Perempuan, Isteri & .....?
Perempuan, Isteri Dan .....? | |
---|---|
Pengarah | U-Wei Hj Saari |
Penulis | U-Wei Hj Saari |
Dihasilkan oleh | Pansha |
Dibintangi | |
Muzik oleh | Azmeer |
Syarikat penerbitan | Berjaya Film Production |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 109 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Perempuan, Isteri & .....? ialah sebuah filem drama Malaysia tahun 1993 hasil karya U-Wei Hj Saari. Dibintangi Sofia Jane dan Nasir Bilal Khan.[1] Filem ini berjaya meraih lima anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-11 pada 1994 termasuk Filem Terbaik.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Di sebuah kampung, satu kenduri nikah sedang dijalankan. Zaleha dijodohkan dengan Amir, yang tiba lewat bersama rombongannya. Suasana kekecohan berlaku apabila didapati bahawa Zaleha telah melarikan diri. Amir menjejakinya ke Thailand di mana ia mendapati bahawa Zaleha telah kahwin lari bersama seorang lelaki buaya darat. Amir menuntut penjelasan Zaleha dan menembak mati lelaki tersebut. Lantas, dia memperkosa Zaleha dan menjualnya kepada seorang bapa ayam Thailand.
Selepas 6 bulan, Amir kembali untuk mengambil semula Zaleha, yang telah menjadi seorang pelacur. Amir membawanya ke sebuah hotel di mana mereka ditangkap oleh majlis Agama tempatan. Ini memaksakan Amir untuk mengahwini Zaleha dan membawanya pulang ke kampung Amir. Amir merupakan seorang penjual sayur dan meninggalkan rumah mereka untuk mengutip stok barang untuk dijual. Ini menyebabkan Zaleha berseorangan di rumah. Ia pergi ke rumah jirannya, Kamariah dan mengajaknya ke bandar.
Di bandar, Kamariah dan Zaleha makan di restoran. Zaleha bermain mata dengan seorang pemandu lori yang mengajak mereka menonton filem. Di sini Zaleha dan lelaki itu saling meraba. Aktiviti ini menyebabkan mereka pulang lewat. Pemandu lori itu dibelasah oleh orang kampung dan Kamariah ditampar oleh suaminya serta dilarang untuk bergaul dengan Zaleha.
Amir pulang setelah beberapa hari dan memarahi Zaleha atas perkara yang diceritakan kepadanya oleh orang kampung. Mereka dijenguk oleh abang Amir, Halim serta isterinya Zaberiah. Ketika Zaleha memperagakan baju baharunya kepada Zaberiah, Amir naik angin dan mengoyakkan baju tersebut. Dia juga memaksa Zaleha untuk membeli garam meskipun sudah lewat malam. Zaleha berjalan berseorangan tanpa arah tuju ketika didekati oleh seorang lelaki. Lelaki itu memberikannya satu beg yang berisikan garam. Pada hari yang tidak ditentukan, Zaleha bertemu sekali lagi dengan lelaki tersebut dalam keadaan hujan lebat. Mereka berfoya-foya dan melakukan perkara intim.
Ketika hadirnya seorang VIP ke kampung mereka, semua lelaki bermuafakat di balai raya. Lelaki misteri itu rupanya bernama Tapa dan merupakan penyembelih lembu di samping penoreh getah. Amir juga telah lebih mesra dengan Zaleha. Ketika penyembelihan dilakukan, satu kampung kecoh dengan penemuan budak-budak bahawa Bakri dan Minah bermesra di belukar . Ini memaksakan Anjang, ayah Minah yang juga penyembelih lembu untuk diiring ke masjid. Tapa mengambil peluang ini untuk bertemu dengan Zaleha. Zaleha menyuruhnya mengusir Majid, seorang penjual kain yang Zaleha berhutang dan membayar dalam matawang badan. Tapa dengan tidak sengaja membunuh Majid.
Kelakuan ini menyebabkan Tapa melarikan Zaleha ke rumahnya. Amir tiba bersama orang kampung untuk mendesak Tapa agar melepaskan Zaleha. Amir dan abangnya berjaya menembusi pintu rumah itu dan cuba untuk mencari penjelasan. Dalam keberangan atas pendedahan bahawa Tapa dan Zaleha mempunyai hubungan, Amir membunuh Tapa. Dia sekali lagi menuntut penjelasan Zaleha atas kejadian awal yang menyebabkan perisitiwa di Thailand. Zaleha menjawab bahawa dia meninggalkan Amir tanpa sebab, "begitu sahaja". Halim cuba untuk menghalang Amir tetapi tidak berjaya kerana Amir mengelar Zaleha. Ini membunuh Zaleha dan menyebabkan Amir diberkas oleh polis.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Sofia Jane sebagai Zaleha
- Nasir Bilal Khan sebagai Amir
- Yusof Mohamad sebagai Halim
- Fetty Dzul sebagai Sabariah
- Normah Damanhuri sebagai Asiah
- M. Rajoli sebagai Som Chai
- Jamaluddin Abd Kadir sebagai Jalil
- Hamidah Wahab sebagai Rokiah
- Zaidi Omar sebagai Tapa
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Johari Yusuf sebagai Kamal
- Rosni Yusuf sebagai Kamariah
- Fendy sebagai Majid
- Ali Osman sebagai Murad
- Sudiro Sukiman sebagai Man Petai
- Ismail Yaacob sebagai Bakri
- Bibi Putri Zaitun sebagai Aminah
- Alias Yusuf sebagai Halim
- Anuar Idris sebagai Mansur
- Ramlee Saleh sebagai Salim
- Ahmad Bahiki sebagai Usop
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Kamarul
- Bohari Ibrahim sebagai Mahad
- Shamsul Kamal sebagai Hashim
- Ku Mustapha sebagai Pak Teh
- Syed Basil sebagai Imran
- Razali Safar sebagai Birin
- Mohd. Rawi Said sebagai Kadi
- Jaafar Wira sebagai Pak Samad
- Sohara sebagai Mammie
- Delimawati sebagai Kak Chah
- Sapri Ibrahim sebagai Som Peng
- Salim sebagai Joe Cool
- Din sebagai Ismail
- Rozie Rawi sebagai Anum
- Mahadi sebagai Anuar
- Awin sebagai Miah
- Zulkarnaen sebagai Abu
- Noraini Jaafar sebagai Rokiah
- Sharifah Salmah sebagai Mak Esah
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- J.D Khalid sebagai Anjang
- S.A Bakar sebagai Katip
- Ali Rahman sebagai Tok Empat
- Raja Hamidah sebagai Mak Som
- Norsiah Yem sebagai Mak Kiah
- Rohaya Rahman sebagai Mak Hasnah
- Syed Hamid sebagai Katip
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Iman sebagai Roslan
- Bell Ngasri sebagai Kassim
- Anne Ngasri sebagai Ijah
- Nasreen Ngasri sebagai Adik Aminah
- Azhari Jamsari sebagai Azman
- Saiful Azmi Jamsari sebagai Azmi
- Mohd Najib Mahmud sebagai Omar
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-11 | Filem Terbaik | Perempuan, Isteri Dan .....? | Menang |
Pengarah Terbaik | U-Wei Hj Saari | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Nasir Bilal Khan | Menang | |
Pelakon Wanita Terbaik | Sofia Jane | Tercalon | |
Cerita Asal Terbaik | U-Wei Hj Saari | Menang | |
Lakon Layar Terbaik | U-Wei Hj Saari | Menang | |
Penyunting Terbaik | Rassul Salim | Tercalon | |
Penata Seni Terbaik | Johari Hamid | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Perempuan, Isteri dan... Diarkibkan 2012-03-05 di Wayback Machine di Sinema Malaysia