin Tuan Mat ( Pengerusi )
- Ismail bin Haji Omar ( Setiausaha )
- Yusoff bin Mamat ( Bendahari )
- Haji Mat Adam bin Awang ( AJK )
- Haji Zakaria bin Haji Mamat ( AJK )
- Ghani bin Yusoff ( AJK )
- Said bin Awang ( AJK )
- Deraman bin Awang Soh ( AJK )
- Yusoff bin Kawi ( AJK )
- Yusoff bin Lembek ( AJK )
- Dollah bin Busu ( AJK )
- Mohamad bin Ismail ( AJK )
- Ismail bin Mat Amin ( AJK )
- Awang Muda bin Awang ( AJK )
- Yaakub bin Mat ( AJK )
Antara guru-guru yang pernah menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Gong Manak:
- Tuan Mood bin Tuan Mat
- En. Nawi bin harun
- En. Abd rahman bin Idris
- En. Ismail bin Hj. Omar
- En. Ali bin Abd Rahman
- En. Ismail bin Mahmood
- En.Rosli bin Abd Rahman
- En. Sayuti bin Che Aman
- En.Wan Ab Aziz bin Wan Noh
- En. Kamal bin Ab Rahman
- En. Ghazali bin Husain
- Tn. Hj. Ghazali bin Othman
- En. Mohd Ariff bin Yaacob-mula Mac 2016-2018
- En. Isahak @ Rosli bin Ismail 16/8/2018 -
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Gong Manak
- Kampong Semerak,Cherang Ruku
- 16700, Pasir Puteh
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097520061
- Fax = 6097520051
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.