Long Terawan
Long Terawan merupakan rumah panjang yang dibina di tebing Sungai Baram, berhampiran dengan ulu Baram. Hubungan komunikasi penduduk ini amat bergantung kepada bot panjang menyusuri Sungai Baram ke Marudi, Miri dan Kuala Baram. Pelancong terutama pelancong Barat singgah di kawasan ini meninjau kehidupan tradisional di rumah panjang sebelum pergi ke Taman Negara Mulu di Gunung Mulu, Sarawak.
Kaum yang tinggal dan menetap di Long Terawan adalah dari bangsa Berawan. Kebanyakkan dari penduduk asal dari Long Terawan ini berada di sungai melinau dan taman negara Mulu serta berada di bandar Miri Sarawak.
Sejarah
Pada August 1876 tercatat di akhbar Sarawak Gassete pegawai pensuruh British Sir Hugh Low bersama dengan Orang Kaya Panglima Manak(Tama Lujok) anak kepada OK Pemancha Sakan dan adik kepada bapa mertua Raja Temenggong Lawai dari etnik Kiput dengan kekuatan askar seramai 100 pahlawan. Rombongan ini melawat Long Terawan kawasan sungai tutoh Baram dan di sambut oleh Sigar adik kepada Raja Laksamana Daring(Tama Madang). [1]
Sir Hugh Low menceritakan pada 18 bulan yang lepas satu peristiwa berlaku daripada saudagar Brunei iaitu burung pingai telah melakukan kekacauan dimana mereka telah membunuh hamba milik Raja Laksamana Daring di tebing sungai Long Terawan dan satu daripada saudagar Burung Pingai sempat disumpit oleh askar setia kepada Raja Laksamana Daring.
Disebabkan kekacauan ini Raja Temenggong Lawai mengistiharkan hukum adat ganti nyawa dan tidak membenarkan saudagar burung pingai berpijak di bumi Baram. Semasa lawatan Sir Hugh Low di Baram, dimana berlaku pertelingkahan di antara Raja Temenggong Lawai dengan Sabdulah dan Haji Mat Nasir yang sedang menyamar sebagai agent pengutip cukai dari Brunei.
Raja Temenggong menitah agar rakyat dia tidak membayar apa-apa kepada agent Brunei dan berjanji akan melaporkan kepada Sultan Brunei kerana Sabdulah dan Haji Mat Nasir mengunakan Cop Mohor untuk merompak daripada kerajaan Brunei, kerana menurut Sir Hugh Low Raja Temenggong mempunyai bukti yang sangat kukuh.
Ketika Raja Temenggong Lawai bertengkar dengan Sabdullah iaitu agent penyamaran dari Brunei, Sir Hugh Low berpendapat tidak mahu terlibat campur urusan mereka kerana pedang milik askar setia Raja Temenggong Lawai sangat tajam. Pada 1800 Long Terawan adalah ibu kota Baram yang terpenting untuk saudagar-saudagar menjalankan aktiviti perdagangan di Baram.
"The chief of Long Patah (Raja Temenggong Lawai) did not permit there follower to pay anything at all. There even forgot them selves so far as to insinuate that their swords were sharp, and that since their fight with the Burung Pingai they had not allowed them to rust, but scoured them everyday. The Burung Pingai were expelled from Baram 18 month ago and have not dared to come back ever since. In Tutoh it is certain death for an individual to shew his face. They are unpopular every where and where ever they have set there feet, they have embroiled them selve with the native."
Sir Hugh Low
(Tekaoh) diraja dan (Maran) bangsawan Berawan Melawen Long Terawan
Raja Orang Kaya Temenggong Lawai
Raja Orang Kaya Laksamana Daring
Orang Kaya Panglima Epoi
Penghulu Belawing
Penghulu Malang
Penghulu Saging
Temenggong Baya
Penghulu Laing
Ketua Kaum Epoi (Tama Kasip)
- ^ Merlinda (2020-02-23). "Tugas Tambahan MP 2". dx.doi.org. Dicapai pada 2024-09-09.