Portal:Hal semasa/Mei
Penampilan
2018
- Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas gabungan Pakatan Harapan berjaya memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum pada 9 Mei.
- Letusan gunung berapi Kīlauea dan gempa bumi susulannya di Hawaii, memaksa hampir 2 ribu penduduk untuk berpindah.
- Penganugerahan untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan ditangguhkan sehingga tahun 2019.
2017
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Mei, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2017)
2016
- Rodrigo Duterte dipilih sebagai Presiden Filipina di sisi rakan calon timbalan presiden, Leni Robredo dipilih sebagai Naib Presiden Filipina dan kedua-dua presiden Presiden Filipina kalah, Jejomar Binay, dan Mar Roxas.
- Ahli arkeologi mengistiyarkan tamadun Melayu di Sungai Batu, Kedah bertarikh 535 SM sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara.
2015
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Mei, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2015)
2014
- Peter Mutharika terpilih sebagai Presiden Malawi baharu.
- Pemimpin Rusia, Kazakhstan dan Belarus menandatangani perjanjian bagi membentuk Kesatuan Ekonomi Eurasia.
- Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan Mohammed Mursi terpilih sebagai Presiden Mesir.
- Bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dari Perak mangkat.
- Petro Poroshenko (gambar) terpilih sebagai Presiden Ukraine baharu.
- Dalam badminton, Jepun menewaskan Malaysia dan memenangi Piala Thomas buat kali pertama, manakala China mempertahankan Piala Uber.
- Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Muzium Yahudi Belgium, Brussel.
- Dalam bola sepak, Real Madrid menewaskan Atlético Madrid dalam perlawanan akhir untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA.
- Lebih 40 orang terbunuh dalam pengeboman kereta di Ürümqi, China.
- Komander tentera Thai Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan rampasan kuasa selepas berbulan-bulan berlakunya krisis politik.
- Sekurang-kurangnya 118 orang terbunuh dalam dua pengeboman yang terjadi di Jos, Nigeria.
- Parti Bharatiya Janata pimpinan Narendra Modi (gambar) memenangi majoriti dalam pilihan raya umum India.
- Dalam bola sepak, Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris.
- Parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika menang majoriti dalam pilihan raya umum Afrika Selatan.
- Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Indonesia.
- Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra (gambar) menyalahgunakan kuasa dan menyingkirkan beliau daripada jawatannya.
- Dua letupan bas terjadi di Nairobi, Kenya, tiga orang terbunuh dan enam puluh dua lagi tercedera.
- Korea Selatan memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I 2014, edisi terakhir kejohanan itu.
- Dua gelongsoran lumpur berlaku di Badakhshan, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 350 orang dan 2,500 mangsa lagi hilang.
2013
- Asteroid (285263) 1998 QE2 dan bulannya membuat hampiran terdekatnya ke Bumi bagi dua abad akan datang.
- Dalam perlumbaan auto Formula Satu, Nico Rosberg memenangi Grand Prix Monaco.
- Dalam bola sepak, Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund dan memenangi Liga Juara-Juara UEFA kelima mereka.
- Puting beliung (gambar) membadai Moore, Oklahoma, A.S., mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang.
- Liga Muslim Pakistan (N) memenangi kemajmukan dalam pilihan raya umum Pakistan.
- Wigan Athletic menewaskan Manchester City untuk memenangi Piala FA Akhir 2013.
- Barisan Nasional mengekalkan majoriti mudahnya dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.
2012
- IUPAC menerima nama flerovium dan livermorium bagi dua unsur sintetik yang baru ditemui.
- Dua gempa bumi melanda utara Itali, menyebabkan 24 orang maut dan 14,000 lagi tiada tempat tinggal.
- Dalam perlumbaan kereta Formula Satu, Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco 2012.
- Sebuah kapsul Dragon (gambar) yang dilancarkan SpaceX menjadi penerbangan komersil pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Tomislav Nikolić (gambar) terpilih sebagai Presiden Serbia.
- Danilo Medina terpilih sebagai Presiden Republik Dominika.
- Dalam bola sepak, Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui tendangan penalti.
- 1800 tahanan Palestin di Israel bersetuju menamatkan mogok lapar setelah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Israel.
- Barisan Pembebasan Kebangsaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Algeria.
- Sebuah Sukhoi Superjet 100 (gambar) terhempas dalam satu penerbangan pertunjukan di Indonesia, membunuh semua 45 orang di dalamnya.
- Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Greece.
- François Hollande terpilih sebagai Presiden Perancis, menggantikan Nicolas Sarkozy.
- János Áder terpilih sebagai Presiden Hungary selepas perletakan jawatan Pál Schmitt.
2011
- Salah satu wabak terbesar E. coli pernah direkodkan melanda Jerman dan beberapa negara Eropah lain.
- Presiden Abkhazia Sergei Bagapsh (gambar) meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan di Moscow.
- Dalam perlumbaan kereta Formula Satu, Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Monaco 2011.
- Mesir membuka semula Sempadan Rafah dengan Genting Gaza, dijangka secara tetap.
- Bekas komander Tentera Republik Srpska, Ratko Mladić ditahan di Serbia menurut dakwaan jenayah perang 1995.
- Rancangan temu bual The Oprah Winfrey Show, yang diacarakan Oprah Winfrey, tamat setelah 25 tahun.
- Gunung berapi Iceland Grimsvotn meletus (gambar), menyebabkan pembatalan penerbangan di utara Eropah.
- Lebih 110 orang terbunuh akibat puting beliung di Joplin, Missouri, yang terburuk di A.S. sejak 1947.
- Dominique Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua Kumpulan Wang Antarabangsa ekoran daripada tuduhan serangan seksual.
- Ratu Elizabeth II (gambar) mengadakan lawatan rasmi pertama oleh seorang raja British ke Republik Ireland.
- Space Shuttle Endeavour dilancarkan untuk misi terakhirnya, menghantar modul pemasangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Dalam pilihan raya dewan undangan negeri di Bengal Barat, India, kerajaan komunis terpilih secara demokratik memerintah terlama di dunia kehilangan kuasa.
- Satu pengeboman berganda di daerah Charsadda, Pakistan, mengorbankan lebih 80 orang dan mencederakan lebih 150 lagi.
- Satu gempa bumi bermagnitud 5.1 melanda berhampiran Lorca (gambar), yang terdahsyat dalam tempoh 55 tahun di Sepanyol.
- Dalam pilihan raya umum Singapura, Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Hsien Loong (gambar) kembali berkuasa, manakala pembangkang memenangi Kawasan Perwakilan Berkumpulan pertama mereka.
- Claude Choules, pejuang Perang Dunia Pertama yang terakhir, meninggal dunia pada umur 110 tahun.
- Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmud Abbas dan pemimpin Hamas Khaled Meshal memeterai perjanjian perdamaian di Kaherah.
- Parti Konservatif pimpinan Stephen Harper memenangi majoriti dalam pilihan raya persekutuan Kanada.
- Pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh pasukan operasi khas A.S. di Abbottabad, Pakistan.
- Paus John Paul II dibeatifikasi dalam satu upacara di Kota Vatican.
2010
- Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan (gambar) ke Genting Gaza di perairan antarabangsa, membunuh lebih 10 orang.
- Horst Köhler meletak jawatan sebagai Presiden Jerman.
- Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.
- Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore, Pakistan.
- Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat, India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak Naxal.
- Grebe Alaotra (gambar), sejenis burung endemik di Madagascar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.
- Lebih 70 orang terbunuh dalam kekacauan di Kingston, Jamaica, apabila kerajaan cuba menahan raja dadah Christopher Coke.
- Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan.
- Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.
- Penerbangan 812 Air India Express terhempas dengan 166 di dalamnya ketika mendarat di Mangalore, India.
- Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.
- Selepas dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang kem Baju Merah (gambar) di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
- Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
- Dalam Formula Satu, pemandu Red Bull Racing Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco.
- Pasukan badminton lelaki China dan wanita Korea memenangi Piala Thomas & Uber 2010.
- Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 266 cedera selepas tentera kerajaan Thai bertempur dengan pembantah Baju Merah.
- Bolak-balik angkasa lepas Atlantis (gambar) dilancarkan untuk misi berjadual terakhirnya, menghantar modul Rassvet ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- Penerbangan 771 Afriqiyah Airways terhempas berhampiran Tripoli, Libya, cuma seorang yang terselamat.
- David Cameron (gambar) dari Parti Konservatif menjadi Perdana Menteri United Kingdom, mengetuai satu kerajaan campuran dengan Nick Clegg dari Liberal Demokrat sebagai Timbalannya.
- Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- Angkatan tentera Amerika Syarikat, British Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- ICANN memperkenalkan kod negara antarabangsa pertama, membolehkan nama domain ditulis sepenuhnya dalam skrip bukan-Rumi.
- Pilihan raya umum United Kingdom berkeputusan parlimen tergantung, dengan Parti Konservatif mendapat kerusi terbanyak.
- Tiga orang terbunuh di Athens semasa bantahan dan mogok (gambar) terhadap cadangan jimat cermat bagi menangani krisis hutang Greece.
- Presiden Nigeria Umaru Yar'Adua meninggal pada umur 58 tahun, dan digantikan oleh Goodluck Jonathan.
- United Airlines dan Continental bersetuju untuk bergabung, membentuk syarikat penerbangan terbesar di dunia.
- Satu cubaan serangan bom kereta terjadi di Times Square, New York City.
2009
- Dalam bola sepak, FC Barcelona menewaskan Manchester United untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 (gambar piala).
- Korea Utara mendakwa berjaya meletupkan ujian senjata nuklear di bawah tanah.
- Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri.
- Madhav Kumar Nepal dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal.
- Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.
- Dalia Grybauskaitė (gambar) terpilih sebagai Presiden Lithuania wanita pertama.
- Pasukan badminton China mengekalkan kejuaraan Piala Sudirman, menewaskan Korea 3-0.
- Dalam pilihan raya umum India 2009, Parti Bharatiya Janata mengaku kalah kepada Perikatan Progresif Bersatu, parti kerajaan campuran kini.
- Suruhanjaya Eropah mendenda syarikat semikonduktor terbesar di dunia Intel Corporation €1.06 bilion kerana amalan anti-persaingan.
- Parti Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono (gambar) mendapat undi terbanyak dalam pemilihan anggota Majlis Permesyuaratan Rakyat di Indonesia.
- Penahanan pelarian paling dikehendaki Singapura Mas Selamat Kastari diumumkan polis Malaysia.
- Perdana Menteri Nepal Prachanda meletakkan jawatan setelah tindakannya memecat ketua tentera Rookmangud Katawal ditentang Presiden Ram Baran Yadav.
2008
- Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra.
- Phoenix NASA berjaya mendarat (gambar) di Marikh.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Pedra Branca kepada Singapura dan Batuan Tengah kepada Malaysia.
- Manchester United memenangi Liga Juara-Juara UEFA, menewaskan Chelsea.
- China memenangi Piala Thomas & Uber 2008.
- Gempa bumi (peta lokasi pusat gempa) berukuran 7.9 Mw melanda Sichuan, China dengan lebih 69,000 orang dilaporkan maut.
- Dmitry Medvedev mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia, menggantikan Vladimir Putin yang menjadi Perdana Menteri.
- Siklon Nargis (gambar) melanda Myanmar sebagai siklon kategori 4, mengorbankan lebih 90,000 orang.
- Pilihan raya presiden Zimbabwe dilanjutkan ke pusingan kedua kerana tiada pemenang jelas antara Morgan Tsvangirai dan penjawat kini Robert Mugabe.
- HP Labs mengumumkan penciptaan memristor, unsur asas keempat litar elektronik.
2007
- Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan Lina Joy untuk membuang perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.
- Perkahwinan diraja antara Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson (gambar) selamat dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
- Tony Blair mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain pada 27 Jun 2007.
2006
2005
- 15 Mei: China menjadi negara pertama mengumpul semua kejuaraan utama badminton dalam satu masa: Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber.
2004