Pergi ke kandungan

Aziz M. Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Aziz M Osman)
Aziz M. Osman
عزيز م عثمان
Aziz ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 31 Mac 2015.
Kelahiran
Abdul Aziz bin Othman @ Yusof

(1962-10-02) 2 Oktober 1962 (umur 62)
Hougang, Singapura
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1963–kini
Karya terkenal
Pasangan
  • Nor Aliah Lee (k. 1992; c. 2007)
  • Nor Radhiah Ramli (k. 2008; c. 2009)
  • Puteri Lily Lokman (k. 2010; c. 2023)
Anak-anak8
IbuAfidah Es
BapaAllahyarham M. Osman
SaudaraDato' Zulkifli M. Osman (adik)

Abdul Aziz Othman @ Yusof atau lebih dikenali sebagai Aziz M. Osman (lahir 2 Oktober 1962) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia dan anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman. Beliau terbabit dengan bahagian lain dalam perfileman Malaysia juga, menjadi pengarah, penulis skrip, dan penyunting. Aziz yang kini merupakan lembaga pengarah di syarikat produksi miliknya, Ace Motion Pictures. Filem-filem arahan beliau banyak mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1962 di Hougang, Singapura dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Bapanya, Allahyarham M. Osman (1940–2001),[1][2] juga merupakan seorang penyanyi 1960-an yang masyhur. Ibunya ialah Afidah Es, merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Adiknya, Dato' Zulkifli M. Osman juga seorang pengarah. Adik-beradik beliau ialah Azihan, Rozana dan Suzana.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Pada 1963, Aziz permulaan kerjaya seni bermula seawal 6 bulan apabila sebagai anak pasangan dalam filem Ibu Ayam arahan Salleh Ghani. Seterusnya pada tahun 1976, beliau ditawarkan sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Dato' Jamil Sulong, ketika itu beliau berusia 14 tahun. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Asia ke-22 yang diadakan di Korea Selatan.

1990an: Menduduki kerusi pengarah

[sunting | sunting sumber]

14 tahun kemudian, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulungnya, Fenomena yang dikeluarkan pada 31 Mei 1990, yang dibintangi oleh M. Nasir dan Ramona Rahman sebagai pelakon utama, dibantu oleh Amy Search dan turut membuat kemunculan di dalam filem ini ialah anggota kumpulan Search yang lain. Filem ini mengisahkan seorang pengembaraan seorang wanita British yang lahir di Malaysia. Dia kembali ke Terengganu negeri yang menjadi tempatnya menghabiskan zaman kanak-kanak.[3]

Aziz mengarahkan filem keduanya, XX Ray yang ditayangkan pada 24 Disember 1992 memperlihatkan beliau mengangkat genre cereka sains Malaysia ke tahap yang lebih baik.[4][5] Filem ini dibintangi oleh beliau sendiri, Faizal Hussein, Nor Aliah Lee dan Sharmaine Farouk sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Ibrahim Pendek, Edika Yusof, Shaharuddin Thamby dan Ebby Yus. Ia mengisahkan Amir yang begitu obses dengan angkasa lepas dan dia kemudiannya mencipta sebuah topi keledar yang menggunakan kuasa tahi bintang. Helmet berkenaan membuatkan sesiapa yang memakainya mampu melihat menembusi apa sahaja. Namun, kesan sampingan topi keledar berkenaan membuatkan Amir menjadi halimunan. Filem ini melayakkan Aziz memenangi Pengarah Baru Harapan di Festival Filem Malaysia ke-10. Kejayaan filem ini telah mencetuskan kesinambungannya, XX Ray II yang ditayangkan tiga tahun kemudian, serta siri TV susulannya yang ditayangkan pada 2006.

Pada 1994, Aziz muncul dengan dua filem arahan serentak, Femina yang ditayangkan pada 13 Mac mengangkat tema feminisme di Malaysia di mana semangat dan kuasa wanita dalam mempertahankan hak dan kewajaran menjadi isu utama yang dibentangkan. Ia dibintangi oleh Eman Manan, Erma Fatima dan Susan Lankester. Ia kemudian diikuti oleh filem Fantasi yang juga ditayangkan pada tarikh sama. Fantasi diselubungi dengan kontroversi berpanjangan, menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya. Judul asal filem ini ialah Fantasia dan versi asalnya telah diharamkan tayangan pada tahun 1991 kerana dikatakan membawa pengaruh tahyul yang keterlaluan. Filem ini ditarik balik pengharamannya selepas proses suntingan semula dan penamaan semula tajuk.

Filem ini berkisar tentang dendam zaman purba di antara mangsa dan pengamal ilmu syaitan. Dendam ini berlarutan dari zaman ke zaman sehingga ke dunia moden. Aziz sebagai pengarah dan Zain Mahmood selaku penerbit meluahkan rasa kecewa terhadap pengharaman filem ini.

Pada 1997, beliau mengarahkan filem Baginda yang bertemakan semangat kemasyarakatan dibintangi oleh Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Jalaluddin Hassan. Beliau seterusya mengarahkan filem Puteri Impian lakonan Amy Mastura yang menandakan kerjasama pertama Amy bersama Aziz, ia kemudiannya diikuti oleh kesinambungannya, Puteri Impian 2 yang ditayangkan pada 1998.

Aziz mengarahkan filem komedi Senario The Movie (1999) yang dibintangi oleh kumpulan Senario (Lan Pet Pet, Wahid Senario, Azlee Jaafar dan Saiful Apek) dan turut dijayakan oleh Syanie, A. R. Badul dan Zahida Rafik. Beliau sendiri turut berlakon dalam filem ini dengan memegang watak sebagai pembaca berita. Selepas filem ini, beliau mengarahkan empat lagi filem Senario, Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001),[6] Senario XX (2005) dan Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006).

2000an: Kejayaan arus perdana

[sunting | sunting sumber]

Beliau menulis dan mengarahkan filem drama peperangan, Leftenan Adnan (2000) yang ditayangkan pada 31 Ogos 2000 berdasarkan dari kisah benar perjuangan askar Melayu, Adnan Saidi atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.[7][8]

Pada 24 Mei 2001, beliau mengarahkan filem drama misteri, Seri Dewi Malam yang dibintangi oleh Jeslina Hashim dan Maya Karin.[9] Kemudian, beliau menulis dan mengarahkan filem Idola (2002) yang melancarkan kerjaya lakonan Diana Danielle.[10][11][12]

Aziz juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Bront Palarae, Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[13]

Beliau mengarah dan menulis bersama filem drama komedi muzikal Bintang Hati (2004) lakonan Amy Mastura yang turut menulis ceritanya.[14] Ia kemudiannya diikuti oleh filem suspens thriler Trauma yang sebahagian besarnya difilemkan di Genting Highlands, Pahang. Filem ini juga dibintangi oleh Amy, bersama-sama Nasha Aziz, Sharifah Aleya dan Azhar Sulaiman.[15]

Pada 2005, syarikat beliau, Ace Motion Pictures menerbitkan sitkom Puteri lakonan Nora Danish untuk siaran di TV3 yang mendapat jumlah tontonan tertinggi dan diterbitkan sebanyak 3 musim dan 78 episod.[16] Ace Motion kemudian menerbitkan beberapa drama TV lain termasuk Misi XX-Ray yang merupakan lanjutan kepada dua siri filem XX Ray.[17] Pada tahun berikutnya, Aziz mengarahkan filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita yang merupakan filem terakhir beliau bersama Senario.[18] Dalam satu temuramah, Aziz menyatakan beliau "sudah hilang selera untuk mengarahkan filem Senario"[18] dan menganggap bekerja dengan kumpulan itu sebagai "bulatan penuh".[18][19]

Aziz mengambil keputusan untuk berehat dari mengarah filem, dan menumpukan perhatian kepada penerbitan drama TV dan mencungkil bakat baru dalam bidang lakonan. Menerusi syarikatnya, Ace Motion, Aziz menerbitkan sitkom Kisah Kaisara yang melancarkan kerjaya lakonan Sari Yanti, diterbitkan sebanyak 2 musim dan 26 episod disiarkan di TV3 dari 30 Oktober 2007 hingga 4 November 2008.[20] Pada 2008, beliau membuat penampilan khas dalam filem cereka sains adiwira Cicakman 2: Planet Hitam arahan Yusry KRU lakonan Saiful Apek.

2010an: Kebangkitan semula

[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, Aziz kembali menduduki kerusi pengarah menerusi filem Azura lakonan Neelofa dan Shahz Jaszle. Filem ini berdasarkan daripada filem asal 1984 dengan judul sama arahan Deddy M. Borhan lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Jamal Abdillah.[21][22][23] Pada 2016, Aziz menjadi pelakon undangan dalam drama kepolisan Gerak Khas menerusi episod "Lintah Darat" yang mana beliau merupakan pengarah bagi episod ini. Beliau seterusnya mengarahkan episod pertama drama patriotik 6 episod Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan yang disiarkan pada 26 Ogos 2017 di empat saluran ASTRO. Pada 8 Jun 2017, beliau berlakon bersama Sabri Yunus, Bell Ngasri, Man Kadir dan Rab Khalid dalam telefilem komedi 16 Puasa arahan Mamat Khalid yang memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif, ia mengisahkan tentang beberapa penduduk kampung yang ponteng puasa bersama-sama dan menyembunyikan perbuatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.[24]

Aziz dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria dan Astro Ceria.[25]

Aziz muncul dengan filem terbaru arahannya, XX Ray 3 yang ditayangkan pada 24 Januari 2019,[26] dan merupakan filem XX-Ray pertama dalam tempoh 24 tahun.[27][28] Beliau kembali melakonkan wataknya sebagai Amir untuk filem ketiga dalam trilogi XX Ray.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Bapa Aziz, iaitu penyanyi terkenal 60an, M. Osman meninggal dunia pada 28 Julai 2001 akibat angin ahmar pada usia 62 tahun.[29][30][31] Beliau berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam anak, dengan perkahwinan pertama bersama pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 dan bercerai pada 2007. Perkahwinan keduanya ialah bersama Nor Radhiah Ramli dan ketiga bersama Puteri Lily Lokman dan dikurniakan Puteri Nur Azzahra.

Pada Februari 2016, Aziz muncul sebagai panelis dalam acara berkaitan PAS, bagaimanapun, beliau menafikan menyertai parti Islam itu.[32] Beliau berkata walaupun beliau mengagumi ikon PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau menegaskan tidak berminat menceburi politik.[32] Dalam temuramah dengan Harakah, beliau berkata: "Saya bukan ahli PAS. Saya tidak terlibat dalam politik. Saya tidak tahu apa-apa tentang politik dan saya tidak membaca akhbar [untuk mengetahui tentang politik]. Saya hanya menjadi orang yang positif sejak saya kembali dari misi kemanusiaan di Syria."[32]

Pada September 2017, anak sulung beliau, Puteri Nur Asyiqin Aziz, berkahwin dengan penyanyi nasyid yang juga anggota Devotees dan penyampai berita TV AlHijrah, Adi Akmal Sehrom.[33][34][35] Beliau turut menyatakan rasa sebak kerana menikahkan anaknya sendiri.[36][37] Pada 31 Ogos 2018, Aziz dan isteri dikurniakan anak kedua yang juga anaknya yang ketujuh.[38]

Namun begitu, menurut sumber, Aziz telah bercerai dengan isterinya, Puteri Lily Lokman pada 6 Ogos 2023.

Kolaborasi

[sunting | sunting sumber]

Aziz mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Saiful Apek ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam 12 filem. Sementara Wahid Senario muncul dalam 9 filem.

Pelakon Fenomena (1990) XX Ray (1992) Fantasi (1993) Femina (1994) XX Ray II (1995) Scoop (1996) Baginda (1997) Puteri Impian (1997) Puteri Impian 2 (1998) Senario The Movie (1999) Senario Lagi (2000) Leftenan Adnan (2000) Seri Dewi Malam (2001) Lagi-Lagi Senario (2001) Idola (2002) Gila-Gila Pengantin (2003) Trauma (2004) Bintang Hati (2004) Gila-Gila Pengantin Remaja (2004) Biar Betul (2004) Senario XX (2005) Gila-Gila Pengantin Popular (2005) Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006) Azura (2012) Bukan Cinta Malaikat (2017) XX Ray III (2019) Jaga-Jaga Senariounion (2022) 6 Jilake (2025) Jumlah
Ramona Rahman X markN 1
M. Nasir X markN 1
Amy Search X markN 1
Abu Bakar Omar X markN 1
Afidah Es X markN X markN X markN X markN X markN X markN 6
Johan Abdullah X markN X markN X markN 3
Faizal Hussein X markN X markN X markN X markN X markN 5
Nor Aliah Lee X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 7
Sharmaine Farouk X markN 1
Ibrahim Pendek X markN 1
Shaharuddin Thamby X markN X markN 2
Ebby Yus X markN 1
Syanie X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 7
Osman Kering X markN X markN X markN X markN X markN 5
Edika Yusof X markN 1
Jaafar Onn X markN X markN X markN X markN 4
Erma Fatima X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 7
Mustapha Kamal X markN X markN 2
Melissa Saila X markN 1
M. Osman X markN X markN X markN X markN 4
Eman Manan X markN 1
Nina Juren X markN X markN X markN 3
Umie Aida X markN X markN X markN X markN 4
Azman Abu Hassan X markN X markN 2
Susan Lankester X markN 1
Lydiawati X markN X markN 2
Jalaluddin Hassan X markN X markN X markN X markN 4
Azmil Mustapha X markN 1
Ida Nerina X markN 1
Aleeza Kasim X markN 1
Hans Isaac X markN 1
Haliza Misbun X markN 1
Hani Mohsin X markN 1
Ridzuan Hashim X markN X markN 2
Zulkifli Zain X markN X markN 2
Said Prono X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 8
Jalil Hamid X markN X markN 2
Azean Irdawaty X markN 1
Benjy X markN 1
CD Rahman X markN X markN 2
Chef Wan X markN X markN 2
Amy Mastura X markN X markN X markN X markN X markN 5
Hairie Othman X markN X markN X markN X markN 4
Azwan Ali X markN 1
Nasha Aziz X markN X markN 2
Sophia Ibrahim X markN X markN 2
M. Rajoli X markN X markN X markN X markN X markN 5
Azri Iskandar X markN 1
Sarimah Ibrahim X markN 1
Fauziah Ahmad Daud X markN X markN 2
Saiful Apek X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 12
Azlee Jaafar X markN X markN X markN X markN X markN X markN 6
Wahid Senario X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN X markN 9
Lan Pet Pet X markN X markN X markN X markN X markN 5
AR Badul X markN X markN X markN 3
Zahida Rafik X markN 1
Shamsul Ghau Ghau X markN 1
Ako Mustapha X markN 1
Rashidi Ishak X markN X markN 2
Yassin Yahya X markN X markN X markN X markN X markN 5
Azhar Sulaiman X markN X markN 2
Farid Amirul X markN 1
Rusdi Ramli X markN 1
Zul Yahya X markN 1
Rambo Chin X markN 1
Sherie Merlis X markN 1
Maya Karin X markN 1
Danny X-Factor X markN X markN 2
Jeslina Hashim X markN X markN 2
Khatijah Tan X markN 1
Ani Maiyuni X markN 1
Wardina Safiyyah X markN 1
Accapan X markN X markN 2
Normala Samsudin X markN 1
Norman Hakim X markN X markN 2
Sharifah Aleya X markN X markN 2
Sheila Mambo X markN X markN 2
Erra Fazira X markN X markN 2
Juliana Banos X markN X markN 2
Salih Yaacob X markN 1
Aimi Jarr X markN X markN 2
Anuar Zain X markN 1
Fasha Sandha X markN 1
Afdlin Shauki X markN X markN X markN X markN 4
Beego X markN X markN 2
Zahnita Wilson X markN 1
Zed Zaidi X markN 1
Linda Onn X markN 1
Nur Fazura X markN 1
Wahid Satay X markN 1
Siti Fazurina X markN 1
Nora Danish X markN X markN X markN 3
Que Haidar X markN 1
Hamdan Ramli X markN X markN 2
Ilya Buang X markN X markN 2
Kamarool Haji Yusoff X markN X markN 2
Razak Ahmad X markN X markN 2
Neelofa X markN 1
Shahz Jaszle X markN 1
Ashraf Muslim X markN X markN 2
Dynas Mokhtar X markN 1
Farali Khan X markN 1
Izzue Islam X markN 1
Nonny Nadirah X markN 1
Dazrin Kamarudin X markN 1
Adam John X markN X markN 2
Rahim Razali X markN 1
Amerul Affendi X markN 1
Bell Ngasri X markN 1
Amy Nur Tinie X markN 1
Remy Ishak X markN 1
Fauzi Nawawi X markN 1

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis Penerbit
1963 Ibu Ayam Ya Tidak Tidak Tidak Filem pertama, sebagai pelakon kanak-kanak
1976 Sayang Anakku Sayang Ya Tidak Tidak Tidak Aziz Sebagai pelakon kanak-kanak
1979 Pasung Puaka Ya Tidak Tidak Tidak Pelakon tambahan
1990 Fenomena Tidak Ya Tidak Tidak Filem arahan pertama
1991 Asian Beat: Sunrise in Kampung Tidak Ya Tidak Tidak Filem Jepun
1992 XX Ray Ya Ya Ya Tidak Amir Hamzah bin Othman
Suci Dalam Debu Tidak Tidak Ya Tidak
1993 Fantasi Ya Ya Ya Ya Wartawan Pelakon undangan
1994 Femina Ya Ya Ya Tidak
1995 XX Ray II Ya Ya Ya Ya Amir Penerbit eksekutif
Penyu Tidak Tidak Ya Ya Penerbit bersama
1996 Scoop Tidak Ya Ya Ya
1997 Baginda Tidak Ya Ya Tidak
Puteri Impian Ya Ya Ya Ya Penampilan khas
1998 Puteri Impian 2 Ya Ya Ya Tidak En Rawi
1999 Senario The Movie Ya Ya Ya Tidak Pembaca Berita
2000 Senario Lagi Ya Ya Ya Tidak Pekerja Hotel
Leftenan Adnan Ya Ya Ya Ya Tetamu Kenduri
2001 Seri Dewi Malam Ya Ya Ya Tidak Lelaki di Balai Polis
Lagi-Lagi Senario Ya Ya Ya Tidak Pemancing Ikan Pelakon undangan
2002 Idola Ya Ya Ya Tidak Pemain Gitar
Gerak Khas The Movie II Ya Tidak Tidak Tidak Pemandu Teksi
Embun Tidak Tidak Tidak Tidak Panel skrip
Mr. Cinderella Ya Tidak Tidak Tidak Bob
2003 Gila-Gila Pengantin Tidak Ya Ya Ya
Diari Romeo Tidak Tidak Ya Tidak
Gila Bola Ya Tidak Tidak Tidak Abang Lisa
2004 Trauma Tidak Ya Ya Tidak
Bintang Hati Tidak Ya Ya Tidak
Gila-Gila Pengantin Remaja Tidak Ya Ya Ya
Biar Betul Tidak Ya Ya Ya
2005 Senario XX Ya Ya Ya Tidak Penduduk Kampung Penampilan khas
Lady Boss Ya Tidak Tidak Tidak Ahli Lembaga Pengarah 1
Gila-Gila Pengantin Popular Tidak Ya Ya Ya
2006 Buli Balik Ya Tidak Tidak Tidak Sahabat Kumpulan Terapi I Pelakon undangan
Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita Tidak Ya Ya Tidak
2008 Los dan Faun Ya Tidak Tidak Tidak Pemandu Teksi Penampilan khas
Cicakman 2: Planet Hitam Ya Tidak Tidak Tidak Bos Fulus News Pelakon undangan
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Ya Tidak Tidak Tidak Dekar Agas dan Raja Muda Bugis
Setem Ya Tidak Tidak Tidak Posmen Pelakon undangan
Jin Notti Ya Tidak Tidak Tidak Hisyam dan Razlan
My Spy Ya Tidak Tidak Tidak Pengawal Peribadi 1 Pelakon undangan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Ya Tidak Tidak Tidak Mat Rempit Tua Penampilan khas
2011 Al-Hijab Ya Tidak Tidak Tidak Pengarah Filem
2012 Azura Ya Ya Ya Ya
Mael Lambong Ya Tidak Tidak Tidak Ahli Korporat
Untuk Tiga Hari Ya Tidak Tidak Tidak
2013 Papadom 2 Ya Tidak Tidak Tidak Posmen
2014 Dollah Superstar Ya Tidak Tidak Tidak Pengarah
2015 Jengka Tidak Tidak Ya Ya Filem pertama terbitan
2017 Bukan Cinta Malaikat Tidak Ya Ya Tidak Beliau mengarahkannya bersama Herdanous Labobu
Kerja Kahwin Ya Tidak Tidak Tidak Juruacara
2018 Busker Ya Tidak Tidak Tidak Professor Penampilan khas
2019 XX Ray III Ya Ya Ya Tidak Prof. Amir
2020 Tyickoouns Ya Tidak Tidak Tidak Ayah Mannan Penampilan khas
2021 18 Puasa Di Kampong Pisang Ya Tidak Tidak Tidak Pak Jabit
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Ya Tidak Tidak Tidak
Chomel Ya Tidak Tidak Tidak Bidin
Antaramasa Ya Tidak Tidak Tidak Profesor Amir
Mat Bond Malaya Ya Tidak Tidak Tidak Dirinya sendiri Penampilan khas
Kampong Pisang Kita Setandan Ya Tidak Tidak Tidak Pak Jabit Filem pendek
2022 Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Ya Tidak Tidak Tidak
Jaga-Jaga Senariounion Ya Ya Ya Ya Dr. Kamarul Penampilan khas
Juang Tidak Ya Tidak Tidak Beliau mengarahkannya bersama Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Osman Ali dan Kabir Bhatia
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Ya Tidak Tidak Tidak Rahmat
Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong Ya Tidak Tidak Tidak Pak Ajak
2024 Banglo Seksyen 12 Tidak Tidak Tidak Ya Juga sebagai penerbit penyelaras
19 Puasa Playboys Of Plestik Hitam Ya Tidak Tidak Tidak Abang Ajis / Pak Jabit
The Experts Ya Tidak Tidak Tidak Pengarah Filem Penampilan khas
Baik Punya Ah Long Ya Tidak Tidak Tidak Tok Mudim
2025 6 Jilake Tidak Ya Ya Ya Pos-produksi
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1981 Tok Awang Ya Tidak Tidak TV1 Drama pertama
1983–2000 Opah Ya Tidak Tidak Burn
1993–1998 Cili Padi Tidak Ya Tidak TV3 Drama arahan pertama
1998 Cinderella Ya Tidak Tidak Borhan
1999 Romeo & Juliet Ya Tidak Tidak Zack
2002 Insurgensi Tidak Ya Tidak TV1 Episod 1-4, 10 & 13
2003–2005 Cinta 3 Musim Tidak Ya Tidak DVD
2005–2006 Misi XX-Ray Tidak Ya Tidak TV3
2005–2008 Puteri Tidak Ya Ya
2006 Permata Hati Mama Tidak Ya Ya
2006–2007 Dunia Anita Tidak Ya Ya
2007 Pendekar 5 Tidak Ya Ya TV9
2007–2009 Fara Ya Ya Ya Dr. Salim TV3 Episod: "Duta Produk", pelakon sampingan
2007–2009 Kisah Kaisara Tidak Ya Tidak
2008 Romeo Tidak Ya Ya
Vice Versa Ya Ya Ya Yusri
Luna Fantasiku Tidak Ya Ya tonton
Sari Maya Ya Tidak Tidak TV9 Pelakon undangan
2008–2010 Bong Tidak Ya Ya TV3
2009 Pemanduku Jutawan Tidak Ya Ya
Comel Tidak Ya Ya
Kapten Kit Tidak Ya Tidak
2013 Demi Dia Tidak Ya Tidak
2016 Gerak Khas (Musim 16) Ya Tidak Tidak TV2 Episod: "Lintah Darat"
2017 Gerak Khas (Musim 17) Tidak Ya Tidak Episod: "Love Scam", sebagai pengarah bersama C. Kumaresan
Dia Bidadariku Tidak Ya Tidak Astro Ria
My Darling, Inspektor Daniel Tidak Ya Tidak
Anak Merdeka Tidak Ya Tidak Astro Prima 1 episod
2018 Gerak Khas (Musim 18) Tidak Ya Tidak TV2 Episod: "Gadis Maya"
2019 Gerak Khas (Musim 19) Tidak Ya Tidak Episod: "Dendam Menular"
Tidak Ya Tidak Episod: "Belot"
Tidak Ya Tidak Episod: "Ejen Penjerat"
Tidak Ya Tidak Episod: "Curang"
2020 Kampong Pisang Bersiri-siri Ya Tidak Tidak Pak Jabit Astro Citra
2021 Gerak Khas (Musim 20) Tidak Ya Tidak TV3 Episod: "Taiwan Money Scam"
Tidak Ya Tidak Episod: "Gadis Lari"
Kisah Rumah Tangga Tidak Ya Tidak Astro Ria Episod: "Mencantum Cinta"
Keluarga Baha Don (Musim 3) Ya Tidak Tidak Pesuruhjaya Viu
Dukun Diva Ya Tidak Tidak Che Usin Astro Citra Pelakon undangan
2022 Puteri Reunion Ya Tidak Tidak Azizan Rosman TV3
SMK (Musim 4) Ya Tidak Tidak Dato' Idris Astro Ceria
Aku Seorang Polis Tidak Tidak Tidak YouTube Segala bimbingan dan nasihat
Kamcing Ya Tidak Tidak Tok Daud Sooka
2023 Legenda Puteri Qaseh Ya Tidak Tidak Hidayat Astro Ceria
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Ya Tidak Tidak Pak Ngah Astro Ria
2024 I.D. Ya Tidak Tidak Pok Me Astro Premier

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis Penerbit
1985 Nanti Mati Ya Tidak Tidak Tidak TV1
1991 Wawasan Tidak Ya Ya Tidak
1992 Anak Angkat Tidak Ya Ya Tidak TV3
Korban Tumin Ya Ya Ya Tidak
Bong Ya Tidak Tidak Ya
Syair Yang Hilang Ya Tidak Tidak Tidak
1993 Tunggu Sekejap Tidak Ya Ya Tidak
Broken Angin Tidak Ya Ya Tidak
Sedar Tidak Ya Ya Tidak
Perang Mentua Tidak Ya Ya Tidak
Cili Padi Tidak Ya Ya Tidak
1994 Cinta Selluloid Tidak Ya Ya Tidak
1995 Orang Terbang Tidak Ya Tidak Tidak Beliau mengarahkannya bersama Bade Hj. Azmi
2003 Neon Ya Tidak Tidak Tidak Pelanggan Restoran I VCD Penampilan khas
2004 Kelibat Ya Tidak Tidak Tidak Lan Troll Astro Ria
2008 Suwa Suwei Kamuning Ya Ya Ya Tidak VCD
2015 Ini Jalan Kita Ya Tidak Tidak Tidak TV AlHijrah
2017 16 Puasa Ya Tidak Tidak Tidak Aziz Astro First Eksklusif
Kalut Nak Raya Tidak Ya Tidak Tidak Astro Warna
Semerah Darah Ya Tidak Tidak Tidak Joe Astro Citra
2019 17 Puasa Ya Tidak Tidak Tidak Ajis Astro First Eksklusif
Sempurnakah Aku? Tidak Ya Tidak Tidak Astro Ria
2020 Cik Petir Putrajaya Tidak Ya Ya Tidak TV3
2021 Kampong Bharu Tidak Ya Ya Tidak TV2
Saka MySejahtera Ya Tidak Tidak Tidak Tok Manap Astro Citra
Sejenis Raya Senariounion Ya Ya Ya Tidak Astro Warna
2022 Raya-Nion Tidak Ya Ya Ya Sooka
2023 Raya Heist Ya Tidak Tidak Tidak Hj Osman tonton
Dalang Ya Tidak Tidak Tidak Ikhlas
2024 Hentian Gerik Tidak Ya Ya Tidak Astro Warna
Jodoh Geng G Ya Tidak Tidak Tidak Ayah Ku
Zero To Millionaire Tidak Tidak Ya Tidak

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Sepahtu Reunion Live Cameo Astro Warna Episod: "Tragedi Buah Durian"
2018 Oh My Family! Dirinya sendiri Astro Ceria 6 episod
2022 Fit for Action Juri TV3
Tahun Tajuk Watak
2021 Maxis Iklan Raya 2021: Raya Si Sakan Pak Sakan

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/karya tercalon Keputusan
1976 Festival Filem Asia ke-22 Pelakon Kanak-kanak Terbaik Sayang Anakku Sayang Menang
1993 Festival Filem Malaysia ke-9 Pengarah Baru Berbakat Fenomena Menang
1990 Festival Filem Malaysia ke-10 Pengarah Baru Harapan XX Ray Menang
1994 Festival Filem Malaysia ke-11 Pengarah Seni Terbaik Femina Menang
Penyunting Terbaik Menang
1998 Anugerah Skrin 1997/98 Pengarah Terbaik Baginda Menang
  1. ^ "Bapa Aziz M. Osman meninggal dunia", Berita Harian, 29 Julai 2001.
  2. ^ "Director Aziz M. Osman’s father dies", New Straits Times, July 29, 2001.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15.
  4. ^ Muhammad Fairos Azizan (9 Disember 2018). "XX Ray masih ada peminat". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2019.
  5. ^ "Ada kelainan dalam XX-Ray". Berita Minggu. 29 November 1992. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  6. ^ Rosli Manah (12 November 2001). "Lagi Lagi Senario tayangan Hari Raya". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 28 November 2015.
  7. ^ "Leftenan Adnan...tidak mentafsir sejarah". Utusan Malaysia. 18 Ogos 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 8 November 2008.
  8. ^ "Leftenan Adnan angkat martabat filem Melayu". Utusan Malaysia. 18 September 2000. Dicapai pada 8 November 2008.
  9. ^ "Seri Dewi Malam pertaruhkan pelakon pelapis". Utusan Malaysia. 13 Mei 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 13 Mei 2015.
  10. ^ Saharudin Musthafa, Norzaila Rosli (3 Mac 2002). "Filem Idola hadiah Aziz buat arwah bapa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 13 Mei 2015.
  11. ^ Khadijah Ibrahim (27 Februari 2002). "Idola - Filem berjiwa remaja". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Mei 2015.
  12. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (13 Mac 2002). "Aziz - Kesal Idola terpaksa bersaing". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 13 Mei 2015.
  13. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  14. ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 8 November 2008.
  15. ^ "Trauma yang mendebarkan". Utusan Malaysia. 18 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  16. ^ Azhariah Kamin (1 Mac 2005). "Puteri is a hit comedy series". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 31 Julai 2015.
  17. ^ Khadijah Ibrahim (19 April 2006). "Misi XX-Ray beri peluang kepada pelakon baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 31 Julai 2015.
  18. ^ a b c Abdul Aziz Itar (8 Mei 2006). "Aziz M. Osman tidak berselera lagi buat filem Senario". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
  19. ^ Mumtaj Begum (17 April 2006). "No more Senario movies for Aziz". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
  20. ^ Abdul Aziz Itar (31 Oktober 2007). "Kisah Kaisara pertaruhkan pelakon baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
  21. ^ Wahiduzzaman (3 Februari 2012). "Azura 2012 tanpa magis Aziz M Osman". mSTAR Online. Dicapai pada 28 November 2015.
  22. ^ Shazryn Mohd Faizal (3 Februari 2012). "Azura ikon wanita Melayu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
  23. ^ "Azura 2012 Dapat Respons Baik Daripada Golongan Profesional". Perak Today. 12 Februari 2012. Dicapai pada 28 November 2015.
  24. ^ Akmal Aziz (23 Jun 2017). Telefilem '16 Puasa' Ketengahkan Realiti Sebenar Yang Berlaku Dalam Masyarakat Berkait Dengan Pergolakan Jiwa Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Siakap Keli. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  25. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  26. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (12 Ogos 2015). "Aziz M Osman Bakal Terbitkan Sekual 'XX Ray 3'". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-14. Dicapai pada 28 November 2015.
  27. ^ "Aziz M Osman Umum Pembikinan Sekuel XX Ray, Cari Hero Baru". My News Hub.com. 3 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-21. Dicapai pada 28 November 2015.
  28. ^ Ahmad, Azzyati (3 Jun 2015). "Aziz M Osman cari hero baharu bintangi filem XX Ray III". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2015.
  29. ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Diarkibkan 2017-11-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.
  30. ^ "Veteran singer and actor M. Osman dies of stroke", The Malay Mail, 29 July 2001.
  31. ^ "M. Osman sudah tiada", Harian Metro, 29 Julai 2001.
  32. ^ a b c "Director Aziz M Osman says not joining PAS". The Malay Mail. 13 February 2016. Dicapai pada 8 November 2016.
  33. ^ Norhayati Nordin (20 September 2017). "Aziz M Osman terima menantu lagi". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2017.
  34. ^ Zaidi Mohamad (14 September 2017). "Aziz M Osman bakal sambut menantu". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2017.
  35. ^ Zaidi Mohamad (30 September 2017). "Aziz M Osman terima menantu". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2017.
  36. ^ Mohd Al Qayum Azizi (20 September 2017). "Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak". mSTAR Online. Dicapai pada 8 November 2017.
  37. ^ Dennis Chua (10 October 2017). "Aziz M. Osman welcomes newscaster as son-in-law". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2017.
  38. ^ Zulqarnain Abu Hassan (1 September 2018). "Aziz M Osman timang anak merdeka". Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]