Pecah (filem)
Pecah | |
---|---|
Pengarah | Asrulhisyam Ahmad |
Lakon layar | Sha Hanim Ramli Azril Hamzah |
Berdasarkan | Pecah oleh Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI |
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin Mohd Anizan Sarif (eksekutif) Shah Hassan (eksekutif) |
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Shaufe A. Wahub |
Disunting oleh | Johan Bahar |
Muzik oleh | Edrie Hashim |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Lightbulb Pictures |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 96 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah ialah sebuah filem aksi Malaysia 2013 arahan Asrul Hisham Ahmad terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures. Filem ini ditayangkan pada 13 Jun 2013.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah dibuka dengan imbasan semula insiden bila Bakar yang sedang masuk ke rumah telah tersilap menyangkakan yang Sarah adalah isterinya Nora – Sarah dirogol oleh bapanya sendiri, Bakar. Sarah melahirkan anak haram Bakar tetapi nyawanya telah diambil sebagai ganti. Kembali ke masa kini; di sebuah bank, satu rompakan sedang berlaku dimana Alan, Herman, Radi dan Don adalah perompak bersenjata itu. Dalam kekalutan mengambil wang dan peti ‘safe deposit’, Alan ditembak dan cedera. Walau bagaimanapun, semua perompak telah Berjaya melarikan diri dengan hasil wang rompakan sebanyak RM300,000. Dalam masa yang sama, di Rumah Orang Tua Seri Memori kelihatan seorang pekerja wanita bernama Lydia sedang terkocoh-kocoh membantu Bakar yang pengsan dengan tiba-tiba. Bakar dibawa ke hospital.
Oleh kerana kecederaan Alan yang teruk, Herman selaku ketua kumpulan mencadangkan Alan dihantar ke hospital berdekatan dan dalam masa yang sama wang hasil rompakan disorokkan di dalam hospital yang sama dimana Bakar juga di bawa. Pasukan polis pula telah mula menjalankan siasatan dan Inspektor Haikal diarahkan untuk mengetuainya. Kazim, pegawai bank disoal siasat tentang perkara ini.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Tony Eusoff sebagai Herman
- Sofi Jikan sebagai Alan
- Izreen Azminda sebagai Lydia
- Fizz Fairuz sebagai Inspektor Haikal
- Ako Mustapha sebagai Kazim
- Watie Sadali sebagai Nora
- Miera Leyana sebagai Sarah
- Along Eyzendy sebagai Radi
- Buzen Hashim sebagai Don / Kahar
- Hafiz Halim sebagai Dr. Shah
- Zeehan Hussain sebagai Dr. Vivian
- Zulkifli Zain sebagai Bakar
- Zain Hamid sebagai Bakar (70an)
- Jagen sebagai Suresh
- Nick Nazeela sebagai Anida
- Mak Wan sebagai Mek
- Khairul Bahari sebagai Ramlan
- Ariel Ahmad sebagai Afnan
- Wan Sarah Auni Ahmad Azham sebagai Hanis
- Hasnah Hashim sebagai Makcik Peah
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Pecah diadaptasi dari novel terbitan Buku FIXI dengan judul sama yang dikarang oleh Khairulnizam Bakeri. Ia merupakan filem kedua arahan Asrul Hisham Ahmad selepas Sesuatu Yang Tertinggal (2012).[2]
Menurut Asrul Hisham atau Black, Pecah disifatkan sebagai karya yang mencabar ekoran dirinya perlu memastikan karyanya itu setanding dengan karya asal bagi memuaskan hati pembaca novel tersebut.[2] Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur dan Wangsa Maju.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Raziatul Hanim A. Rajak (25 April 2013). "Filem Pecah bakal pecah panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ a b Raziatul Hanim A. Rajak (13 Jun 2013). "Pecah, dari novel ke filem". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (7 Januari 2017). "Teruja jayakan filem Pecah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 16 Mei 2018.