Pergi ke kandungan

Nina Juren

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nina Juren
Kelahiran
Haznina Juren binti Haniff

(1971-01-20) 20 Januari 1971 (umur 53)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–2008, 2015–kini
PasanganDato' Seri Mohd Ibrahim bin Mohd Nor (k. 2002)
Anak-anak6
SaudaraRaja Permaisuri Tuanku Bainun (Ibu saudara)
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sepupu)

Datin Seri Haznina Juren Haniff (lahir 20 Januari 1971) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, beliau telah membintangi sebanyak puluhan filem, drama dan telefilem. Kemunculan beliau dalam dunia seni lakonan sezaman dengan Zizie Ezette, Shaheizy Sam, Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Rusdi Ramli, Tasha Aziz, Ahmad Idham dan ramai lagi pelakon yang aktif sejak 1990an.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Haznina Juren binti Hanif pada 20 Januari 1971 di Bangsar, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.

Beliau juga adalah saudara sepupu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sebelah ibunya iaitu Datin Julini binti Mohd Ali. Ibunya merupakan adik kandung kepada mantan Raja Permaisuri Perak dan Raja Permaisuri Agong ke-9 iaitu Raja Permaisuri Tuanku Bainun binti Mohd Ali.

Kerjaya lakonan Nina bermula pada 1993 ketika beliau berusia 22 tahun menerusi filem arahan Nahar Akbar Khan, Imigran, beliau menjayakan peranan sebagai Azura. Selepas muncul dengan Imigran, Nina dilamar oleh pengarah Aziz M. Osman bagi membintangi filem Femina (1994) yang mengangkat tema feminisme.

Pada tahun 1995, beliau merupakan salah seorang bintang tamu sitkom Cili Padi arahan Aziz. Dua tahun kemudian, beliau kemudiannya bekerja sekali lagi di bawah Aziz menerusi filem Puteri Impian yang dibintangi oleh Amy Mastura. Nina kemudiannya digandingkan bersama Eman Manan dan Rosyam Nor dalam filem drama aksi 1998, Lenjan arahan Ismail Yaacob dengan skrip tulisan Akhbar Hashim. Dalam filem ini, beliau melakonkan watak Zita, isteri kepada Amir lakonan Eman. Filem yang ditayangkan pada 2 Julai 1998 ini berjaya mengangkat nama Nina sebagai pelakon berbakat apabila namanya disenarai sebagai calon akhir Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 pada 1999.[3]

Nina menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama Idaman termasuk Jalaluddin Hassan, Sean Ghazi, Rosyam Nor, Deanna Yusoff. Idaman mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh The Malaysia Book of Records, beliau memegang watak sebagai Tasha; ia disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[4][5]

Selepas sekian lama menyepi, pada tahun 2008, Nina kembali aktif berlakon, dengan membintangi drama Impak Maksima the Series, yang diadaptasi dari filem 2007 dengan tajuk sama arahan Ahmad Idham.[6]

Bekerja di bawah arahan pelakon Aaron Aziz, Nina muncul dalam filem sulung arahan Aaron, Romeo Kota (2015). Beliau juga muncul bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam drama adaptasi novel, Suri Hati Mr. Pilot, memegang watak sebagai Puan Seri Nabihah.[7]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Dato' Seri Mohd Ibrahim Mohd Nor pada 2002 dan dikurniakan enam anak, dua daripadanya ialah kembar. Anak-anak beliau ialah Heidi Ariana, Mira Sethina dan Myra Jasmine, Nina Melor, Seth Imran dan Nina Jasmine. Nina mengambil keputusan berehat daripada kerjaya lakonannya pada 2008 bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya, beliau kembali aktif berlakon pada 2015[8] selepas 7 tahun menyepi.[9][10][11]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Imigran Azura Filem pertama
1994 Femina Model
1996 Siapa Dia? Jasmin
1997 Puteri Impian Puteri Nora Asyikin
1998 Kembara Diyanah
Lenjan Zita
1999 KLU Faridah
2000 Bintang 3
2001 Senario Lagi Pelakon Drama Pelakon undangan
2010 Damping Malam Julia
2015 Romeo Kota Cik Akila
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Cili Padi (Musim 3) TV3 Pelakon undangan
1998 Idaman (Musim 2) Tasha Astro Ria
2002 Gadis 3 Sharifah TV3
2008 Impak Maksima the Series Anita
2015 Jangan Lafazkan Janji TV1
M.A.I.D. Puan Sri Kirana Astro Ria
Mencintaimu Puan Sri Mel TV3
2016 Dia Semanis Honey Puan Sri Hartini Astro Ria
Dia Semanis Honeymoon
Suri Hati Mr. Pilot Puan Seri Nabihah
2017 Hero Seorang Cinderella Tengku Shamiza
2018 Klik! Pengantin Musim Salju Tengku Alawiyah
2019 Sweet Dreams Puan Laila
Satukan Rasa Datin Amelia
2020 Angkara Cinta Mariani Astro Prima
2021 Love Elsa Mak Ammara Astro Ria
2022 Jodohku Babysitter Hajah Halijah
2023 Chinta Wrong Direction Wanita di Stesen Bas Episod 6; Pelakon undangan
One Million Dollar Voice Hasnah
That Cover Girl Bahiyah Prime Video
2024 Layang Layang Perkahwinan Laeli Sinatra Astro Ria
Cinta Untuk Sekali Lagi Hani
Senyawa Dato' Asmida IQIYI

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Dia Semanis Honey Raya Puan Sri Hartini Astro Ria
2017 Suri Hati Mr. Pilot Raya Puan Seri Nabihah
2019 Lelaki Kelas Sebelah Ibu Nona dan Bawan TV3
2023 Raya Sebagai Isteri Kalsom Astro Ria
Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Dia Semanis Honey Muzikal Puan Sri Hartini

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1999 Festival Filem Malaysia ke-13 Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
  1. ^ Nina Juren returns New Straits Times (5 Januari 2015). Diperoleh pada 30 November 2016.
  2. ^ Nina aktif berpada-pada Harian Metro. Diperoleh pada 30 November 2016.
  3. ^ Lenjan filem suspens yang menarik Utusan Malaysia (3 Julai 1998). Dicapai pada 29 Januari 2015.
  4. ^ "Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  5. ^ Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  6. ^ Siti Azira Abd Aziz (15 Feb 2008). "Impak Maksima The Series lebih suspens dan menarik". mStar Online. Dicapai pada 24 Apr 2010.[pautan mati kekal]
  7. ^ Farhana Fuad (1 November 2016). "Penangan Drama Suri Hati Mr.Pilot". EH!. Dicapai pada 19 Januari 2017.
  8. ^ Nina Juren kembali aktif Sinar Harian. Diperoleh pada 30 November 2016.
  9. ^ Siti Athirah Dzulkifly (4 Januari 2015) Nina Juren selepas 7 tahun Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2015. Diperoleh pada 30 November 2016.
  10. ^ Nina Juren kembali selepas 7 tahun menyepi Diarkibkan 2016-11-30 di Wayback Machine Media Hiburan (6 Januari 2015). Diperoleh pada 30 November 2016.
  11. ^ Izwan Md. Isa (7 Januari 2015). Nina Juren kembali aktif berlakon Kosmo!. Diperoleh pada 30 November 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]