Hospital Marudi
Penampilan
Hospital Marudi merupakan sebuah hospital daerah kerajaan yang terletak di Marudi, Sarawak, Malaysia.
Koordinat: 4°10′42″N 114°19′30″E / 4.178451°N 114.325031°E
Hospital Marudi memiliki wad sebanyak 54 katil dan ia merupakan sebuah hospital daerah bukan pakar yang menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit di wad.
Bagi pesakit yang memerlukan penjagaan lanjut atau perkhidmatan pakar, mereka biasanya akan dihantar ke Hospital Miri.
Antara perkhidmatan yang terdapat di Hospital Marudi termasuk:
Perkhidmatan Klinik
- Unit Kecermasan
- Jabatan Farmasi
- Unit Kerja Sosial Perubatan
- Unit Pathologi
- Unit Pendidikan Kesihatan
- Unit Diagnostik dan Pengimejan
- Unit Physiotherapi
Perkhidmatan Bukan Klinik
- Unit Rekod Perubatan
- Unit Pentadbiran