Ismail Ahmad (ahli politik)
Dato' Ismail bin Ahmad D.P.N.S. | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 23 Mei 2018 – 30 Jun 2023 | |
Portfolio | Pembangunan Luar Bandar |
Menteri Besar | Aminuddin Harun |
Kawasan pilihan raya | Labu |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Labu | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 30 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Hasim Rusdi |
Digantikan oleh | Mohamad Hanifah Abu Baker |
Majoriti |
|
Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat | |
Ketua Cabang Rasah | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Tanggam Raju |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Batu 8, Labu, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia | 18 Julai 1956
Parti politik | |
Dato' Ismail bin Ahmad (lahir 18 Julai 1956) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Negeri Sembilan (2018-2023) dan mantan ADUN Labu selama sepenggal (2018-2023).
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Dibesarkan dan bersekolah di Kampung Batu 8, Labu, Seremban, Negeri Sembilan. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Labu Ulu, Batu 8, Labu. Selepas itu, meneruskan pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Men. Dato Mohamad Said, Nilai. Beliau ditawarkan melanjutkan ke sekolah berasrama penuh di Sekolah Men. Alam Shah, Kuala Lumpur pada 1973. Seterusnya, beliau meyambung pelajaran dalam bidang Diploma Agriculture di Universiti Putra Malaysia. Beliau berjaya meyambung pelajaran ke luar negara dalam sijil Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Science of Agriculture dan Agricultural Education di University of Georgia, USA.
Berkahwin dengan YBhg. Datin Hajah Selamah binti Hj Sulaiman, seorang pendidik dan dikurniakan 10 org anak dan 16 org cucu. Allahyarham bapa, Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Yusof adalah seorang Vateren tentera. Allahyarhamah ibu, Puan Hajah Maimunah adalah orang asal Kampung Batu 8, Labu dan merupakan anak kepada Yang Mulia Dato' Abd Kadir bin Osman, iaitu Dato Shahbandar Sungai Ujong.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Nama | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi (%) | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N20 Labu, P130 Rasah | Ismail Ahmad (PKR) | 6,712 | 45.72% | Hasim Rusdi (UMNO) | 5,830 | 39.71% | 15,006 | 882 | 84.30% | ||
Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (PAS) | 2,093 | 14.26% | ||||||||||
David Dass Aseerpatham (PAP) | 46 | 0.31% |
Anugerah & pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan :
- Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) - Dato' (2021)[3][4]
- Pingat Perkhidmatan Masyarakat Cemerlang (PMC) N.S.D.K – 2006
- Pingat Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Jaafar – 2001
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) N.S.D.K – 2000
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 4 kali semasa di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) (1990, 2000 , 2004 dan 2012)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Top officials head honours list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 14 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ "272 receive Negeri Sembilan state honours". Bernama (dalam bahasa Inggeris). 14 Januari 2021. Dicapai pada 14 Januari 2021.