Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Bechah Durian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bechah Durian
Lokasi
 Malaysia Kampong Bechah Durian, 17020, Pasir Mas,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097198486
Kod sekolahDBA3198
Faks6097198486


Sekolah Kebangsaan Bechah Durian atau nama ringkasnya SK Bechah Durian, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Bechah Durian.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bechah Durian memiliki 165 pelajar lelaki dan 181 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 346 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

SEJARAH RINGKAS SK.BECHAH DURIAN

Pada tahun 1953, bertarikh 10 Mei, hari yang bermakna telah bermulanya dan terciptalah sekolah walaupun hanya sekadar di rumah En. Ibrahim b. Awang Besar. Sekolah ini bermula apabila beliau mengajar adiknya sendiri di rumah dan juga disertai oleh kanak-kanak lain di kampungnya. Pada mulanya  Berkat beliau, sekolah yang asalnya hanya di sebuah rumah akhirnya menjadi sebuah sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan Pendidikan untuk semua warga kampung bechah durian sehingga kini.

Sehingga pada suatu hari, telah tercetus idea dan Pakatan daripada Allahyarham Hj. Ahmad b. Ab. Rashid bersama-sama ibubapa dan penjaga murid-murid untuk membina sebuah bangsal untuk digunakan sebagai sekolah di Lot No. 699 yakni lot tanah En. Ibrahim b. Awang Besar pada tahun 1954. Berkat Pakatan tersebut maka terciptalah sebuah bangsal yang menggunakan buluh dan atap sagu yang dibina secara gotong-royong.

Setelah beberapa tahun sekolah tersebut menujukkan peningkatan. Pada tahun 1956, En. Ibrahim selaku penaja sekolah ini tmenubuhkan Jawatan Kuasa sekolah supaya dapat membuat permohonan penubuhan sekolah rakyat berdaftar dengan Pejabat Pelajaran Kelantan. Akhirnya pada 17.07.1956, pihak Pegawai Pelajaran Kelantan bersetuju untuk menubuhkan sebuah sekolah. Pada Ketika itu guru yang bertugas hanyalah En Ibrahim seorang sahaja, bilangan murid pula seramai 43 orang murid lelaki dan 35 orang murid perempuan.

           Seramai 121 orang murid yang belajar di sekolah ini pada tahun 1957. Pelajar yang terdiri daripada darjah 1 sehingga darjah 5 serta seramai 4 orang guru yang bertugas di sekolah ini pada waktu itu. Sekali lagi Pihak Jawatan Kuasa sekolah, ibu bapa dan orang kampung bersepakat dan membeli tanah baru untuk dijadikan tapak sekolah ini yang seluas satu ekar. Tanah tapak sekolah ini (lot 689) telah diserahkan kepada Ketua jajahan Pasir Mas dan juga beliau telah diberikan amanah untuk menjadikan tanah lot tersebut sebagai tapak sekolah baru pada 10.02.1958. Pada awal tahun 1958 bilangan murid dari darjah 1 hingga darjah 6 adalah seramai 172 orang dan seramai 8 orang guru bertugas di sekolah ini. Bangunan sekolah yang baharu ini yang telah didirikan di atas tanah lot 698 yang sepanjang 120 kaki juga dibina oleh orang kampung menggunakan buluh dan atap sagu.

         Terjadi suatu kejadian pada tahun 1959 yang menyebabkan bangunan sekolah yang dibina sebelum ini roboh dan pelajar terpaksa belajar di bawah bangsal atau di bawah pokok. Disebabkan kejadian itu, satu surat rayuan telah ditulis bagi memohon untuk membina sekolah baharu. Pada 01.04.1963, En. Ibrahim telah berjumpa dengan A.DO. Pasir Mas iaitu pengerusi P.L.B bagi menyatakan hasrat dan permohonan tersebut.

           Bangunan baru mula didirikan pada 07.07.1964, bangunan yang didirikan ialah bangunan separuh kekal yang terdiri daripada 6 bilik darjah, 8 bilik tandas, satu perigi pam dan satu tangki air.Sekolah Bechah Durian akhirnya telah siap dibina dan diterima pada 31.08.1964 dan pada 14.09.1964 para pelajar dibenarkan untuk belajar di bangunan baharu oleh pihak berkuasa Pejabat Pelajaran Kelantan.

         Akhirnya pada 01.06.1966 sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan menjadi sekolah kebangsaan sehingga sekarang.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Bechah Durian
Kampong Bechah Durian
17020, Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097198486
Fax = 6097198486

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]