Jaga-Jaga Senariounion
Jaga-Jaga Senariounion | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Lakon layar | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Muhamad Nazir Ahmad |
Disunting oleh | Salman Shaharuddin |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 21 April 2022 (Malaysia) |
Masa tayangan | 89 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Jaga-Jaga Senariounion ialah sebuah filem komedi Malaysia 2022 arahan Aziz M. Osman.[1][2] Dibintangi oleh kumpulan Senario, ia merupakan filem Senario pertama dalam tempoh 11 tahun sejak Senario The Movie Ops Pocot (2011)[3] dan mengumpulkan kesemua ahli-ahli Senario kecuali Lan Pet Pet.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Keluarga dan rakan-rakan Dato' Hamdan berkumpul untuk mengiringi anaknya, Amin, bakal pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah. Lawatan itu membawa sembilan dulang bernilai RM50,000 sebagai harta kekayaan pengantin. Dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan, kereta mereka telah diserang oleh perompak dan semua dulang telah dicuri daripada mereka. Saiful, seorang penyelaras kelihatan menyiasat kejadian itu.
Dari sini segalanya terserlah rahsia masing-masing....bermula dengan Datin Nora mengandung 3 bulan..diikuti sejarah silam cinta Wahid dan Nora yang terpaksa dikorbankan demi kebahagiaan Hamdan dan Nora.
Syanee juga berjaya menyiasat keadaan kewangan Dato Hamdan yang kian meruncing dan berdepan kebankrapan.
Situasi menjadi semakin getir apabila mereka hairan hanya dulang hantaran sahaja yang dibawa lari geng bermotosikal, bukan wang tunai,barang kemas.
Detektif Saiful memainkan peranan sebagai tukang penyiasat dan membongkar setiap apa yang diperkatakan dan dituduh. Yassin pula meskipun sekadar watak tempelan tetapi dia ada kaitan dengan apa yang bakal menyusul.
Jurukamera di waktu akad nikah, Balapan mendakwa dia berasal dari Serian, Sarawak dan dari etnik Bidayuh. Dia juga diamanahkan oleh datuknya untuk mencari bapa kandungnya di semenanjung kerana meninggalkan ibunya tanpa sebarang khabar berita. Akhirnya terbongkar bahawa Azlee, kontraktor pernah bertugas di Sarawak untuk projek pembinaan jalanraya dan dia terbukti bapa kandung Balapan.
Balapan hanya membuat kad pengenalan pada tahun 2002 untuk bersekolah. Balapan lahir pada tahun 1990. Dia memiliki angka 50 pada tengah nombor mykadnya (XXXXXX-50-XXXX). Berikutan angka 13 yang sinonim dengan angka ID Sarawak, kuotanya sudah penuh dan hanya dipakai oleh mereka yang lahir di Sarawak sehingga tahun 2001.
Tak cukup dengan itu, Azlee akhirnya mengaku kepada Syanee dia juga pernah berkahwin beberapa kali sebelum mengahwininya.
Hamdan pula gagal mengawal amarahnya apabila mengetahui tempoh kandungan Nora. Dia akhirnya melafazkan talak 3.
Akhirnya bocor cerita, dalang di sebalik semua kacau bilau di majlis perkahwinan Zila-Amin ini adalah Yassin. Dia berada di klinik famili sewaktu Wahid dan Nora kesana. Kemudian menyebarkan berita kehamilan Nora kepada Syanee.
Yassin turut merancang dengan melarikan dulang hantaran Amin. Gara-gara Azlee tidak mahu membantu dia melebarkan portfolio bisnesnya. Azlee tidak mahu memberikan kontrak pembekalan telur kepada Yassin. Sebaliknya memberika kontrak tender pembekalan itu kepada Dato Hamdan.
Di hujung cerita, detektif Saiful mengesan sesuatu yang tidak kena pada perut Nora. Meskipun isterinya juga hamil, tetapi baby bumpnya besar dan amat mustahil untuk menyarung kebaya seperti digayakan Nora.
Plot twist cerita terlerai di sini...keputusan ujian Nora memang positif. Tetapi itu ujian covid19 bukan ujian kehamilan. Amat mustahil kit uji cuba Covid19 boleh mengesan kehamilan. Akhirnya Saiful menyiasat pada waktu mana dan bila tarikh ujian itu. Akhirnya terhurai sebenarnya berlaku salah faham dan persilangan hasil ujian itu. Waktu yang sama, Saiful turut membawa isterinya bersama ke klinik famili kerana ujian kehamilannya positif. Pihak klinik tertukar keputusan positif itu dengan keputusan postif covid19 milik Nora. Terbukti Nora sebenarnya tidak mengandung dan Hamdan termakan sumpah kerana telah melafazkan talak 3 dalam keadaan sedar.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Azlee Jaafar sebagai Azlee - Bapa Zila, suami Syanee. Kontraktor berpengalaman.
- Hamdan Ramli sebagai Dato' Hamdan - Bapa Amin, abang Wahid, Usahawan telur.
- Yassin Yahya sebagai Yassin - Perancang perkahwinan,lelaki lembut, opportunis.
- Saiful Apek sebagai Saiful - detektif percukaian. Bertanggungjawab merungkai misteri disebalik semua persoalan.
- Wahid Mohd sebagai Wahid - adik Hamdan, bujang terlajak, bekas kekasih Nora.
- Ilya Buang sebagai Tok Kadi
- Syanie sebagai Syanie, isteri Azlee, ibu Zila[4]
- Nur Farisha Amira Aslan sebagai Zila - Anak Azlee
- Aman Shah Asri sebagai Amen - Anak Hamdan
- Bobby Kirana sebagai Datin Nora - isteri Hamdan, bekas kekasih Wahid.
- Badrol Shah Abdul Manan sebagai Bala - jurukamera, Anak kandung Azlee dari Sarawak, abang kandung Zila sama bapa,berlainan ibu.
- Mat Saad Abdul Ghani sebagai Prono - orang kanan Azlee
- Acong Sweetchild sebagai Acong (penampilan khas)
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Jaga-Jaga Senariounion ialah filem ke-11 yang dibintangi oleh kumpulan Senario dan merupakan filem Senario keenam arahan Aziz M. Osman.[5] Ia juga merupakan filem Senario pertama dalam tempoh 11 tahun sejak Senario The Movie Ops Pocot yang dikeluarkan pada 2011.
Filem ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baharu, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.[1] Menurut Aziz, idea penghasilan filem ini bermula daripada pemerhatian terhadap fenomena filem-filem Senario suatu ketika dahulu dan telah lama dirancang, namun tertangguh akibat pandemik COVID-19. Aziz berkata mengenai filem ini:
"Filem Senario sudah menjadi sebahagian dalam kerjaya dan hidup saya. Saya percaya ramai yang membesar dengan komedi dan sitkom lakonan Senario dan pasti ada yang merinduinya. Apabila ramai yang bertanyakan dan meminta kemunculan semula kumpulan ini dengan kehadiran semua ahli, jadi saya dan pihak penerbit tidak teragak-agak untuk merancang menghasilkan filem Senario. Jaga-Jaga Senariounion adalah buah tangan terbaharu daripada Senario buat peminatnya".[1]
Ahli asal Senario, Lan Pet Pet pada mulanya mahu terbabit sama membintangi filem ini namun menurut Aziz, Lan juga sempat melakukan promosi bersama pasukan penerbitan. Lan bagaimanapun, menarik diri daripada membintangi filem ini kerana komitmen lain.[6] Ujar beliau: "Kami faham dia bukan berniat untuk menolak tetapi mempunyai kerja lain yang perlu diutamakan. Sehingga penggambaran babak terakhir, kami masih berusaha mendapatkannya, namun tidak berhasil. Mungkin tiada rezeki kami untuk bersamanya kali ini,".[7][8]
Penggambaran
[sunting | sunting sumber]Penggambaran dijalankan pada Disember 2021 di Selangor.[7]
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Said Prono kali ini memainkan peranan lebih besar dengan bertugas sebagai pegawai kanan Encik Azlee. Berbanding watak pembantu dalam filem Senario terdahulu.
- Hamdan Ramli diberi watak utama dalam filem ini sebagai dato' Hamdan, bapa pengantin lelaki. Berbeza dengan filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita dan Senario The Movie: Episode 1. di mana Allahyarham tampil sebagai penampilan khas. Siapa menduga ini filem terakhir Senario lakonan allahyarham.
- Plot cerita ini mirip Murder On The Orient Express, Pink Panther dan Ocean 11 trilogi kerana sarat dengan sub plot dan sentiasa berteka teki dengan jalan cerita.
- Ilya Buang aka Pak Ya tidak diberi peran utama kerana perlu membahagikan masa antara Senario dan Sepahtu.
- Lan Pet Pet buat pertama kali tidak tampil dalam filem Senario kerana memiliki komitmen baru bekerja di firma guaman.
- Meskipun Azlee dan Syanee pasangan suami isteri dalam Senario Lagi dan mempunyai anak bernama Zali. Tetapi Zali tidak muncul dalam Senariounion. Watak Zila anak perempuan Azlee diangkat dalam filem kali ini.
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Jaga-Jaga Senariounion dikeluarkan pada 21 April 2022.[9][10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Kumpulan pelawak legenda Senario kembali dengan filem 'Jaga-Jaga Senariounion'". Astro Awani. 6 April 2022. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ Aqmar Mustaza (18 April 2022). "Senario kembali bergabung dalam Jaga-Jaga Senariounion". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ Khai Azfar (16 Disember 2021). "Jaga-Jaga Senariounion Dalam Penggambaran, Peminat 'Throwback' Babak Senario Lagi". Murai.my. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (23 Disember 2021). "Syanie teruja jumpa kembali 'anak' dalam Senario Lagi". Harian Metro. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (14 Januari 2022). "Bangkit zaman kegemilangan". Harian Metro. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (23 Disember 2021). "Kenapa Lan Pet Pet tiada dalam filem terbaru Senario?". Harian Metro. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ a b Nur Emira Saizali (5 Januari 2022). "Jaga-Jaga Senariounion tanpa Lan Pet Pet". Kosmo!. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ Nur Emira Saizali (23 Disember 2021). "Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini penjelasan pengarah". Kosmo!. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ "Teruja raya awal? Jom layan 'Jaga-Jaga Senariounion', pasti berdekah satu rumah". Astro Awani. 3 Mei 2022. Dicapai pada 5 Jun 2022.
- ^ "'Kenduri nikah paling ribut!' - Penonton tersembur gelak, puas layan Jaga-Jaga Senariounion". Astro Awani. 22 April 2022. Dicapai pada 5 Jun 2022.