Pergi ke kandungan

Leftenan Adnan (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Leftenan Adnan)

Leftenan Adnan
Poster keluaran tayangan
PengarahAziz M. Osman
Penulis
  • Aziz M. Osman
  • Mejar Ramli Abu Bakar
  • A.R. Sulaiman
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
  • Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein
  • Aziz M. Osman
  • Nor Aliah Lee
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehAziz M. Osman
Muzik olehAzman Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 31 Ogos 2000 (2000-08-31) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
116 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 2.5 juta
Pecah panggungRM 4.8 juta

Leftenan Adnan[a] ialah sebuah filem drama perang Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia.[2][3] Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan tentang perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.[4][5] Filem ini turut memaparkan babak pertempuran terakhir Rejimen Askar Melayu berdepan kemaraan tentera Jepun yang jauh lebih ramai di Bukit Chandu sehingga mengorbankan Leftenan Adnan.

Filem ini ialah projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz.[6][7] Ia diterbitkan dengan belanjawan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu ketika itu.[8] Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif serta telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta. Ia telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15.[9][10] Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan.[11] Pada tahun 2020, versi definisi tinggi filem ini telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20.[12]

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London, England.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

Pelakon kanak-kanak yang memegang watak utama kecil ialah Mohd Ridzuan Din sebagai Adnan kecil, Mohd Haniff Ghafar sebagai Malek kecil, Mohd Amsyar Ghafar sebagai Ahmad kecil, Norfadhilah Norakai sebagai Safiah kecil dan Maizurah Om Sharom sebagai Tumirah kecil.

Pegawai tentera yang melakonkan watak masing-masing ialah Mejar Mohd Razak Omar sebagai Sarjan Ngah, Koperal Wan Shakri Wan Fe sebagai Prebet Ali, Tuan Haji Ghazali Haji Ismail sebagai Sarjan Ibrahim,[b] Lt. Kol. Omar Nasrulhaq sebagai Lt. Jen. AE Percival, Lt. Kol. Mohd Sany Royan sebagai Lt. Jen. Suguwara, Mejar Suhaimi Sulong sebagai Mejar Spencer Chapman, Mejar Ghazali Ismail sebagai Sarjan Ibrahim, Lt. M. Zaidi Mohd Zain sebagai Prebet/Koperal Yaakub, Lt. M. Zam Azhari Zainudin sebagai Lans Koperal Jibal, Lt. M. Khalid Ismail sebagai Prebet Baharom dan Pbt. Kamaruzaman Ariffin sebagai Prebet Darus.[1]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]
Filem ini diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Leftenan Adnan diarahkan oleh Aziz M. Osman, yang terkenal dengan filem-filem arahannya seperti Fenomena (1990), XX Ray (1992) dan Puteri Impian (1997).[17][18] Ia telah dilaporkan pada Ogos 1999 bahawa Aziz meluahkan hasratnya untuk membawakan kisah perjuangan perajurit, Leftenan Adnan Saidi ke layar lebar.[19][20] Menurut beliau, idea untuk mengarahkan sebuah filem peperangan sudah lama berada dalam fikirannya, namun tidak terfikir sama sekali beliau berpeluang mengarahkan filem berskala besar seperti Leftenan Adnan.[6][21] Beliau berkata kepada Berita Harian: "Leftenan Adnan mampu memberi suntikan patriotik kepada penonton dan wajar ditonton generasi muda sekarang. Kita tahu semangat dan kecintaan sesetengah anak muda terhadap negara semakin kurang. Malah tidak keterlaluan dikatakan ada anak muda sekarang yang tidak suka lagi mendengar lagu Negaraku,".[22] Aziz mengakui memikul tanggungjawab mengarahkan filem ini ialah satu cabaran besar baginya.[23]

Skrip untuk filem ini ditulis oleh Aziz bersama Mejar Ramli Abu Bakar dan telah dirombak sebanyak 10 kali.[24] Untuk filem ini, beliau menggunakan sistem bunyi canggih Dolby Digital dan bekerjasama dengan penata muzik, Azman Abu Hassan, yang sebelum ini pernah menjadi penata muzik untuk beberapa filem arahan Aziz.[25] Badaruddin Azmi, yang pernah bekerja di bawah Aziz, berkhidmat sebagai pengarah fotografi dan jurukamera.[26] Paradigm Film (kini Ace Motion Pictures), syarikat penerbitan yang diasaskan oleh Aziz, menerbitkan filem ini dengan kerjasama Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia, sementara Grand Brilliance mengendalikan urusan pengedaran.

Rusdi Ramli, Faizal Hussein dan Azri Iskandar[27] menjalani latihan di kem tentera selama sebulan sebelum penggambaran bermula. Rusdi pada mulanya dipertimbang untuk memegang watak Leftenan Adnan, namun beliau diberikan watak Prebet Malik. Faizal juga dipertimbangkan untuk melakonkan watak tersebut, namun sebaliknya beliau diberikan watak Prebet Ayob. Azri kemudian dipilih untuk melakonkan watak Leftenan Adnan, namun hanya sempat melengkapkan 30 peratus adegan sebelum disingkirkan kerana masalah disiplin.[28] Menurut Aziz, yang mengumumkan penyingkiran Azri dalam satu sidang media tergempar yang diadakan pada 28 Februari 2000, keputusan itu dibuat selepas Azri tidak menunjukkan komitmen selain gagal memberi kerjasama, dengan persetujuan oleh semua penerbit dan pelakon yang turut terjejas di dalam filem itu ekoran kerenah beliau yang memegang watak utamanya.[29] Aziz berkata: "Kami telah menyerahkan surat penggugurannya (Azri) dalam filem itu,".[28]

Azri pula mengatakan beliau terpaksa mengikut arahan penerbit dan pengarah secara membuta tuli walaupun terdapat percanggahan fakta dalam pembikinan filem ini.[30][31] Pengguguran beliau sebagai pelakon utama filem itu menyebabkan Kementerian Pertahanan, Paradigm Film dan Grand Brilliance menanggung kerugian kira-kira RM20,000.[32] Beliau telah digantikan oleh Hairie Othman. Hairie, yang terpaksa melakonkan semula 12 babak yang telah dilakonkan oleh Azri, mengakui tidak berfikir panjang setelah menerima tawaran Aziz untuk membintangi filem ini, namun menyifatkan pemilihannya untuk membintangi Leftenan Adnan sebagai tuah buatnya.[33][34] Umie Aida memegang watak sebagai Sophia Pakih Muda, isteri kepada Leftenan Adnan.[35] Untuk persediaan awal, beliau menjalani latihan menembak bersama anggota tentera selama sebulan.[36] Barisan pelakon lain termasuk Farid Amirul, Shaharuddin Thamby, Sherie Merlis dan Rambo Chin. Seramai 2,000 askar dari Tentera Darat Malaysia telah diambil untuk melakonkan pelbagai watak atau selaku pelakon tambahan.[37][38]

Mokhtar Adnan, anak lelaki Adnan Saidi amat berpuas hati dengan hasil kerja Aziz dalam filem ini. Menurut Mokhtar, hasrat untuk mengabadikan perjuangan bapanya dalam bentuk filem bermula sejak zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura.[39] Kos pembikinan filem ini telah diperuntukkan sebanyak RM2.5 juta termasuk kos promosi, manakala jumlah pelakon dan krewnya terdiri seramai 1,000 orang.[8] Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di 3 negeri di Malaysia, iaitu Perak (Batu Gajah),[40] Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Johor (Kota Tinggi). Penyanyi, Awie menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini, yang diberi tajuk "Di Medan Ini".[41][42]

Dalam satu temubual eksklusif bersama Harian Metro pada Ogos 2021, Aziz berkata mengenai pengalamannya mengarahkan Leftenan Adnan: "Pengalaman saya ketika diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pertahanan untuk mengarahkan Leftenan Adnan 20 tahun lalu adalah antara cabaran terbesar saya. Ini kerana filem saya sebelum itu lebih kepada komersial dan sensasi. Jadi apabila mendapat naskhah Leftenan Adnan, ia membuat saya berfikir untuk garapan kisahnya. Terus terang saya kata cerita itu tidak 100 peratus berdasarkan pada fakta sejarahnya. Bagi menarik cita rasa penonton ketika itu, saya masukkan juga elemen romantik dan komersial sebagai daya tarikan untuk orang menonton. Kaedah ini turut digunakan di industri filem Hollywood jika mereka menghasilkan filem patriotik,".[43] Aziz turut mendedahkan bahawa beliau sengaja mewujudkan watak tambahan untuk menceriakan suasana persahabatan menerusi watak Prebet Malik lakonan Rusdi Ramli walaupun ia tidak wujud dalam kisah sebenar Leftenan Adnan.[43]

Tema dan analisis

[sunting | sunting sumber]

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Falsafah dan Tamadun, Universiti Utara Malaysia (UUM), Leftenan Adnan menekankan aspek retorik dengan berkesan dan memberi gambaran kepada masyarakat mengenai budaya serta sejarah sesuatu bangsa dan negara, sementara mesej penghayatan nilai-nilai patriotisme dalam masyarakat juga dapat diterjemahkan kepada penonton dengan aspek retorik yang lebih jelas.[44] Seorang pengulas dari akhbar Utusan Malaysia melihat filem ini ialah satu "naskhah yang tidak menonjolkan tokoh Askar Melayu" sebenar sebagai "bahan yang menggerakkan filem ini". Pengulas itu turut menyatakan bahawa Leftenan Adnan kelihatan "tenggelam dalam sekian banyak fakta sejarah yang kelihatan semacam tidak boleh ditiadakan".[11]

Dalam tipologi beliau mengenai perfileman Malaysia, A. Wahab Hamzah mencadangkan bahawa Leftenan Adnan dilihat "tidak epik kerana pertempuran dan peperangannya semata-mata, tetapi bagaimana manusia-manusianya dan emosinya dibangunkan". Beliau turut memerhatikan bahawa filem ini mencuba untuk menjadi "sebuah epik dengan kebesaran dan pertempurannya, tetapi watak-wataknya tidak mampu dibangunkan sebaik mungkin dan dengan cara yang lebih meyakinkan".[45] David C. L. Lim pula melihat bahawa filem ini membawa imej baik masyarakat Melayu dengan membina semula kehidupan Leftenan Adnan yang "berani mempertaruhkan segala-galanya dalam memerangi tentera Jepun demi membebaskan rakyatnya".[5]

Ketepatan sejarah

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa ketepatan sejarah yang diambil pada perakuan Adnan untuk tujuan dramatis.[5] Perkara pertama ialah kematian Adnan yang terkenal dengan tragis – dalam versi filem, kematiannya tidak ditayangkan secara eksplisit dalam filem dan disembunyikan secara senyap ke kredit penutup, di mana ia tersirat bahawa dia dan mangsa yang masih hidup yang cedera dalam pasukannya diikat pada pokok dan diikat dengan bayonet hingga mati, yang merupakan versi yang lebih betul dan selaras dengan amalan Jepun yang serupa di tempat lain.[11]

Ini bertentangan dengan versi rasmi seperti yang dicatatkan oleh Tentera Empayar Jepun, yang menunjukkan bahawa dia dibunuh terlebih dahulu, kemudian digantung secara terbalik pada pokok ceri. Perakuan British telah mengesahkan bahawa mayatnya ditemui digantung terbalik selepas penyerahan itu dan ini telah diulangi dalam beberapa teks berautoriti mengenai kempen Malaya. Cara hukuman sebenar tidak pernah direkodkan secara rasmi.[11]

Dalam filem itu, Jeneral Tomoyuki Yamashita mengulas tentang keberanian dan kegagahan leftenan sebelum hukuman mati Adnan mungkin sebagai pengajaran kepada tentera Jepun dan berkata sekiranya terdapat sepuluh lagi askar seperti Adnan dalam Tentera Kolonial British di Tanah Melayu pada masa itu, dia akan mempunyai memerlukan sepuluh bahagian lagi untuk menakluki Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, versi rasmi merekodkan bahawa hukuman mati oleh tentera Jepun dalam kemarahan kerana kedegilannya dalam memegang jawatannya dan menyebabkan banyak korban jiwa ke atas tentera Jepun.[11]

Mesingan Lewis yang sering diguna pakai oleh Leftenan Adnan dalam filem ini ialah sebenarnya bukan model asal mesingan jenis itu. Ianya hanyalah model mocked up, dimana mesingan sedia ada dijadikan prop supaya mirip mesingan yang terkenal dengan muncung besar itu. Perbezaan jelas ketara dapat disaksikan dengan kelopak peluru mesingan Lewis diguna pakai dalam filem ini berbentuk bulat, tebal dan besar, manakala skala asal ianya hanyalah berbentuk cakera, dimana lebih leper, ringan dan berwarna coklat, bukan berwarna hitam seperti dalam filem ini.[11]

Leftenan Adnan menerima kritikan kerana menggunakan khidmat pelakon Melayu untuk memegang watak askar Jepun dan Inggeris sepanjang filem itu. Tambahan pula, dialog asal bahasa Inggeris seperti yang dituturkan oleh pelakon telah disuarakan oleh orang Melayu yang bercakap dalam bahasa Inggeris yang terhenti dan berloghat kuat yang menunjukkan bahawa terdapat percubaan janggal untuk mengubah dialog untuk memberikan kecondongan yang berbeza kepada situasi yang digambarkan dan untuk menggambarkan British dalam suasana yang tidak menguntungkan.[46]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana Leftenan Adnan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Ogos 2000 dan dianjurkan oleh Pemuda UMNO.[47] Filem ini dikeluarkan di pawagam seluruh negara pada 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43[48][49] dan diiklankan sebagai "Sebuah Epik Filem Melayu Terunggul".[50][51] Semasa tayangan khas di sinepleks pusat beli-belah Terminal One, Seremban, Negeri Sembilan pada 28 September 2000, seramai 1,000 murid Darjah 6 dari 10 sekolah rendah yang telah menamatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hadir menonton filem ini.[52] Tayangan perdana khas filem ini diadakan di pawagam Tanjung Golden Village (TGV), Suria KLCC pada 2 Oktober 2000 dan dihadiri oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Datin Seri (kini Tun) Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.[53] Sehari sebelum tayangan perdana khas, Mahathir dan Siti Hasmah meluangkan masa mereka bertemu dengan waris Leftenan Adnan.[54]

Pada 7 Oktober 2000, Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan tayangan filem ini kepada keluarga dua anak lelaki Leftenan Adnan, dan pusat pendidikannya di Kajang, Selangor.[55] Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya mencatatkan kutipan kasar sekitar RM1 juta selepas 10 hari ditayangkan, bermula tayangan tengah malam pada 30 Ogos. Jumlah kutipan kasar yang dicatatkan sehingga 8 September membabitkan kira-kira 45 pawagam di seluruh negara, terutamanya Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV),[56] manakala tayangan perdana untuk mengisi Tabung Alaf Baru Tentera Darat peringkat negeri Pahang berjaya memungut derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta sebanyak RM300,000.[57] Kutipan kemudian meningkat kepada RM2 juta pada minggu berikutnya.[58] Menjelang minggu terakhir tayangannya, ia meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta.[59]

Filem ini menerima pelbagai ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik filem. Mengulas untuk Harian Metro, Saniboey Mohd Ismail menulis bahawa plot filem ini "tidak berbelit"[60] dan dalam ulasan berikutnya, beliau menyifatkannya lebih baik dari Bukit Kepong sambil berkata: "Sekian lama, Bukit Kepong dikatakan filem pertempuran yang terbaik dan kini tiba masanya pula senario itu berubah kerana Leftenan Adnan jauh lebih hebat".[61] Akmal Abdullah, menulis untuk Berita Minggu berpendapat bahawa filem ini "hadir dalam suasana perfileman Melayu yang merindukan zaman kegemilangannya". Beliau menulis: "Barangkali kekurangan dalam Leftenan Adnan ialah tidak mampu menyentuh hati penonton secara menyeluruh. Ini juga berpunca pada kelemahan dari segi olahan babaknya dan gaya lakonan. Mungkin isteri anggota tentera apabila menontonnya akan sebak dan menangis kerana mereka akan terbayangkan suami mereka di medan perang tetapi bagi penonton lainnya, mereka mengharapkan satu kesan mendalam tetapi filem ini tidak begitu kesampaian. Apapun, kita masih dapat merasai unsur patriotiknya".[62] Md Bukhari Mukhtar dari akhbar sama turut berpendapat bahawa filem ini "sememangnya ada kelas tersendiri".[63] Mohd Yasir Che' Ngah, juga dari akhbar sama memuji keseluruhan jalan cerita filem ini sambil berkata: "Selepas menonton filem epik Leftenan Adnan yang boleh dikira bermutu tinggi, saya berasa begitu kagum, puas dan cukup berbangga kerana filem ini mampu mengangkat martabat dan maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta".[64] Meor Shariman dan Joe Lee dari The Malay Mail menggelarkan filem ini sebagai "versi Malaysia filem Saving Private Ryan".[65] Seorang pengulas untuk Utusan Malaysia menghuraikan bahawa Leftenan Adnan berjaya "lari daripada tema dan jalan cerita yang remeh-temeh dan meleret-leret" dan "mengangkat martabat filem Melayu yang selama ini memualkan, disogok dengan air mata dan percintaan yang membosankan".[66]

Pada tahun 2014, Leftenan Adnan telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 6 filem bertemakan Hari Kemerdekaan Terbaik oleh portal filem Cinema Online.[67] Ia juga telah disenaraikan oleh Astro Awani sebagai salah satu daripada 5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton.[68] Majalah Remaja juga menyenaraikan filem ini sebagai antara filem patriotik yang patut ditonton.[69] Filem ini juga tersenarai sebagai salah satu daripada 5 filem patriotik yang wajib ditonton bersempena Hari Malaysia pada 2021.[70] Leftenan Adnan juga disenaraikan sebagai salah satu daripada "10 filem patriotik yang mampu menyemarakkan semangat" oleh SelangorKini.[71]

Pada Disember 2019, Aziz M. Osman mengumumkan dalam satu ciapan di laman Twitter beliau bahawa filem Leftenan Adnan akan dinaik taraf dalam versi definisi tinggi (HD). Kata Aziz dalam ciapannya: "Tahun 2020 adalah ulang tahun filem Leftenan Adnan ke-20. Siapa setuju saya naik taraf filem ini ke Ultra HD untuk penonton sekarang?".[72] Sebanyak RM300,000 telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.[73] Filem ini telah menjalani restorasi di mana ia melalui proses suntingan, penambahan rakaman video, kesan visual (VFX) dan imej janaan komputer (CGI) serta penskoran muzik terbaharu.[74][73][75] Beberapa adegan yang telah dipotong termasuk adegan terakhir juga telah dimasukkan.[76] Versi baharu filem ini memulakan tayangan perdana di Astro First pada 27 Ogos 2020, 3 hari sebelum ulang tahun filem ini yang ke-20.[77][78] Leftenan Adnan menjadi filem tempatan kedua yang melalui proses restorasi selepas filem Bukit Kepong (1981) oleh Prodigital Lab Sdn. Bhd. (anak syarikat KRU Studios) yang pernah ditayangkan dalam tempoh terhad sempena bulan kemerdekaan pada 2015.[73] Versi HD filem ini ditayangkan menerusi penstriman dalam talian di Netflix pada 27 Ogos 2021.[79][80]

Pada majlis Anugerah Karyawan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) 2000, Leftenan Adnan telah membolot 8 anugerah.[81][82] Di acara Festival Filem Asia Pasifik ke-45 yang berlangsung pada 6 Disember 2000 di Hanoi, Vietnam, filem ini terpilih sebagai salah satu daripada 5 filem yang mewakili delegasi Malaysia bersama-sama dengan filem Mimpi Moon, Anaknya Sazali, Senario Lagi dan Bara.[83][84] Pada malam acara yang berlangsung di Hanoi Friendship Cultural Palace, ia telah memenangi dua anugerah.[85][86][87][88][89] Di Festival Filem Malaysia ke-15, Leftenan Adnan menerima 4 kemenangan daripada 7 pencalonan, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, manakala di Anugerah Skrin 2001, filem ini telah menerima 4 pencalonan, memenangi 2 anugerah.[c][90][91][65][92]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2000 Festival Filem Asia Pasifik ke-45 Penataan Bunyi Terbaik Azman Abu Hassan Menang
Anugerah Khas Juri Leftenan Adnan Menang
2001 Festival Filem Malaysia ke-15 Filem Terbaik Menang
Anugerah Khas Juri Menang
Pengarah Terbaik Aziz M. Osman Menang
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Tercalon
Lakon Layar Terbaik Aziz M. Osman Tercalon
Penataan Seni Terbaik Wan Nazrul Ashraff Menang
Penataan Bunyi Terbaik Azman Abu Hassan Tercalon
Anugerah Skrin 2001 Filem Terbaik Leftenan Adnan Menang
Pengarah Terbaik Aziz M. Osman Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Faizal Hussein Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Tercalon

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Perang Dunia II
  • Sarjan Hassan, filem 1958 yang berdasarkan kisah benar mengenai perjuangan seorang perajurit menentang penaklukan Jepun di Tanah Melayu
  • Bukit Kepong, filem 1981 yang berkisarkan mengenai perjuangan pasukan polis menentang komunis
  • Paloh, filem 2003 mengenai konfrontasi tentera Jepun dengan parti komunis
  1. ^ Juga ditulis oleh media sebagai Lt. Adnan.
  2. ^ Watak Sarjan Ibrahim dilakonkan sendiri oleh anggota tentera iaitu Tuan (kini Dato') Haji Ghazali Haji Ismail. Beliau bersara dengan pangkat Mejar Jeneral pada Mac 2021. Hantaran ini dimuat naik di akaun facebook rasmi Tentera Darat Malaysia. Mej. Jeneral (B) Dato Haji Ghazali juga sempat berlakon dalam drama ketenteraan Insurgensi yang disiarkan di RTM. Dalam drama tersebut beliau berperanan sebagai CO 8 Renjer Raja Rashid. Sewaktu penggambaran dijalankan, beliau memegang jawatan Leftenan Kolonel.
  3. ^ Festival Filem Malaysia ke-15 dan Anugerah Skrin 2001 diadakan serentak pada 5 Ogos 2001, di mana ia dikenali sebagai Anugerah Skrin-Panca Delima 2001.
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s "Catatan penerbitan Leftenan Adnan". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2008. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  2. ^ "Leftenan Adnan filem alaf baru". Berita Minggu. 2 Januari 2000. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  3. ^ Saniboey Mohd Ismail (15 Mac 2000). "Sejarah hero Melayu". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  4. ^ Abdul Razak Raaff (10 Disember 1999). "Lt. Adnan pendorong generasi muda sertai ketenteraan". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  5. ^ a b c Lim & Yamamoto 2011.
  6. ^ a b "Pengorbanan wira buat Aziz insaf". Berita Minggu. 2 April 2000. m/s. 13. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  7. ^ "Lt. Adnan: Aziz M. Osman janjikan kejutan". Utusan Malaysia. 3 Julai 2000. Dicapai pada 14 Mac 2009.
  8. ^ a b "'Leftenan Adnan' terbesar, paling mahal". Berita Minggu. 2 April 2000. m/s. 1. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  9. ^ "Kejayaan Leftenan Adnan milik semua". Berita Harian. 14 Disember 2000. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  10. ^ Marina Mohd Shariff (25 Disember 2000). "'Leftenan Adnan' is a masterpiece indeed" ['Leftenan Adnan' ialah sebuah karya agung] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  11. ^ a b c d e f "Leftenan Adnan... tidak mentafsir sejarah". Utusan Malaysia. 18 Ogos 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2017. Dicapai pada 14 April 2015.
  12. ^ Asraf Aided (31 Ogos 2020). "Tonton Leftenan Adnan 2020 dalam versi yang lebih segar!". Astro Gempak. Dicapai pada 24 Januari 2021.
  13. ^ "Impian Hairie". Berita Minggu. 30 Julai 2000. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  14. ^ Roslen Fadzil (22 Oktober 1999). "Umie berlakon komedi". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  15. ^ "Watak Safiah bermain dengan emosi dalaman". Utusan Malaysia. 23 Ogos 2000. Dicapai pada 14 Mac 2009.
  16. ^ Nor Akmar Samudin (25 Oktober 2000). "Jeffri rendah diri". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  17. ^ "Scene@ the launch of Malay film Leftenan Adnan" [Suasana di majlis pelancaran filem Leftenan Adnan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 19 November 1999. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  18. ^ Suraya Al-Attas (4 September 2000). "Aziz wins the 'war'" [Aziz menang 'perang'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  19. ^ "Aziz rancang buat filem Leftenan Adnan". Berita Harian Singapura. 27 Ogos 1999. m/s. 21. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  20. ^ "M'sia rancang filemkan keperwiraan Lt Adnan". Berita Harian Singapura. 13 November 1999. m/s. 32. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  21. ^ "Lt Adnan ke layar perak". Harian Metro. 12 November 1999. Dicapai pada 10 April 2019.
  22. ^ Akmal Abdullah (23 Ogos 2000). "Lt. Adnan mampu suntik semangat patriotik". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  23. ^ A. Kadir Pandi (10 Januari 2000). "Cabaran besar arah 'Leftenan Adnan'". Berita Harian Singapura. m/s. 10. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  24. ^ Ellyna Ali (5 Julai 2000). "Skrip Lt. Adnan dirombak 10 kali". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  25. ^ Zainuri Misfar (27 Mei 2000). "Lt. Adnan guna Dolby Digital". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  26. ^ "Didikan ayah sumber kejayaan". Berita Minggu. 10 September 2000. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  27. ^ Roslen Fadzil (10 November 1999). "Azri bintangi Lt Adnan". Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2019.
  28. ^ a b Rosli Manah (1 Mac 2000). "Filem Lt. Adnan: Azri Iskandar disingkir". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2017. Dicapai pada 14 April 2015.
  29. ^ Hardi Effendi Yaacob (31 Ogos 2008). "Aziz singkir Azri Iskandar". Berita Minggu. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  30. ^ Akmal Abdullah (1 Mac 2000). "Lt. Adnan: Punca Azri digugur". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2010.
  31. ^ Marina Abdul Ghani (2 Mac 2000). "Sacked!" [Disingkirkan!] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  32. ^ Roslen Fadzil (29 Februari 2000). "Pelakon utama Lt. Adnan dipecat". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2019.
  33. ^ "Hairie anggap pemilihan sebagai tuah". Berita Harian. 1 Mac 2000. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  34. ^ "Hairie Othman tidak terkilan". Utusan Malaysia. 21 Ogos 2000. Dicapai pada 14 Mac 2009.
  35. ^ "'Cinta' pada watak dorong Umie dalam 'Lt Adnan'". Berita Minggu. 20 Julai 2000. m/s. 12. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  36. ^ Zubir Mohd Yunus (2 Julai 2000). "Penembak jelita". Berita Minggu. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  37. ^ "Tentera M'sia terlibat dalam filem Lt. Adnan". Berita Harian Singapura. 3 Julai 2000. m/s. 5. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  38. ^ "Malaysian army goes into the film-making business" [Tentera Malaysia bergiat aktif dalam industri perfileman] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 3 Julai 2000. m/s. 27. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  39. ^ Adam Salleh (18 September 2000). "Mokhtar puas hati Leftenan Adnan". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  40. ^ Freddie Aziz Jasbindar (19 Februari 2017). "Pusing Jadi Lokasi Utama Filem Leftenan Adnan (2000)". Orang Perak. Dicapai pada 2 November 2019.
  41. ^ Sani Salleh (7 Julai 2000). "Lagu patriotik Awie". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2019.
  42. ^ Jad Mahidin (17 Ogos 2000). "Courage under fire" [Keberanian dalam cemara] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  43. ^ a b Norhayati Nordin (28 Ogos 2021). "Cabaran hasil filem patriotik". Harian Metro. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  44. ^ Hafidah, Melor & Rohaya 2018, m/s. 1–8.
  45. ^ A. Wahab Hamzah (8 September 2000). "Leftenan Adnan - filem, nasionalisme dan tafsiran sejarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2009. Dicapai pada 13 Februari 2015.
  46. ^ Hasmi Hashim (11 September 2000). "... Yang bukan pada filem Lt. Adnan". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  47. ^ Si Kalam (26 Ogos 2000). "Hargai generasi lama". Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2021.
  48. ^ "Leftenan Adnan ... meraikan Hari Kemerdekaan". Utusan Malaysia. 16 Ogos 2000. Dicapai pada 14 Mac 2009.
  49. ^ "Semangat cintakan tanah air berkobar dalam Leftenan Adnan". Utusan Malaysia. 3 September 2000. Dicapai pada 14 Mac 2009.
  50. ^ "Aziz tidak bimbang jika Leftenan Adnan gagal". Berita Harian. 6 September 2000. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  51. ^ Tuah (24 September 2000). "Leftenan Adnan hebat!". Berita Minggu. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  52. ^ "1,000 Standard Six pupils to see movie 'Leftenan Adnan'" [1,000 murid Darjah Enam tonton 'Leftenan Adnan'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 27 September 2000. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  53. ^ "Dr. M tonton filem Lt. Adnan". Berita Harian. 2 Oktober 2000. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  54. ^ "Dr. M meets family of Lt. Adnan before watching movie" [Dr. M bertemu keluarga Lt. Adnan sebelum menonton filem] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 2 Oktober 2000. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  55. ^ "Hero's sons get part of movie profits" [Anak-anak perwira dapat sebahagian keuntungan filem] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 7 Oktober 2000. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  56. ^ Hardi Effendi Yaacob (12 September 2000). "Leftenan Adnan catat kutipan lebih RM3j". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  57. ^ "Tayangan Leftenan Adnan kumpul RM30,000". Berita Harian. 16 September 2000. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  58. ^ "Leftenan Adnan lebih RM2 juta dikutip". Utusan Malaysia. 4 September 2000. Dicapai pada 14 Mac 2009.
  59. ^ Rokaid Chik (6 Februari 2001). "Zaman gemilang Melaka ke layar perak". Berita Harian. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  60. ^ Saniboey Mohd Ismail (16 Ogos 2000). "Plot Lt. Adnan tak berbelit". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  61. ^ Saniboey Mohd Ismail (18 Ogos 2000). "Lt. Adnan khazanah negara". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  62. ^ Akmal Abdullah (27 Ogos 2000). "Leftenan Adnan lurus, bersahaja". Berita Minggu. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  63. ^ Md Bukhari Mukhtar (1 Oktober 2000). "Hati puas tonton Leftenan Adnan". Berita Minggu. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  64. ^ Mohd Yasir Che' Ngah (29 Oktober 2000). "Sekalung tahniah buat Afdlin". Berita Minggu. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  65. ^ a b Meor Shariman; Joe Lee (6 Ogos 2001). "Top honours for Leftenan Adnan" [Penghargaan tertinggi untuk Leftenan Adnan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  66. ^ "Leftenan Adnan angkat martabat filem Melayu". Utusan Malaysia. 18 September 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2017. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  67. ^ Azizah Saleh (29 Ogos 2014). "6 Best local Independence Day films" [6 filem Hari Kemerdekaan tempatan terbaik] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  68. ^ "5 filem patriotik adaptasi kisah benar... wajib tonton!". Astro Awani. 30 Ogos 2018. Dicapai pada 25 Januari 2019.
  69. ^ Fiezreen (1 September 2020). "Pejuang dulu-dulu bergolok gadai pertahankan negara. Ini filem-filem patriotik yang patut anda tonton". Remaja. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  70. ^ Attiqah Mohd (16 September 2021). "Jom Semak 5 Filem Patriotik Yang Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!". XTRA. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  71. ^ Nazli Ibrahim (15 September 2022). "10 filem angkat tema perjuangan lawan penjajah, komunis". SelangorKini. Dicapai pada 5 November 2022.
  72. ^ Azwa Rahman (24 Disember 2019). "Filem Leftenan Adnan Sambut Ulang Tahun Ke-20, Aziz M. Osman Mahu Naik Taraf Versi HD!". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  73. ^ a b c Muzlina Abu Bakar (10 Januari 2020). "Hampir setengah juta ringgit restorasi filem Leftenan Adnan". Bebas News. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  74. ^ Nisa Irina (21 Ogos 2020). ""Leftenan Adnan" to be re-released in high definition (HD)" ["Leftenan Adnan" akan dikeluarkan semula dalam definisi tinggi (HD)] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 24 Januari 2021.
  75. ^ "Leftenan Adnan Akan Ditayang Semula Dalam Versi 'HD'". Kakimuvee. 21 Ogos 2020. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  76. ^ Aizam Manaf (18 Oktober 2020). ""Masukkan Sekali Adegan Terakhir Yang Dipotong," - Ramai Teruja, Aziz M. Osman Dalam Usaha Tayang Filem Leftenan Adnan Versi Director's Cut?". Media Hiburan. Dicapai pada 25 Januari 2021.
  77. ^ Nisa Irina (28 Ogos 2020). ""Leftenan Adnan - Director's Cut" to screen on Astro First" ["Leftenan Adnan - Director's Cut" akan ditayangkan di Astro First] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 24 Januari 2021.
  78. ^ "Aziz M. Osman Mahu Bawa Leftenan Adnan Director's Cut Ke Pawagam". Kakimuvee. 16 Oktober 2020. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  79. ^ Izzat Aziz (20 Ogos 2021). "Leftenan Adnan Versi HD Akan Disiarkan Di Netflix Pada 27 Ogos Ini". Aksiz. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  80. ^ "5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini". Getaran. 29 Ogos 2021. Dicapai pada 1 Februari 2022.
  81. ^ "Leftenan Adnan raih lapan hadiah". Berita Harian. 14 November 2000. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  82. ^ "Anugerah Karyawan ... Leftenan Adnan bolot lapan kategori". Utusan Malaysia. 13 November 2000. Dicapai pada 24 Januari 2010.
  83. ^ Saleha Ali (1 Disember 2000). "Time we made our mark" [Masa untuk kita membuat tanda] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  84. ^ Akmal Abdullah (7 Disember 2000). "Leftenan Adnan ada kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  85. ^ Akmal Abdullah (11 Disember 2000). "Filem Leftenan Adnan menang dua anugerah di Hanoi". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  86. ^ Saleha Ali (11 Disember 2000). "'Leftenan Adnan' bags two awards at festival" ['Leftenan Adnan' bolot dua anugerah di festival] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  87. ^ Akmal Abdullah (11 Disember 2000). "Lt. Adnan menang 2 anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  88. ^ Akmal Abdullah (11 Disember 2000). "Leftenan Adnan menang dua anugerah di FFAP45". Berita Harian. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  89. ^ "Leftenan Adnan bags two awards" [Leftenan Adnan bawa pulang dua anugerah] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 11 Disember 2000. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  90. ^ "Leftenan Adnan filem terbaik Anugerah Skrin-Panca Delima 2001". Berita Harian. 6 Ogos 2001. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  91. ^ Akmal Abdullah; Zul Husni Hamid; Hanisah Selamat (8 Ogos 2001). "Kejayaan Leftenan Adnan sudah dijangka". Berita Harian. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  92. ^ Julia Jaafar (6 Ogos 2001). "'Leftenan Adnan' named best film" ['Leftenan Adnan' dinamakan filem terbaik] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Januari 2020.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]