Roh (filem)
Roh Soul | |
---|---|
Pengarah | Emir Ezwan |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Saifuddin Musa |
Disunting oleh | Safwan Salleh |
Muzik oleh | Reinchez Ng |
Syarikat penerbitan | Kuman Pictures |
Diedarkan oleh | TGV Pictures |
Tarikh tayangan | 6 Ogos 2020 (Malaysia, Singapura) |
Masa tayangan | 1 jam 23 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM360,000 |
Pecah panggung | RM522,656 |
Roh (juga dikenali sebagai Soul) ialah filem seram indie seni Malaysia 2020. Ia mengisahkan kehadiran seorang kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.
Ia ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos 2020.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Pada zaman dahulu, dua beradik Along dan Angah, tinggal di pondok buruk dalam hutan bersama ibu mereka yang janda, Mak. Suatu hari, mereka ternampak seekor rusa mati tergantung, tersangkut di leher di atas pokok yang tinggi. Semasa pulang ke rumah, mereka lihat seorang budak perempuan yang mengekori mereka dari belakang. Mereka membawa budak itu masuk ke rumah dan memanggil budak itu sebagai Adik. Pada waktu malam, Mak bercerita lagenda semangat hutan yang disumpah untuk memburu haiwan dan kanak-kanak di dalam hutan. Mangsa hanya akan selamat jika mengetuk dua batu bersama sambil membaca mantera. Keesokan pagi mereka terkejut melihat Adik makan burung mentah. Adik memberi amaran bahawa mereka semua akan mati pada bulan mengambang sebelum mengelar lehernya sendiri membunuh diri.
Keluarga itu meninggalkan mayat adik di sebuah padang di dalam hutan. Setelah pulang, mereka melihat seorang perempuan tuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Tok sedang meneliti batu batu yang secara misterinya bertebaran sekeliling rumah pada malam sebelumnya. Tok memberi amaran bahawa batu itu memberi petanda buruk dan menyuruh dua beradik itu membuangnya. Malam itu, Along terserempak dengan hantu yang menyerupai Adik semasa sedang merangkak di bawah rumah. Along demam panas dan Mak mencari Tok meminta pertolongan. Tok menjalankan upacara dan meminta Angah untuk mengorbankan 2 merpati putih tetapi Angah secara senyap senyap melepaskan seekor burung pergi.
Seorang pemburu muncul di depan rumahmencari Adik, tetapi Mak menghalaunya pergi. Malam itu, Along berjalan dalam tidur dan pabila tersedar, dia mendapati dia berada di kuburan Adik dimana dia sekali lagi melihat hantu yang menyerupai Adik. Keesokan harinya, pemburu itu teejumpa Along yang ketakutan di dalam hutan dan membawanya kepada Mak, tetapi Mak mengesyaki pemburu itu menculik dan mencederakan Along. Along dengan teragak agak memberitahu pemburu itu mengenai Adik dan mengesa Mak supaya mereka berpindah keluar dari hutan. Pemburu itu yang sebenarnya ayah Adik, terjumpa mayat Adik dan bersedih. Semasa Mak keluar dari rumah, Along menghempaskan kepalanya berkali kali ke atas besi tajam yang terpacak di lantai dan akhirnya mati.
Kerana rasa takut yang amat Mak bersiap sedia untuk meninggalkan hutan bersama Angah, tetapi Angah pula merayau di dalam hutan mencari makanan. Pemburu pula mendapati mayat Adik hilang, lalu pergi berjumpa Mak dan memberi amaran bahawa mereka sekeluarga dalam bahaya akibat gangguan semangat jahat. Mak tidak percaya dan menuduh pemburu itu penyebab kematian Along dan kehilangan Angah. Setelah pemburu pergi, Mak mengekorinya dengan niat untuk membunuh pemburu itu. Di dalam hutan pemburu itu terjumpa Angah dan mengelar leher Angah, sebelum dirinya sendiri ditusuk tombak oleh Mak yang menyusup dari belakang.
Pemburu itu terbangun dan mendapati Tok sedang mengadakan upacara ke atas mayat Adik yang ditanam di dalam kubur. Tok mendedahkan yang dirinya ialah Iblis yang merasuk manusia untuk mengawal rohnya. Tok menggunakan mayat Adik untuk menjalankan kerja jahatnya. Iblis itu menyalahkan pemburu kerana tidak menyelamatkan Angah dari takdirnya. Roh anak anak itu terlihat berkeliaran dalam hutan. Filem berakhir dengan Along sedang membakar rumahnya sendiri yang di dalamnya ada Mak yang kehilangan banyak darah kerana mengelar tangannya sendiri dan mayat Angah.[4]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Farah Ahmad sebagai Mak
- Mhia Farhana sebagai Along
- Harith Haziq sebagai Angah
- Namron sebagai Pemburu
- June Lojong sebagai Tok
- Putri Qaseh sebagai Adik
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Filem ini ditayangkan perdana di Pesta Filem Antarabangsa Singapura dan Pesta Filem Asia Jogja-Netpac Indonesia pada November 2019.
Ia dipilih oleh Finas untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-93.
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-31 | Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | Putry Qaseh Iswandy | Menang |
Filem Terbaik | Menang | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Junainah M Lojong | Menang | |
Lakon Layar Terbaik | Emir Ezwan | Menang | |
Rekaan Busana Terbaik | Tengku Syahmi | Menang | |
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 | Penyunting Filem Terbaik | Safwan Salleh | Tercalon |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Sumber rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kuman Pictures brings something different to the table with film Ro". Cinema.com.my.
- ^ "Roh at SGIFF 2019". Singapore International Film Festival.[pautan mati kekal]
- ^ "Roh: Horror from the past". The Sun.
- ^ "Treler bagi Roh". Youtube.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Roh di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Cari lokasi pawagam dan jadual: Malaysia