Bront Palarae
Bront Palarae บรอนต์ ปาลาเร่ | |
---|---|
Kelahiran | Nasrul Suhaimin bin Saifuddin 27 September 1978 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, penerbit, pengacara |
Tahun aktif | 2001–kini |
Pasangan | Rozi Izma (k. 2013) |
Anak-anak | 1 |
Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (Bahasa Thai: บรอนต์ ปาลาเร่ ;[1] lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis dan pengacara televisyen Malaysia.[2] Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kushairi & The Velveboys (2001) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3 Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), Bunohan dan Jiwa Taiko (2012), PSIKO: Pencuri Hati (2013), Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014) dan Terbaik dari Langit (2014), Ola Bola (2016), Kau Takdirku (2017) dan MALBATT: Misi Bakara (2023).
Bront Palarae memulakan kerjaya antarabangsanya pada tahun 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[3] Beliau juga aktif mencipta nama sebagai pelakon di negara jiran, Indonesia.[4][5][6]
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Nasrul Suhaimin dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Ayahnya berketurunan kacukan Melayu dan Punjabi/Pakistan manakala ibunya keturunan Siam, ibunya berpindah ke Alor Setar mengikuti suaminya berikutan perkahwinan mereka berdua.[1] Nama "Palarae" yang diambil Nasrul merupakan nama keluarga ibunya (bahasa Thai: ปาลาเร่ Pālārè).[7] Beliau sungguh fasih berbahasa Thai dari kecil kerana minatnya terhadap lagu-lagu dan filem dari Thailand.[1]
Pada tahun 2005, beliau menerima biasiswa daripada kerajaan Itali untuk menghadiri kursus pendek dalam Bahasa & Budaya di Universiti Untuk Orang Asing Perugia, Itali. Beliau tinggal melebihi tempoh dan melawat negara itu dalam tempoh empat bulan.
Kerjaya filem
[sunting | sunting sumber]2001–2008: Kemunculan awal, kemasyhuran
[sunting | sunting sumber]Biarpun beliau telah memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2001 menerusi siri drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys, hanya pada tahun 2005 nama Bront menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam drama bersiri Cinta Tsunami di saluran TV3. Sejak itu, Bront muncul dalam banyak produksi terutama filem melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak pemain kugiran dalam filem Man Laksa (2005), anak jalanan Anak Halal (2007)[8] dan pembunuh upahan psiko Setem (2009).
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[9]
Bront juga pernah bergandingan bersama pelakon Dynas pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV sebanyak 2 musim sebelum beliau mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang lakonan dan penulisan.[10] Pada tahun 2005 juga beliau menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali. Beliau meninggalkan seketika bidang seni selama setengah tahun untuk menyempurnakan kursus tersebut.
Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela arahan Shahrulezad Mohameddin dengan memegang watak Tengku Hussein, seorang putera raya yang bekerja sebagai mekanik. Gandingan beliau bersama Sharifah Amani ternyata menimbulkan fenomena tersendiri. Keserasian Bront dan Amani kemudian diperpanjangkan lagi dalam siri TV Rona Roni Makaroni juga arahan Shahrulezad pada tahun 2009.
2009–2014: Cabaran, hala tuju kerjaya dan Terbaik Dari Langit
[sunting | sunting sumber]Tidak mahu terlalu selesa dengan hala tuju kerjaya lakonannya, Bront mengambil keputusan untuk mengejar cita-cita di layar perak. Biarpun dikenali sebagai aktor yang kurang mendapat publisiti media namun kemunculannya dalam filem arahan teman baiknya, pelakon Farid Kamil iaitu V3: Samseng Jalanan (2010) ternyata membuahkan hasil apabila filem tersebut mengaut kutipan pecah panggung lebih daripada RM 4 juta. Menerusi watak Brett dalam filem tersebut, Bront dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-23.
Seterusnya Bront muncul dalam filem Belukar arahan Jason Chong.[11] Menerusi watak penyiasat insurans dalam filem tersebut, nasib Bront mula menyinar apabila dicalonkan dan seterusnya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23[12][13][14] menewaskan nama-nama hebat seperti Esma Daniel, Farid Kamil dan Zul Huzaimy. Bront juga mengulangi kejayaan sama di Anugerah Skrin 2010 dengan menewaskan pemenang FFM 22, Afdlin Shauki yang cemerlang menerusi filem Papadom.[15]
Bront muncul dalam filem Hanyut arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Saari menerusi watak Syed Rasyed. Filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly.[16][17] Sebuah lagi filem karya adaptasi berjudul Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashaari juga bakal menampilkan Bront sebagai Ismail. Beliau juga berganding bersama pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama di FFM 23 iaitu Lisa Surihani dalam filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab. Antara judul filem lain yang akan menampilkan figuran Bront ialah Bunga Lalang arahan Dain Iskandar Said dan Jiwa Taiko (Osman Ali).
Pada tahun 2010 juga, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuk beliau meneroka bidang penerbitan filem dan melalui syarikat itu, beliau mengarah, menulis dan mengarahkan bersama filem Kolumpo,[18] sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 2013. Beliau juga pernah berkhidmat di Camwerk Studios sebagai Perunding Kreatif untuk membantu membangunkan Penculikan Ammar Affendi dan terjamin bersama tawaran penerbitan dengan RexMedia (US) di Marche Du Film di Festival De Cannes pada tahun yang sama. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Duta Jenama untuk Edwin Denim Malaysia[19] dan juga wajah pereka fesyen tempatan Fairuz Ramdhan.[20]
2015–kini: Halfworlds dan melangkah serantau
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 2016, Bront membintangi filem drama sukan Ola Bola,[21] arahan Chiu Keng Guan selepas memecah rekod yang dipegang oleh The Journey. Bukan itu sahaja filem yang mengutip RM15.85 juta dan menjadi filem Malaysia dengan kutipan tertinggi kelima sepanjang masa, Bront juga memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik Kuala Lumpur 2016[22] dalam kategori Penyokong, kerana peranannya dalam filem itu.[23]
Selepas memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk Terbaik dari Langit di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015),[24][25] beliau turut membantu dalam siri bertajuk Halfworlds[26][27] di HBO Asia diarahkan oleh pembikin filem Indonesia, Joko Anwar.[28] Beliau kemudiannya menyertai Mo Brothers pada filem terkini Headshot, yang dibintangi oleh Iko Uwais.[29] Bront menyertai barisan pelakon filem komedi My Stupid Boss lakonan Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian sebagai kerjasama dengan lain pembikin filem Indonesia, Upi Avianto.[30]
Pada Februari 2016, Bront dijangka merancang untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah benar kejayaan ahli politik, Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ syarikat perladangan terbesar daripada British dalam tempoh dua jam. Filem bertajuk Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen yang mana kini dalam proses pembangunan di studio produksinya Pixel Play. Skrip bagi filem itu ditulis oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah.[31][32][33]'[34]
Di Anugerah Televisyen Asia 2016, Bront telah dicalonkan untuk peranannya dalam telefilem Eropah, Here I Am menerusi kategori "Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama".[35][36][37]
Bront membintangi filem seram Pengabdi Setan arahan Joko,[38] sebuah pembikinan semula filem seram Indonesia 1980 dengan judul sama arahan Sisworo Gautama Putra.[39] Ia menjadi kolaborasi keduanya bersama Joko selepas siri Halfworlds di HBO Asia.[40] Pada 21 Disember 2017, Bront bersama pelakon jelita Fazura membintangi filem drama keagamaan Indonesia, Ayat-Ayat Cinta 2 arahan Guntur Soerhardjanto. Dalam filem ini yang merupakan kesinambungan filem pertama yang ditayangkan pada 2008, Bront memegang watak Baruch, seorang bekas tentera Yahudi yang panas baran, merawat ibu tirinya.[41] Filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Januari 2018.[42]
Bront bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Syamsul Yusof, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[3]
Pada Februari 2019, Bront telah dipilih menjadi duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFEST) dan Anugerah Global Emas Malaysia (MGGA) yang bermula pada Julai, memperkenalkan Bront sebagai duta baru yang akan menyertai duta semasa Angelica Lee, pelakon pemenang anugerah antarabangsa.[43]
Bront bersiap untuk menjayakan peranannya dalam projek filem terbarunya bertajuk What Comes Around, yang diarahkan oleh Zahir Omar. Beliau juga sedang menyiapkan filem terbaru arahannya bertajuk The Intern.[44] Bront memegang watak sebagai Ponthaliwat dalam filem Bikers Kental 2 yang ditayangkan pada 14 Mac 2019.[45]
Bront bersama Shaheizy Sam berlakon bersama pelakon Ireland, Jonathan Rhys Meyers dalam filem epik Hollywood pertama Malaysia, White Rajah (tajuk ditukar sebagai Edge of the World), yang berdasarkan dari kisah Raja Putih Borneo, James Brooke.[46]
Penggiatan kerja amal kemanusiaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2012, Bront menyertai kunjungan "Bantuan Kecemasan AQSA2Gaza11 untuk Gaza"[47] anjuran oleh pertubuhan Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada membantu rakyat Palestin yang terjejas oleh konflik Gaza-Israel yang berlaku pada tahun itu.
Beliau merupakan duta muhibah untuk kempen My Promise To Children anjuran UNICEF[48] bagi memperjuangkan hak-hak kanak-kanak di Malaysia.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Bront dan kenalan lamanya, Rozi Izma sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Ogos 2013, iaitu bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56. Bront dan isteri berkenalan pada tahun 1999 dan mula menjalin hubungan pada tahun 2003. Beliau yang membuat pengakuan yang statusnya kini ialah seorang suami kepada kenalan lama, berkata:[49][50]
"Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja. Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami. Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu. Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing. Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran."
Bront juga berkongsi rasa bahagianya apabila kini sudah bergelar bapa kepada cahayamata pertamanya, Adeena Imani.[51]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Lang Buana | Perdana | Filem pertama |
2006 | Man Laksa | Mat Topoi | |
Castello | Chet | Penampilan khas | |
Bilut | Rosli | ||
Tipah Tertipu The Movie | Penjahat | Juga sebagai penulis bersama Mamat Khalid | |
2007 | 1957: Hati Malaya | Muzaffar | |
Anak Halal | Danny | ||
Apa Khabar Orang Kampung | Pelakon Radio | ||
2008 | Akhirat | Ramon | Penampilan khas |
Kala Malam Bulan Mengambang | Mahinder Singh | ||
Antoofighter: Amukan Drakulat! | Rambo | ||
2009 | Setem | Abu Bakar/'Burn' | |
15Malaysia | Lelaki Pedofilia | Episod: "Lolipop", antologi filem pendek | |
2010 | V3 Samseng Jalanan | Brett | |
Belukar | Nik | ||
2011 | Vote! | Video pendek | |
Jalan Pintas | Lelaki Gelandangan | ||
Quattro Hongkong 2 | Segmen: "Open Verdict" | ||
Kongsi | Kempedu | ||
Sekali Lagi | Haris | ||
Ombak Rindu | Ismail | ||
2012 | Bunohan | Deng | |
Jiwa Taiko | Pinto | ||
Lagenda Budak Setan 2: Katerina | Hisyam | ||
2013 | Juvana | Warden Raja Khairul | Penampilan khas |
Bikers Kental | Ponthaliwat | ||
PSIKO: Pencuri Hati | O. Sidi | ||
Kolumpo | Pegawai Polis A | Juga sebagai pengarah dan penulis skrip | |
2014 | Sejoli: Misi Cantas Cinta | Jo | |
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah | Hisyam | ||
Pintu Neraka | Norzain | ||
Anak Jantan | Somchai | ||
Dollah Superstar | Dirinya sendiri | Penampilan kameo | |
Terbaik dari Langit | Berg | ||
2015 | Redemption Night | Rahman | Filem Jepun |
Jwanita | Farhan | ||
Girlfriend Kontrak | Zain | ||
2016 | Ola Bola | Rahman | |
Headshot | Ali | Filem Indonesia | |
My Stupid Boss | Adrian | ||
Hanyut | Sayed Rashid | ||
Art Through Our Eyes | The Stranger | Segmen: "Aku" | |
2017 | Kau Takdirku | Harris | |
Pengabdi Setan | Bahri Suwono | Filem Indonesia | |
Ayat-Ayat Cinta 2 | Baruch | ||
2018 | Dukun | Shah | |
One Two Jaga | Pegawai Penyiasat | Sebagai penerbit, dan watak kameo | |
2019 | Bikers Kental 2 | Ponthaliwat | Penampilan khas |
Fly By Night | Inspektor Kamal | ||
KL Vampires | Dirinya sendiri | Pencerita pembukaan filem | |
Wira | Leftenan Kolonel Izzar | Penampilan kameo | |
Gundala | Pengkor | Filem Indonesia | |
Love Is a Bird | Darma | ||
2020 | Motel Acacia | Bront | Filem Filipina |
Tyickoouns | Long | ||
Prebet Sapu | Toompang Broker | ||
2021 | Edge of the World | Pengiran Indera Mahkota | Penampilan pertama untuk filem Hollywood |
Zombitopia | Dr. Rahman | ||
Belenggu | Adnan | ||
Proksi | Sam | ||
2022 | Stone Turtle | Samad | |
Pengabdi Setan 2: Communion | Bahri Suwono | Filem Indonesia | |
Seratus | Penumpang Lif | Penampilan khas | |
2023 | Harum Malam | Norman | |
Eraser | Juri 1 | Penampilan khas | |
Sumpahan Jerunei | Dr. Sani | ||
Malbatt: Misi Bakara | Mejar Adnan | ||
Sleep Call | Tommy | Filem Indonesia | |
Wow+ | Dr. Zaman Khan | Filem pendek | |
Abang Adik | Kamarul | Pelakon sampingan | |
2024 | The Cursed Land
(แดนสาป) |
Heem | Filem Thailand[1] |
TBA | Sabung | Pos-produksi | |
Safari Mall | Dirinya sendiri | Pos-produksi | |
The Lies I Tell | Iskandar | Sebagai pengarah dan penerbit, Pos-produksi | |
Serangan Subuh[52] | Desa Pachi | Sebagai pengarah dan penerbit, Pra-produksi[53][54] |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Dengan Nama Cinta | ntv7 | Drama pertama | |
2004 | Rumah itu Duniaku | Husni | TV1 | |
Garisan Takdir | Mediacorp Suria | |||
Cinta Tsunami | Amran / Rangsit | TV3 | ||
2007 | Cinta Secangkir Kopi | Ammar | TV9 | |
2008 | Sindarela | Hussein | TV3 | |
Rona Roni Makaroni | Roni | Astro Ria | ||
2009 | Tower 13 | Adam / Johan Ariff | TV3 | |
Tangkai Besi | Astro Citra | |||
2010 | Ibn Battuta: The Animated Series | TV2 | Suara | |
2011 | Juvana | Warden Encik Raja / Balaji | TV3 | |
Hajar Aswad | Asrul Aswad | TV9 | ||
2012 | Pulau | Azri | ||
Projek Pop | 8TV | Penampilan khas | ||
I Eat KL | Unifi TV | |||
2015 | Halfworlds (Musim 1) | Gusti | HBO Asia | |
2016 | Dark Triptych | 1 episod | ||
2018 | Doors: A Philippines Horror Anthology | BOO | Episod: "Daddy's Home" | |
Folklore | MP | HBO Asia | Episod: "Toyol" | |
2018–2020 | The Bridge | Megat Jamil | HBO Asia/Viu | |
2023 | Katarsis | Dr. Alfons | Vidio | |
TBA | Dendam Seorang Isteri 2 | Penjahat / Pembunuh Perogol / Shahrul | Astro Ria | Episod 51-65 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2001 | Mat Nor Kusyairi & The Velvet Boys | Mat Topoi | ntv7 | Telefilem pertama |
2003 | Neon | Kawan Ringgo | VCD | Penampilan khas |
2004 | Zon 606 | Fariz | ||
2009 | Rompakan Kabinet | Fit | Astro Ria | |
Senandung Malam | Astro Prima | |||
2010 | Bunga Rampai Musim Tengkujuh | Jamal | TV1 | |
2012 | Kasih Bumi | Bumi | TV9 | |
Darah Daging | Astro Prima | |||
2013 | New York Cinta | Seth | Astro First Eksklusif | |
Sebenarnya | Khaliff | TV3 | ||
2015 | 3 Nota | Atoi | Astro Prima | |
2016 | Eropah, Here I AM | Bukhari | Astro Citra | |
2017 | Kekasih Elektrik | Amri Rohaizad Fan | ||
2018 | Janji Zehan - Lahzeya Bi Payan | Faizal | Astro First Eksklusif |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Beat TV | Astro Ria | Beliau mengacarakannya bersama Dynas |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Iklan | Catatan |
---|---|---|
2006 | Hotlink | bersama Sari Yanti |
2008 | Visit Singapore |
Videografi
[sunting | sunting sumber]Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2012 | "Menunggu" | Akim Ahmad |
2017 | "Kembali" | Kaka Azraff |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Anugerah Skrin ke-14 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Belukar | Menang |
Festival Filem Malaysia ke-23 | Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | V3: Samseng Jalanan | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Bront Palarae | Tercalon | |
2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |
2012 | Anugerah Skrin ke-16 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | Jiwa Taiko | Tercalon |
Festival Filem Malaysia ke-25 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Bront Palarae | Tercalon | |
Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular | Tercalon | |||
2013 | Anugerah Blokbuster 2 | Anugerah Watak Penjahat Terhebat | Jiwa Taiko | Tercalon |
2014 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Paling Bergaya | Bront Palarae | Tercalon |
Selebriti Lelaki Paling Seksi | Tercalon | |||
Anugerah Lawak Warna 2 | Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) | Sejoli | Menang | |
Festival Filem Malaysia ke-26 | Pelakon Lelaki Terbaik | Psiko Pencuri Hati | Tercalon | |
Anugerah Skrin ke-18 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Menang | ||
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2 | Bintang Filem MeleTOP | Bront Palarae | Tercalon |
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 | Pelakon Lelaki Terbaik | Terbaik dari Langit | Menang | |
2016 | Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Ola Bola | Menang |
Anugerah Melodi 2016 | Personaliti Filem Melodi | Bront Palarae | Tercalon | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Bront Palarae | Tercalon |
Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | Kau Takdirku | Tercalon | |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Couple Filem Popular | Dirinya sendiri | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "ไม่สูญเปล่า "บรอนต์ ปาลาเร่" นักแสดงมาเลเซีย ฝึกพูดไทยตั้งแต่เด็ก" [Pelakon Malaysia Bront Palarae tidak sia-sia belajar bahasa Thai semasa kecil]. ไทยบันเทิง (dalam bahasa Thai). Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai. 10 Julai 2024. Dicapai pada 2024-08-03.
- ^ Chua, Dennis (22 September 2013). "Man for all roles". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2014. Dicapai pada 26 January 2014.
- ^ a b Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
- ^ Georgie Joseph (27 Januari 2020). "Bina nama di seberang". Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2020.
- ^ Cik Pang (8 September 2019). "Bront makin laris di Indonesia". Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2020.
- ^ Ramlah Zainal (18 November 2017). "Kian menyerlah di seberang". Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2018.
- ^ Casablancas, Jiman (Oct 2015). "Rebel, Rebel!". Harper's Bazaar Malaysia. m/s. 22–27.
...My surname is derived from my mother's family name...
- ^ "FIlem Kita". Dicapai pada 17 September 2016.[pautan mati kekal]
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ "Dynas, Bront hos baru beat TV". Berita Minggu. 2 Februari 2003. Dicapai pada 24 Mac 2021.
- ^ "Belukar movie website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2011.
- ^ "Festival Filem Malaysia". SinemaMalaysia. 18 March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-18.
- ^ Lee, Joe (28 October 2010). "A film fest that lets everyone down". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2011.
Meanwhile, questionable choices abound on the main awards night of FFM 23 - with only Bront Palarae's win, one that was noteworthy and much overdue for the low-profile, talented actor.
- ^ Nor Akmar Samudin (25 Oktober 2010). "Lisa, Bront pelakon terbaik". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2021.
- ^ SHAMALA VELU (25 December 2010). "Mualaf bags double in Anugerah Skrin". The Star Online. Dicapai pada 22 June 2012.
- ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani (dalam bahasa Malay). Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 21 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Roy Lim Jian-Min (2009). "Visualising 'Hanyut The Movie'". Photo shoot. Kuala Lipis, Pekan: Cinema Online. Dicapai pada 18 February 2011.
- ^ "Kolumpo Facebook Page". Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ "Edwin Malaysia Facebook page". Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Kee, William K. C. (28 March 2013). "Men who dare to bare". The Star Online. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Shackleton, Liz (19 May 2015). "'Journey' director kicks off football drama". Screendaily.com. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Amzar Anizam (7 October 2016). "Jagat Wins Big at the Kuala Lumpur Critics' Choice Award 2016". Kr8tif Express. Dicapai pada 2 February 2017.
- ^ Chua, Dennis (11 April 2016). "Boboiboy beats Ola Bola for fourth spot in box office list after hitting RM16 million mark". NST Online. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Mohamed, Nurjehan (6 October 2014). "2 Malaysian films at this year's Tokyo International Film Festival". The Rakyat Post. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Yu, Ji (12 April 2015). "'Terbaik Dari Langit' wins Best Movie at Aiffa". The Star Online. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Mumtaj Begum (May 27, 2015). "Bront Palarae to star in HBO Asia original series, Halfworlds". Star2. Dicapai pada June 1, 2015.
- ^ "Bront Palarae bintangi drama bersiri HBO 'Halfworlds'". Astro Awani. 27 Mei 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
- ^ "Malaysian actor Bront Palarae to star in HBO's 'Halfworlds'". The Malay Mail Online. 27 May 2015. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Brown, Todd (23 October 2015). "THE RAID Star Iko Uwais Teams With The Mo Brothers For HEADSHOT". TwitchFilm. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-01. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Ramli, Bibi Nurshuhada (23 October 2015). "Bront Palarae breaks into Indonesia's movie market with 'My Stupid Boss'". NST Online. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ "Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen". Malaysiakini. 16 February 2016. Dicapai pada 17 March 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Shackleton, Liz (15 February 2016). "Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'". ScreenDaily. Dicapai pada 17 March 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Adam Abu Bakar (16 February 2016). "Bront Palarae bakal filemkan 'Dawn Raid'". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-17. Dicapai pada 17 March 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Zaidi Aziz (17 Februari 2016). "Bront Palarae Bakal Berlakon Sebagai Khalid Ibrahim Dalam Filem Baru 'Dawn Raid'". Says. Dicapai pada 17 Mac 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "The 21st Asian Television Awards (ATA) Winners List (Year 2016)". Asian Television Awards. Dicapai pada 2 February 2017.
- ^ "Bront Palarae Dicalon Pelakon Terbaik Asian Television Awards 2016". Berita RTM. 18 November 2016. Dicapai pada 29 Mac 2017.
- ^ "BRONT PALARAE CALON PELAKON TERBAIK ASIAN TELEVISION AWARDS 2016". Media Hiburan. 17 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-30. Dicapai pada 29 Mac 2017.
- ^ "Pengabdi Setan".
- ^ KC Yap (9 Oktober 2017). "Bront Palarae Goes Regional With New Indonesian Horror". Augustman. Dicapai pada 17 Januari 2018.
- ^ Dennis Chua (29 Jun 2017). "Bront gets spooky in 2 regional films". New Straits Times. Dicapai pada 17 Januari 2018.
- ^ Syahirah Mokhtazar (10 January 2018). "Bront: I enjoyed working abroad". New Straits Times. Dicapai pada 24 Januari 2018.
- ^ "Yang Berbeda dari Film Ayat Ayat Cinta 2 | Republika Online". Republika Online. Dicapai pada 2017-10-20.
- ^ Annie May (20 Februari 2019). Bront Palarae Becomes The New Ambassador Of MIFFEST & MGGA Hype.my. Dicapai pada 22 November 2019.
- ^ "Interview: Nam Ron, Bront Palarae and Asmara Abigail talk Crossroads: One Two Jaga". FilmDoo (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-03. Dicapai pada 2018-08-16.
- ^ Budiey (7 Februari 2019). Yang Menarik Tentang Filem BIKERS KENTAL 2 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Mac 2019.
- ^ Tahir Alhamzah (24 September 2019). #Showbiz: Bront, Shaheizy to star in Hollywood production New Straits Times. Dicapai pada 22 November 2019.
- ^ "Aqsa Syarif salurkan RM2.1 juta untuk A2G-ER fasa 1". Aqsa Syarif. 23 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-29. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ Fong, Fernando (20 November 2014). "Making a promise to children". The Rakyat Post. Dicapai pada 13 June 2016.
- ^ "Kahwin Senyap, Bront Palarae Sudah Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama". Rotikaya. 7 September 2013. Dicapai pada 29 Mac 2014.
- ^ Noor Ashreen Ismail (4 September 2013). "Teka-teki pernikahan Bront". Kosmo!. Dicapai pada 29 Mac 2014.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (26 Jun 2016). "Bront Palarae bicara isteri dan anak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2016.
- ^ Adam Abu Bakar (16 Februari 2016). "Bront Palarae bakal filemkan 'Dawn Raid'". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Mac 2017.
- ^ "Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen". Malaysiakini. 16 February 2016. Dicapai pada 17 March 2017.
- ^ Shackleton, Liz (15 February 2016). "Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'". ScreenDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-17. Dicapai pada 17 March 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1978
- Orang hidup
- Orang dari Kedah
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Siam
- Orang Malaysia berketurunan Pakistan
- Orang dari Alor Setar
- Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Anugerah Skrin