Pergi ke kandungan

Dominique Strauss-Kahn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dominique Strauss-Kahn
Pengarah Pelaksana Kumpulan Wang Antarabangsa ke-10
Dalam jawatan
1 November 2007 – 19 Mei 2011
Didahului olehRodrigo Rato
Digantikan olehJohn Lipsky (Sementara)
Maklumat peribadi
Lahir (1949-04-25) 25 April 1949 (umur 75)
Neuilly-sur-Seine, Paris, Perancis
KewarganegaraanPerancis
Parti politikPartai Sosialis
PasanganAnne Sinclair

Dominique Gaston André Strauss-Kahn atau dikenal "DSK" (lahir 25 April 1949 di Neuilly-sur-Seine, Paris, Perancis) adalah ahli ekonomi, pengacara, dan ahli politik asal Perancis serta anggota Parti Sosialis Perancis. Dia berasal dari etnik Yahudi Sephardic dan Ashkenazic. Period 1951-1960, dia tinggal di Agadir, Maghribi. Setelah terjadi gempa bumi di Maghribi, dia pindah ke Monaco pada tahun 1960.

Dia kembali ke Paris dan meraih Ph.D dalam jurusan ekonomi dan undang-undang dari Paris X University Nanterre (Nanterre). Selain bergabung dengan Persatuan Pelajar Komunis, dia juga bergabung dengan Pusat Belajar dan Riset Pendidikan Sosialis (CERES). Period 1977-1982, ia mengajar mikroekonomi dan makroekonomi di University of Nancy-II (1977-1980), Ecole nationale d'administration (ENA), dan meraih gelar guru besar ekonomi di Sciences-Po.

Dia mendapatkan gelar Doktor di bidang Ekonomi dari Universiti Paris dan kemudian bekerja sebagai pembantu profesor di universiti tersebut.[1] Di tahun 1978, Universiti Paris menjadikannya Professor dengan tenure.[1]

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Dia bernikah untuk ketiga kalinya dengan Anne Sinclair dan memiliki empat anak perempuan.

Pada masa Perdana Menteri Perancis, Lionel Jospin, dia menjadi menteri kewangan dan ekonomi Perancis. Beliau berjaya memangkas defisit publik, sehingga Perancis dapat bergabung dengan Kesatuan Eropah. Dia mundur setelah dituduh melakukan penggelapan properti dan belakangan dinyatakan bersih.

Pada 2006, dia dikatakan calon presiden dari Parti Sosialis tetapi kalah dengan Ségolène Royal. Khabarnya, dia juga merupakan salah satu calon presiden Perancis pada Pemilihan Umum 2012 dan disebut sebagai pesaing kuat Presiden Nicolas Sarkozy.[2]

Pada 2007, dia menjadi Pengarah Pelaksana ke-10 Tabung Kewangan Antarabangsa dari 1 November 2007 ketika menggantikan Rodrigo Rato setelah didukung lawan politiknya, Presiden Nicolas Sarkozy.[1]

Serangan seks

[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, dia ditegur 24 pengarah eksekutif (dewan kehormatan) IMF kerana ketahuan berselingkuh dengan pegawai IMF.

Pada 14 Mei 2011, dia ditangkap di Manhattan, New York kerana tuduhan memperkosa pekerja pembersih kamar hotel. Dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy kerana memeksa melakukan seks oral, cubaan rogol dan penderaan seksual.Dia tidak mempunyai kekebalan politik.Isteri Strauss-Kahn, Anne Sinclair berada di Paris semasa dia ditangkap. Perkahwinan mereka kekal selama 20 tahun.

Dari bilik hotel mewah seharga Rp 25 juta per malam, dia diharuskan pindah menginap ke sebuah sel sempit di penjara Pulau Rikers. Pada 16 Mei 2011, hakim menolak permohonan pengacaranya, Ben Brafman agar kliennya ditahan di luar penjara dengan membayar jaminan sebesar 1 juta dolar AS. Ia ditahan setelah hakim pengadilan Kota New York, Melissa C Jackson menolak permohonan bebas dengan jaminan tersebut.Tim kuasa hukum yang juga menawarkan agar pengadilan menahan semua dokumen kliennya juga ditolak.

Pada 22 Ogos 2011, hakim membebaskan Dominique Strauss-Kahn dari tuduhan merogol pekerja Hotel Sofitel New York, Nafissatou Diallo (32). Wanita Negro itu berasal dari negara Guinea, Afrika Barat. Doktor mendapati luka akibat dirogol akibat hubungan seks beberapa hari sebelum kejadian.[3] Penyelidikan menyeluruh telah dilakukan termasuk latar belakang pelayan itu, pernyataannya mengenai insiden tersebut dan kegiatan masa lalunya. Hal-hal yang dinyatakan sama semakli tidak konsisten. Diallo mengatakan bahwa dia pernah diperkosa beramai-ramai oleh gang di negara asalnya Guinea ketika memohon suaka politik ke Amerika.[4]

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, dia mendapat anugerah kerana usha IMF dalam mengekang krisis ekonomi dunia.

Sumber dan Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  • Bos IMF Resmi Ditahan, Koran Tempo edisi 18 Mei 2011.
  • Strauss-Kahn Dipenjara, Kompas edisi 18 Mei 2011.
  1. ^ a b c (Inggeris) Dominique Strauss-Kahn, International Monetary Fund. Diakses pada 16 Mei 2010.
  2. ^ "Strauss-Kahn Terjerat Soal Kriminal", Kompas, Jakarta, 16 May 2011
  3. ^ Laporan perubatan kes Strauss-Kahn bercanggah
  4. ^ Penuntut di New York akan Batalkan Tuntutan terhadap Mantan Direktur IMF

Templat:Perancis-bio-stub