Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra
Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6097481553 |
Kod sekolah | DBB1112 |
Faks | 6097478959 |
Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra atau nama ringkasnya SK Tengku Indera Petra, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra memiliki 343 pelajar lelaki dan 269 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 612 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra ditubuhkan pada tahun 1957 dengan nama asalnya Merbau English School. Ianya terletak di Jalan Merbau, Kota Bharu dan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Pelajaran pada tahun yang sama (1957).
Beberapa tahun kemudian sekolah ini dipindahkan ke Wakaf Mek Zainab dan pada tahun 1963 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra. Pada tahun yang sama juga sekolah ini ditumpang oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Petra dan kemudiannya berpindah ke tapak baru di kompleks sekolah-sekolah.
Bangunan sekolah yang dibina sejak tahun 1957 itu masih digunakan lagi sehingga sekarang. Cuma pada tahun 2003 barulah SK Tengku Indera Petra mendapat 2 blok bangunan baru sebagai tambahan. SK Tengku Indera Petra juga telah mendapat sebuah makmal komputer.
Keramaian atau kepadatan murid pada suatu ketika dulu agak tinggi, iaitu melebihi 900 orang. Bilangan kelas normal adalah 24 kelas dan pendidikan khas 9 kelas. Namun sekarang hanya terdapat 18 kelas normal dan 8 kelas pendidikan khas, dimana jumlah muridnya lebih kurang 700 orang. Mulai tahun 2006, SK Tengku Indera Petra mempunyai sebuah kelas prasekolah yang ditempat di bangunan lama yang telah dibaik pulih dengan keramaian murid seramai 25 orang.
Nama Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra diambil sempena nama Tengku Indera Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, iaitu kekanda kepada Al-Marhum Sultan Yahya Petra.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra
- Wakaf Mek Zainab,
- 15300, Kota Bharu
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097481553
- Fax = 6097478959