Pergi ke kandungan

Resolusi 1737 Majlis Keselamatan PBB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Resolusi 1737 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah diluluskan sebulat suara oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Disember 2006.[1] Resolusi berkenaan ditaja oleh Perancis, Jerman dan United Kingdom [2], mengenakan sekatan ke atas Iran kerana gagal menghentikan program pengkayaan uranium berikutan resolusi 1696. Ia menghalang bekalan teknologi dan bahan-bahan yang berhubung dengan nuklear dan membekukan aset individu-individu penting dan syarikat-syarikat yang berhubungan dengan program pengkayaan. Ia mengambil masa dua bulan selepas penciptaan satu draf-resolusi, yang telah diperbetulkan beberapa kali selepas bangkangan daripada Russia dan China.[3] Bangkangan ini telah terbukti, kerana ia mengambil masa panggilan minit terakhir daripada Presiden Vladimir Putin kepada Presiden George W. Bush untuk mengakhiri undian berkenaan.[4] Resolusi datang selepas penolakan insentif ekonomi PBB bagi Iran untuk membekukan program pengkayaan nuklear. Sekatan ini akan diangkat sekiranya Iran membekukan "aktiviti-aktiviti disyaki " dalam masa 60 hari bergantung kepada keyakinan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.[1]

Tindakbalas Iran

[sunting | sunting sumber]

Iran bertindakbalas dengan mengutuk resolusi itu dan mengkritik Majlis Keselamatan. Mohammad Ali Hosseini, jurucakap bagi Kementerian Luar Iran, telah berkata bahawa resolusi "tidak memberi kesan atau menghadkan aktiviti nuklear Iran, tetapi akan mencemarkan keputusan Majlis Keselamatan, yang mana kuasanya semakin merosot." Oleh kerana resolusi itu di bawah Perkara 41 daripada Bab 7 dari Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, ia tidak boleh dipaksa menerusi penggunaan ketenteraan.[5] Pesuruhjaya Iran, M. Javad Zarif, juga telah menjawab kepada also resolusi itu, “Satu negara dihukum kerana melakukan hak asasi negara berkenaan,” menuduh majlis berkenan bertindak mengikut "perintah rejim merbahaya yang mempunyai kelakuan agresif dan jenayah perang,” merujuk kepada Israel, yang mana Perdana Menteri, Ehud Olmert, mengambil langkah-langkah terhadap penyahsamaran gedung nuklear Israel yang disyaki .[6]

Dalam reaksinya kepada resolusi berkenaan, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah menyatakan "Saya minta maaf kepada anda yang telah kehilangan peluang untuk persahabatan dengan negara Iran. Anda sendiri tahu bahawa anda tidak dapat merosakkan negara Iran walau sedikitpun." Hosseini, jurucakap kementerian luar, telah bersumpah bahawa hubungan Iran dengan agensi nuklear PBB akan berubah.[7]

Senarai individu dan entiti dengan aset-aset pembekuan

[sunting | sunting sumber]

Resolusi menyenaraikan individu-individu dan organisasi-organisasi dalam satu lampiran, sebagai satu permulaan individu dan organisasi yang mana aset-aset mereka akan diminta dibekukan:[1]

Program Nuklear

[sunting | sunting sumber]

Organisasi-organisasi:

Individu:

Program Balistik Peluru Berpandu

[sunting | sunting sumber]

Organisasi-organisasi:

People:

Dalam penambahan kepada perkara di atas, Major General Yahya Rahim Safavi, Ketua Turus Pengawal Revolusi Islam, disenaraikan dalam kumpulan berasingan dan didakwa terlibat dalam kedua-dua program nuklear dan balistik peluru berpandu.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d "Security Council imposes sanctions on Iran for failure to halt uranium enrichment, unanimously adopting Resolution 1737". United Nations. 2006-12-23. Dicapai pada 2006-12-23.
  2. ^ "UNSC Resolution 1737 text". 2006-12-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-10. Dicapai pada 2006-12-24.
  3. ^ "UN passes Iran nuclear sanctions". BBC News. BBC. 2006-12-23. Dicapai pada 2006-12-23.
  4. ^ "Security Council imposes sanctions on Iran". CNN. 2006-12-23. Dicapai pada 2006-12-23.
  5. ^ "Iran denounces U.N. sanctions as illegal". CNN. 2006-12-23. Dicapai pada 2006-12-23.
  6. ^ "Iran rejects U.N. resolution and accuses Security Council of hypocrisy". San Diego Union Tribune. 2006-12-23. Dicapai pada 2006-12-25.
  7. ^ "Iran's leader: U.N. will regret nuclear sanctions". CNN. 2006-12-24. Dicapai pada 2006-12-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]