Lurah Dendam
Lurah Dendam | |
---|---|
Pengarah | Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1996 |
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Lurah Dendam ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Lurah Dendam ialah filem pertama terbitan Grand Brilliance.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Sekumpulan ahli kelab payung terjun yang terdiri daripada Farid, Rizal, Sharifah, Ivy Low dan Rozaidah dengan diketuai oleh Kapten Hanafi memulakan penerbangan untuk membuat pertunjukan payung terjun. Ketika dalam penerbangan ke tempat pertunjukan, kapal terbang yang dinaiki oleh mereka terlanggar seekor burung menyebabkan kerosakan pada kipas kapal terbang tersebut. Mereka mendarat di tengah hutan tebal yang terpisah dari dunia luar. Masing-masing mendapatkan satu sama lain untuk berkumpul semula tetapi seorang di antara mereka iaitu Ivy tidak dapat ditemui melainkan cebisan bajunya sahaja. Farid yang juga teman lelaki Ivy mempersalahkan Kapten Hanafi. Usaha mencari Ivy dan jalan keluar menemui jalan buntu di samping persekitaran hutan yang seolah-olah menyimpan suatu misteri yang sukar dihuraikan. Bukan sahaja mereka diganggu oleh pelbagai peristiwa aneh, malah seorang demi seorang daripada mereka mula hilang. Dalam keadaan tertekan, mereka terpaksa menempuh segala rintangan dan dugaan sehinggalah mereka terjumpa sebuah gua. Di situlah segala misteri yang terpendam selama ini terbongkar!
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Ridzuan Hashim sebagai Kapten Hanafi
- Raja Azura sebagai Sharifah
- Eizlan Yusof sebagai Farid
- Chef Wan sebagai Rizal
- Janet Khoo sebagai Ivy Low
- T.S. Jeffry sebagai Taro
- Onie Hartina sebagai Rozaidah
- Mohd. Azim Abdullah sebagai Tokogawa
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Malaysia ke-13, 1997
- Anugerah Khas Juri - Usaha gigih dalam sinematografi