Raja Ahmad Alauddin
Raja Ahmad Alauddin | |
---|---|
Kelahiran | Raja Ahmad Alauddin bin Raja Mohamed Redzuan 19 Januari 1957 |
Meninggal dunia | 29 Ogos 2019 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | (umur 62)
Pendidikan | Pembikinan Filem dan Seni Perfileman |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Pengarah |
Tahun aktif | 1990–2019 |
Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed Redzuan (19 Januari 1957 – 29 Ogos 2019) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia. Beliau juga ialah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pernah dinobatkan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Hati Bukan Kristal (1990).[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Raja Ahmad Alauddin merupakan lulusan pembikinan filem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dan di Amerika Syarikat. Beliau juga mempelajari seni perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.[2]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6 pagi 29 Ogos 2019 akibat satu penyakit yang tidak diketahui.[3] Kematiannya disedari selepas beliau tidak muncul di tingkat bawah kediamannya untuk diambil pemandu yang sepatutnya membawa beliau ke lokasi penggambaran drama Pesan Pada Hati di Sungai Long, Kajang.[1][4][5] Drama itu merupakan arahan terakhir beliau dan ia dtujukan khas dalam ingatannya.[6]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem arahan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1990 | Hati Bukan Kristal | Filem arahan pertama |
1996 | Lurah Dendam | |
2005 | Qaisy & Laila | Juga sebagai penulis skrip |
2007 | Kayangan | Filem arahan terakhir |
Drama arahan
[sunting | sunting sumber]- Wadi Unung (2009)
- Ahmad Durrah (2010)
- Atas Nama Cinta (2012)
- Seindah Sabarmu (2013)
- Ariana Rose (2013)
- Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2013)
- Hanya di Atas Kertas (2014)
- Jauh Dari Cinta (2014)
- Mencintaimu (2015)
- Demi Cinta Ain (2016)
- Ku Kirim Cinta (2017)
- Curi-Curi Cinta (2019)
- Aurora Aisyah (2019)
- Kamar Kamariah (2019)
- Pesan Pada Hati (2019) - drama arahan terakhir
Telefilem arahan
[sunting | sunting sumber]- Anak Bapak (2002)
- Maafkan Aku (2012)
- Fatihah Buatku (2014)
- Ada Sejadah Panjang Terbentang (2015)
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (1991)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Hanisah Selamat (30 Ogos 2019). "Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ Dennis Chua (29 Ogos 2019). "#Showbiz: Gentle soul who guided like good friend". New Straits Times. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Astro Awani. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ Hasnurul Mohamed (29 Ogos 2019). "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Malaysiakini. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ "Tak sempat siap drama terakhir, Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". URTV. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.