Pergi ke kandungan

Dia Ibuku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Ibuku
PengarahYassin Salleh
PenulisAimi Jarr (Cerita Asal)
Yassin Salleh (Lakon layar)[1]
Dihasilkan olehSarimah
DibintangiSarimah, M. Jamil, Mozaid
Muzik olehOoi Eow Jin
Tarikh tayangan
  • 21 Mei 1981 (1981-05-21) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 866,476.45

Dia Ibuku merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1981. Filem Dia Ibuku diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Dia Ibuku mula ditayangkan pada 21 Mei 1981 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Sarimah, M. Jamil, Mozaid dan ramai lagi.

Filem Dia Ibuku diarah oleh pengarah Yassin Salleh pada 1981.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Rohani, seorang janda, terpaksa bekerja keras untuk menyara persekolahan anaknya Jamal dan Jamil, yang tinggal dengan bapa saudaranya di bandar. Rohani juga terpaksa menggadai tanah untuk membiayai pengajian Jamal di luar negara. Setelah kembali, Jamal memperkenalkan keluarga bakal isterinya, Rozie, kepada ibunya. Rohani terperanjat apabila mendapat tahu Rozie sebenarnya ialah anak kepada seorang lelaki yang telah menyebabkan keruntuhan rumahtangganya tidak lama dahulu...

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Pelakon Wanita Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Pengarah Seni Filem Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Jurukamera Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Pelawak Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Pengarah Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Filem Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Heavy Drama Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Lakonlayar Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Pengadun Bunyi Terbaik
  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981): Bintang Harapan Lelaki Terbaik

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]