Kabir Bhatia
Kabir Bhatia | |
---|---|
Kelahiran | Kabir Subash Bhatia 22 Oktober 1969 |
Warganegara | India |
Nama lain | Mohd Kabir Bhatia Abdullah |
Pekerjaan | Pengarah filem, penulis skrip |
Tahun aktif | 1994–kini |
Majikan | Filmscape |
Karya terkenal | |
Pasangan | Mira Mustaffa |
Kabir Bhatia (lahir Kabir Subash Bhatia; 22 Oktober 1969) juga dikenali dengan nama Islam Mohd Kabir Bhatia Abdullah[1] merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis lakonlayar India Malaysia kelahiran Mumbai, India.[2][3] Beliau bersama isterinya, Mira Mustaffa memiliki syarikat penerbitan Filmscape Sdn. Bhd.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kabir berhijrah ke Malaysia pada 1994 di mana beliau berkhidmat di syarikat penerbitan Antah UTV dan memulakan kerjaya televisyen dengan mengarahkan beberapa drama TV termasuk City of Rich, Frontpage dan Hartamas. Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertama arahannya, Cinta yang menggabungkan 10 pelakon popular tanah air.
Antara filem-filem terkenal beliau ialah Sepi (2008), Setem (2010), Nur Kasih The Movie (2011) dan Gila Baby (2014). Kredit televisyen terkenal beliau yang lain termasuk Kekasihku Seru, Tower 13, Gemilang, Juvana dan Cinta Jangan Pergi.
Projek terkini beliau ialah drama Anak Merdeka yang mana beliau mengarahkan 2 episod serta filem epik percintaan 2018, Pulang.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem arahan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2006 | Cinta | Filem pertama |
2008 | Sepi | |
Love | Filem Indonesia | |
2009 | Setem | |
2011 | Nur Kasih The Movie | |
2013 | Sembunyi: Amukan Azazil | |
2014 | Dollah Superstar | |
Gila Baby | ||
2017 | Bisik Pada Langit | |
2018 | Pulang | |
2019 | Sangkar | |
2021 | Kerana Korona | Astro First |
2022 | Juang | Arahan bersama Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai dan Osman Ali |
Talbis Iblis | ||
2025 | Chekau |
Drama arahan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
1998 | Mastura | ntv7 | |
2008 | Kekasihku Seru | TV3 | |
Frontpage | ntv7 | ||
2009 | Nur Kasih | TV3 | |
Tower 13 | |||
2011 | Gemilang | ||
2012 | Waris | ||
2013 | Cinta Jangan Pergi | TV9 | |
2014 | Jiwa | TV3 | |
Antidot | Arahan bersama Norhaizam Mohd dan Ariffin Zulkarnain | ||
2015 | Delina | Arahan bersama Roshfaizal Ariffin | |
Keluarga Pontimau | |||
2017 | Anak Merdeka | Astro Prima | Episod 3 & 6 |
2018 | Salon | Viu | |
2022 | Villa Kristal | WeTV | Arahan bersama Jason Chong |
2023-2024 | The Last Bount | Mediacorp |
Telefilem arahan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Saluran TV |
---|---|---|
2020 | Aku, Bunga | Astro First Eksklusif |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pengarah Terbaik Filem | Pulang | Tercalon |
2021 | Festival Filem Malaysia ke-31 | Pengarah Terbaik | Sangkar (filem) | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Shazryn Mohd Faizal (28 Februari 2011). "Resipi kejayaan Kabir, Mira". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-24. Dicapai pada 24 Disember 2017.
- ^ Wanda Idris (9 Jun 2005). "Kabir Bhatia - Banyak mengarah soap opera Melayu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-24. Dicapai pada 24 Disember 2017.
- ^ "Biodata Kabir Bhatia". Cinema.com.my. Dicapai pada 26 Disember 2017.