Pergi ke kandungan

Sungai Batu, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


'''Sungai Batu''' terletak di Bukit Batu Pahat,Merbok, Kedah. Sungai ini penting kerana adanya tapak arkeologi pelabuhan kuno yang dipercayai di Sungai Batu Dan dicatatkan sebagai tamadun tertua di semenanjung Malaya.

Sungai Batu berfungsi sebagai peleburan besi, pelabuhan kapal dagangan dan juga pentadbiran pelabuhan kuno.Telah dijumpai juga 4 hingga 7 buah kapal dagang dengan anggaran sepanjang 100 kaki setiap kapal yang berusia kira-kira 2500 tahun yang masih tertanam dan karam di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit.

Sungai Batu terkenal sebagai tempat peleburan bijih besi. Melebur bijih-bijih besi sehingga menjadi besi yang berkualiti tinggi sebelum ditempa dan dieksport ke timur dan barat seluruh dunia. Besi ini dinamakan Qalai secara umum berwarna hitam dan sering digunakan untuk pembuatan senjata kerana gred kualitinya yang tinggi. Perdagangan ini telah wujud di Sungai Batu seawal 3 M.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tapak arkeologi

[sunting | sunting sumber]

Runtuhan dinding bangunan anggaran berusia 500 Sebelum Masihi

Ingot besi di Tapak Arkeologi Sungai Batu

Lambakan tuyere, digunakan dalam pemprosesan lebur besi Penemuan tapak ekskavasi Sungai Batu yang berkeluasan 4km persegi di Sungai Batu, Kedah membuktikan kewujudan sebuah tamadun prasejarahan bangsa melayu kuno seawal 788 Sebelum Masihi yang terkenal sebagai pusat peleburan bijih besi dan merupakan sebuah tamadun tertua di Asia Tenggara dan juga meletakkan tamadun awal Sungai Batu lebih tua dari pengasasan Rom kuno. Penemuan ekskavasi ini bermula dari permintaan Jabatan Warisan Negara (JWN) agar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melengkapkan data kawasan Lembah Bujang. Permintaan ini dibuat kerana berdasarkan rekod Geographike Hyphegesis, Ptolemy menyatakan terdapat sistem dagangan diantara dunia Barat dan Timur melalui laluan Semenanjung Emas (Golden Chersonese) yang lebih dikenali sebagai Malay Peninsular pada abad pertama.

Hasil penemuan dari ekskavasi arkeologi menunjukkan wujudnya pusat pelabuhan kuno dan aktiviti perdagangan. Penemuan runtuhan binaan seperti jeti kuno, dinding bangunan pentadbiran dan tapak ritual setempat yang unik dibina menggunakan asas binaan bata menunjukkan masyarakat setempat pada masa itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni bina infrastruktur dan bangunan. Pada tahun 2015, para arkeologi di Sungai Batu telah berjaya menemui bebarapa buah kapal kuno yang tertanam di dasar tasik sekitar kawasan ekskavasi. Kapal-kapal yang ditemui sepanjang 40-100 kaki dan dianggarkan berusia 2500 tahun dipercayai digunakan bagi tujuan perdagangan.



Garis masa tamadun-tamadun dunia. Rekod-Rekod Luar Sunting Selain penemuan arkeologi, rekod-rekod luar juga ditemui membuktikan kewujudan tamadun awal Sungai Batu. Antara rekod-rekod yang ditemui berkenaan tamadun awal Sungai Batu:

Rekod Arab ( Hoyland and Gilmour 2006; Krenkow, 1936; Rahman, 1955,1959) Rekod Tamil ( Nilakanta Sastri, 1038,1949; Thani Nagayam, 1968) Al-Kindi Al-Biruni Di dalam rekod-rekod luar, nama kawasan tamadun awal Sungai Batu dikenali melalui dialek penulis rekod. Antara nama lain bagi kawasan tamadun awal Sungai Batu adalah Kalah, Kataha atau Kataram, dan Queada. Di dalam catatan Al-Kindi pada abad ke-9 juga pernah menyebutkan bahawa kualiti pedang yang terbaik diperbuat dari besi Yemen, Qalai(Kalah) dan Hindi.

فالعتيق ينقسم ثلاثة أقسام أولها وأجودها اليماني ثم ثانيها القلعي ثم ثالثها الهندي

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Untuk mengetahui mengenai perkembangan Tamadun Sungai Batu, anda boleh melayari laman sesawang facebook Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara di bawah [[1] Facebook:Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara ]