Portal:Hal semasa/Januari
Penampilan
2022
- Dalam bola sepak, pasukan Thailand menjuarai Piala AFF 2020 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 6–2.
- Darurat diisytiharkan bagi menangani tunjuk perasaan yang sedang berlaku di Kazakhstan.
- Siri pembunuhan beramai-ramai oleh penyamun menyebabkan lebih 200 orang dibunuh di Negeri Zamfara, Nigeria.
- Sidney Poitier, pelakon kulit hitam pertama yang memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Terbaik, meninggal dunia pada usia 94 tahun.
- Batu runtuh di Tasik Furnas di Capitólio, Brazil, sekurang-kurang 10 orang meninggal dunia.
- Kebakaran pangsapuri di Bronx, Bandar Raya New York, sekurang-kurangnya 17 orang meninggal dunia.
- Letusan gunung berapi Hunga Tonga (animasi satelit ditunjukkan) menyebabkan kerosakan di Tonga dan tsunami merentasi Lautan Pasifik.
- Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud di Wilayah Badghis, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 28 orang.
- Microsoft mengumumkan hasratnya untuk memperoleh syarikat permainan video Activision Blizzard.
- Juruterbang Belgium-British Zara Rutherford menjadi wanita termuda yang terbang solo ke seluruh dunia.
- Sami Buddha Thiền Vietnam dan aktivis keamanan Thích Nhất Hạnh meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- Di Burkina Faso, satu rampasan kuasa diketuai oleh pegawai tentera Paul-Henri Sandaogo Damiba melucutkan jawatan Presiden Roch Marc Christian Kaboré.
- Sergio Mattarella dipilih semula sebagai presiden Itali.
- Parti Sosialis, diketuai oleh António Costa, memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya perundangan Portugis.
2021
- 9 orang mati lemas di Beladin, Sarawak selepas kenderaan pacuan 4 roda tergelincir dari feri.
- Di Amerika Syarikat, Parti Demokrat memenangkan penguasaan Senat, dengan kemenangan dalam pilihan raya Senat biasa dan khas di Georgia.
- Perusuh pro-Trump menyerbu Kapitol Amerika Syarikat (gambar), mengganggu pengesahan pilihan raya Presiden dan memaksa Kongres dikosongkan sementara
- Penerbangan 182 Sriwijaya Air membawa 62 orang penumpang terhempas di utara Jakarta, Indonesia.
- Darurat diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia atas nasihat Majlis Keselamatan Negara Malaysia
2020
- 17 orang banduan terbunuh dalam dua rusuhan penjara di sebuah pusat pemulihan di Cieneguillas, Mexico.
- Serangan udara oleh dron Amerika Syarikat mengorbankan Mejar Jeneral Qasem Soleimani dan Komander PMF, Abu Mahdi al-Muhandis.
- Selepas satu serangan udara A.S. yang membunuh jeneral Iran Qasem Soleimani, sekurang-kurangnya 56 orang meninggal dunia akibat satu rempuhan semasa majlis pengkebumian beliau di Kerman, dan tentera Iran menyerang dua buah pangkalan tentera di Iraq
- Penerbangan 752 Ukraine International Airlines terhempas tidak lama selepas berlepas daripada Tehran, Iran, membunuh kesemua 176 orang di dalamnya.
- Haitham bin Tariq Al Said telah dinamakan sebagai penguasa baharu negara Oman selepas mangkatnya pupunda baginda Sultan Qaboos bin Said Al Said, pada usia 79 tahun.
- Robert Abela menjadi Perdana Menteri Malta selepas perletakan jawatan Joseph Muscat.
- Gunung Berapi Taal di Filipina meletus (foto), menyebabkan semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino digantung.
- Di China, strain baharu bagi koronavirus (contoh gambar) menyerang lebih 800 orang, membunuh sekurang-kurang 25.
- Sebuah gempa bumi di Elazığ, Turki, membunuh sekurang-kurangnya tiga puluh lapan orang dan mencederakan lebih daripada seribu orang.
- Pada Anugerah Grammy di Los Angeles, Billie Eilish (gambar) memenangi kategori utama Artis Baharu Terbaik, serta Lagu, Rekod, dan Album Tahun Terbaik.
- Bekas pemain bola keranjang Amerika Kobe Bryant, dan anaknya Gianna, serta tujuh yang lain mati dalam kemalangan helikopter berdekatan Los Angeles.
- Banjir dan tanah runtuh di tenggara Brazil, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang dan meninggalkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan wabak penyakit pernafasan daripada koronavirus baru (gambar) menjadi Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa.
2019
- Seramai 8 orang terbunuh dalam nahas kereta api di Jambatan Great Belt, Denmark.
- Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China telah melancarkan Chang'e 4 yang merupakan pesawat angkasa lepas pertama yang akan mendarat pada sisi jauh bulan.
- Sultan Muhammad V memutuskan untuk melepaskan takhta sebagai SPB Yang Dipertuan Agong ke-15.
- Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Moden ke-6.
- Selepas empat bulan pilihan raya umum, Stefan Löfven, dipilih semula sebagai Perdana Menteri Sweden ke-33.
- Lebih daripada sembilan puluh orang terbunuh dan berpuluh-puluh orang lain cedera dalam letupan di saluran paip minyak berhampiran Tlahuelilpan, Mexico.
2018
- Mata wang Ouguiya yang baru diperkenalkan di Mauritania.
- Lantai mezanin di Gedung II Bursa Saham Indonesia runtuh, menyebabkan puluhan orang mengalami kecederaan teruk.
- Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas banjir lumpur melanda kawasan Montecito, California.
- Kapal tangki minyak MV Sanchi karam dan 32 anak kapal hilang, lapan hari selepas berlanggar dengan kapal lain.
- Perdana Menteri Romania, Mihai Tudose meletakkan jawatan setelah sokongan ke atas beliau ditarik balik.
- Kebakaran bas di wilayah Aktobe, Kazakhstan, membunuh sekurang-kurangnya 52 orang.
- Satu serangan ke atas sebuah hotel di Kabul, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 18 orang dan mencederakan lebih daripada 20 orang yang lain.
- Turki memulakan serangan ketenteraan terhadap tentera Kurdish yang disokong Amerika Syarikat di Syria.
- Russell M. Nelson dilantik sebagai Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.
- Roket Electron milik Rocket Lab menjadi roket pertama untuk mencapai orbit menggunakan enjin pam elektrik
- Di Miryang, Korea Selatan, sebuah hospital musnah dalam satu kebakaran dan membunuh sekurang-kurangnya 37 orang dan mencederakan lebih daripada 130 orang lain.
- Para saintis China mengumumkan penciptaan dua ekor monyet klon menggunakan teknik SCNT.
- George Weah dipilih sebagai Presiden Liberia ke-25, selepas memenangi majoriti dalam pusingan kedua pilihan raya umum.
- Di Yaman, kumpulan pemisah yang dipimpin oleh Majlis Peralihan Selatan merampas bangunan kerajaan di Aden dari Presiden Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi.
- Miloš Zeman dipilih semula untuk penggal kedua dalam pilihan raya presiden Czech.
2017
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Januari, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2017)
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Januari, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
- 1 Januari - Lithuania menjadi ahli ke-19 di Eurozone.
- 4 Januari - Ahli kaji purba mengumumkan penemuan makam permaisuri Mesir purba, Khentakawess III yang sebelum ini tidak diketahui.
- 7 Januari - Serangan oleh Boko Haram terhadap warga Nigeria di Baga meninggalkan beratus-ratus orang mati dan lebih daripada 35,000 pelarian.
- 23 Januari - Raja, Abdullah bin Abdul Aziz mangkat umur 90 tahun, tiga minggu selepas dimasukkan ke hospital kerana pneumonia.
2014
- Di tengah-tengah rusuhan anti kerajaan (gambar), perdana menteri Ukraine Mykola Azarov meletakkan jawatan.
- Planet kerdil Ceres dicerap mengeluarkan wap air.
- Ahli sains dilaporkan mengukur spektrum optik kilat bebola buat pertama kali.
- Ahli arkeologi menemui makam firaun Sobekhotep I dan Seneb Kay daripada dinasti yang sebelum ini tidak diketahui, Dinasti Abydos.
- Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon meninggal dunia setelah berada dalam keadaan vegetatif berterusan selama lapan tahun.
- Liga Awami Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina Wazed memenangi pilihan raya umum Bangladesh.
- Tahun Melawat Malaysia 2014 (gambar logo) dirasmikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Latvia menjadi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) ke-18 yang menggunakan euro sebagai mata wang.
2013
- Satu letupan di Menara Eksekutif Pemex di Bandar Mexico membunuh sekurang-kurangnya 37 orang.
- Ratu Beatrix (gambar) mengumumkan akan turun daripada takhta Belanda pada akhir April.
- Miloš Zeman terpilih sebagai Presiden Republik Czech.
- Tentera Algeria menyerbu sebuah kilang gas di In Aménas selepas ratusan pekerja dijadikan tebusan, menyebabkan puluhan orang mati.
- Pesawat Boeing 787 (gambar) dilarang terbang di seluruh dunia kerana kebimbangan terhadap keselamatan baterinya.
- Himpunan Kebangkitan Rakyat (gambar) berlangsung dengan aman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
- Argentina, Australia, Luxembourg, Rwanda dan Korea Selatan menyertai Majlis Keselamatan PBB.
2012
- Dalam tenis, Victoria Azarenka dan Novak Djokovic memenangi gelaran lelaki dan wanita perseorangan Terbuka Australia.
- Kejohanan Bola Baling Lelaki Eropah (gambar) berakhir dengan Denmark menewaskan tuan rumah Serbia dalam perlawanan akhir.
- Siklon Tropika Funso melanda luar pantai Mozambique, membunuh 15 orang di laut dan sekurang-kurangnya 14 yang lain melalui banjir pedalaman.
- Kesatuan Eropah dan 22 negara anggota menandatangani Anti-Counterfeiting Trade Agreement, mengakibatkan perletakan jawatan pelapor perjanjian tersebut dan bantahan di seluruh Poland.
- Kesatuan Eropah mengenakan embargo terhadap kontrak minyak masa hadapan dengan Iran.
- Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi.
- Pelbagai tapak web menyertai bantahan (gambar) terhadap rang undang-undang A.S. SOPA dan PIPA.
- Di Republik China di Taiwan, Ma Ying-jeou terpilih semula sebagai presiden.
- Kapal persiaran Costa Concordia terkandas dan terlingkup (gambar) di luar pantai Tuscany, Itali, menyebabkan 11 orang maut.
- Di Kiribati, Anote Tong terpilih semula sebagai presiden bagi penggal ketiga.
- Di Myanmar, kerajaan dan Kesatuan Kebangsaan Karen mengadakan gencatan senjata bagi mengakhiri perbalahan dalaman yang bermula pada 1948.
- Presiden Guinea-Bissau Malam Bacai Sanhá meninggal dunia pada usia 64 tahun.
- Ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim (gambar) didapati tidak bersalah dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.
- Portia Simpson-Miller (gambar) menjadi Perdana Menteri Jamaica buat kali kedua.
- Christopher Loeak terpilih sebagai Presiden Kepulauan Marshall.
- Azerbaijan, Guatemala, Maghribi, Pakistan dan Togo menyertai Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota sementara.
2011
- Keputusan awal pungutan suara kemerdekaan Selatan Sudan menunjukkan hampir 99% pengundi mahukan Sudan Selatan berpisah dari Sudan.
- Dalam bola sepak, Jepun memenangi Piala Asia setelah menewaskan Australia dalam perlawanan akhir.
- Bantahan anti-kerajaan (gambar penunjuk perasaan) seluruh Mesir semakin tegang, ditambah dengan tindakan kerajaan menggantung capaian ke rangkaian Internet dan SMS seluruh negara.
- Orang utan Sumatera menjadi spesis hominid ketiga yang genomnya diturutkan selepas manusia dan cimpanzi.
- Najib Mikati menjadi Perdana Menteri Lubnan selepas kejatuhan kerajaan Saad Hariri.
- Al-Jazeera mendedahkan ~ 1,700 dokumen sulit yang memerincikan rundingan rahsia dalam proses pendamaian konflik Israel-Palestin.
- Presiden Zine El Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia akibat bantahan di seluruh negara dan Fouad Mebazaa menjadi pemangku.
- Penduduk beberapa kawasan di kota Brisbane, Australia terpaksa dipindahkan berikutan banjir yang berterusan (gambar Wheel of Brisbane).
- Chengdu J-20 Republik Rakyat China, sebuah prototaip pesawat pejuang siluman generasi kelima, membuat penerbangan sulungnya.
- Undian diteruskan dalam sebuah pungutan suara untuk menentukan sama ada Sudan Selatan patut merdeka daripada Sudan.
- Penerbangan 277 Iran Air terhempas berhampiran Lapangan Terbang Urmia, Azarbaijan Barat, Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 maut.
- Satu kejadian menembak di Arizona mengakibatkan tujuh maut dan ahli Dewan Perwakilan Gabrielle Giffords cedera parah.
- Kajian Andrew Wakefield yang mengaitkan autisme dengan vaksin MMR diisytiharkan satu penipuan oleh jurnal perubatan British BMJ.
- Suruhanjaya tumpahan minyak kerajaan A.S. mengeluarkan laporan yang menuduh kegagalan pengurusan BP, Halliburton dan Transocean dalam tumpahan minyak Deepwater Horizon.
- Colombia, Jerman, India, Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB.
- Estonia mula mengguna pakai euro sebagai mata wangnya, menggantikan kroon (gambar syiling).
2010
- Dalam bola sepak, Mesir menewaskan Ghana untuk memenangi Piala Negara Afrika 2010 buat kali ketiga berturut-turut, manakala Togo dilarang menyertai dua kejohanan berikutnya.
- Toyota mengumumkan penarikan balik 8.5 juta kenderaan di seluruh dunia akibat masalah pecutan tidak disengajakan dan pepijat perisian.
- Avatar James Cameron menjadi filem dengan perolehan kasar tertinggi, mengatasi rekod Titanic pada 1997.
- Ali Hassan al-Majid, digelar "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi, digantung mati di Iraq selepas menerima empat hukuman mati.
- Sultan Johor dan bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada umur 77 tahun.
- Gegar penghujung kuat berukuran 5.9 Mw melanda Haiti seminggu selepas gempa bumi menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince (gambar) dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
- Lebih 200 orang maut dalam rusuhan beberapa hari antara Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria.
- Gerhana matahari anulus (gambar) paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika, Lautan Hindi dan Asia.
- Banjir di Kenya meragut 38 nyawa dan memaksa 40,000 penduduk berpindah.
- Dua bas berlanggar berhampiran Lae, Papua New Guinea, membunuh lebih 40 orang.
- Gempa bumi 7.0 Mw melanda Haiti, mengorbankan lebih 70,00 orang dan menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince.
- Parti Demokratik Liberal mendapat kemajmukan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perundangan Uzbekistan.
- Lukisan Pantai di Pourville oleh artis Impresionis Claude Monet yang dicuri pada 2000, ditemui di Poland.
- Peta pertama dalam bahasa Cina yang menunjukkan benua Amerika, disediakan oleh Matteo Ricci pada 1602 atas permintaan Maharaja Wanli, dipamerkan kepada awam.
- Chile menerima pelawaan untuk menjadi ahli Amerika Selatan pertama Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
- Serangan terhadap bas pasukan bola sepak Togo mengorbankan tiga orang, menyebabkan pasukan itu menarik diri dari Piala Negara Afrika 2010.
- Beberapa gereja di Malaysia diserang dipercayai berkaitan dengan pertikaian undang-undang mengenai penggunaan nama Allah dalam konteks Tuhan Kristian.
- Burj Khalifa (gambar), struktur tertinggi pernah dibina, dibuka kepada awam di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu pengeboman berani mati di Lakki Marwat, Wilayah Sempadan Barat Laut, Pakistan.
- Kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi penduduk, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China mula berkuatkuasa.
- Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Gabon, Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2009
- Jumlah pengguna unik Internet dalam satu bulan mencecah 1 bilion pada Disember 2008.
- Barack Obama (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.
- Israel mengisytiharkan gencatan senjata satu pihak setelah korban konflik Gaza mencecah 1300 orang. Hamas turut berbuat demikian.
- Korban serangan Israel di Genting Gaza meningkat melebihi 1000 orang, kebanyakannya orang awam.
- Feri KM Teratai Prima terbalik dan karam di perairan Sulawesi, Indonesia, mengorbankan lebih 200 orang.
- Pasukan darat Israel mengepung Gaza selepas seminggu mengebom Hamas di kawasan tersebut.
- John Atta Mills dari Kongres Demokratik Kebangsaan terpilih sebagai Presiden Ghana.
2008
- Bekas Presiden Indonesia, Presiden Suharto (gambar) meninggal dunia di Jakarta pada umur 86 tahun.
- Pengeluar kereta India Tata Motors mempamerkan kereta pengeluaran termurah di dunia, Tata Nano, berharga Rs 100,000 (AS$ 2,500).
- Regata Langkawi 2008 berlangsung di Langkawi.
- Rali Dakar 2008 dibatalkan setelah 4 pelancong dibunuh di Mauritania.
2007
- Sebuah helikopter milik Malaysian Helicopter Services terhempas di Laut China Selatan menyebabkan seorang penumpang maut.
- Gempa bumi di Sulawesi berukuran 7.5 pada skala Richter yang diiringi beberapa gempa bumi kecil menggemparkan negara pasifik yang masing-masing mengeluarkan amaran tsunami.
- Adik tiri Saddam Hussein, Barzan Ibrahim dan Awad Hamed al-Bandar dihukum gantung sampai mati.
- Bencana banjir besar melanda buat kali kedua dalam tempoh sebulan di beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang, dan Sabah.
- Penerbangan 574 Adam Air dilaporkan hilang berdekatan dengan Pulau Sulawesi, Indonesia.
- Romania dan Bulgaria menyertai Kesatuan Eropah. Ini menjadikan jumlah negara-negara yang menyertai Kesatuan Eropah bertambah menjadi 27 buah.
- Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati.
- Nepal memperkenalkan lambang negara yang baru sebagai tanda perdamaian sejurus berakhirnya Perang Saudara Nepal.
- Habsyah mengesahkan bahawa unit-unit udara dan darat telah memasuki Somalia dan menyerang tentera-tentera Kesatuan Mahkamah Islam dalam menyokong kerajaan yang berpusat di Baidoa.
- Majlis Keselamatan PBB sebulat suara untuk menggunakan Resolusi 1737, mengenakan sekatan terhadap Iran kerana program pengayaan nuklear.
2006
2005
- 18 Januari: Kapal terbang penumpang terbesar, Airbus A380 dilancarkan.
- 16 Januari: Adriana Iliescu, 66 tahun, mencatat rekod sebagai orang tertua melahirkan anak.
2004