Pergi ke kandungan

Susan Lankester

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Susan Lankester
Kelahiran
Susan Anne Lankester

(1962-06-30) 30 Jun 1962 (umur 62)
Nama lainSue
PekerjaanPelakon, pemuzik, penyanyi, penerbit, pengarah
Tahun aktif1977–kini

Susan Lankester (lahir 30 Jun 1962) ialah seorang pelakon, pemuzik, pengarah dan penerbit Malaysia[1] yang mula dikenali sebagai pemuzik pada tahun 1977-1983. Dan kemudian menjadi pelakon untuk menerusi filem tahun 1983 berjudul Mekanik arahan Othman Hafsham di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4. Menerusi filem tersebut Susan cukup dikenali menerusi dialog "Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke...kita orang Malaysia kan?" yang menjadi sebahagian daripada dialog filem popular Mekanik. Beliau sekali lagi dicalonkan dan memenangi anugerah tersebut pada 1994 menerusi lakonan hebatnya sebagai ketua editor majalah wanita dalam filem Femina.

Susan memulakan kerjayanya sebagai pemuzik dan pemain keyboard untuk menubuhkan kumpulan diberi nama Flash pada tahun 1977-1981, bersama Zainal Rampa (vokalis dan pemain gitar irama asal Flash), Hillary Ang (pemain gitar utama asal Flash), Memek Sujono (pemain gitar bass asal Flash) dan Yazit Ahmad (pemain dram asal Flash). Pada tahun 1979, Hillary dan Yazit berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bermain muzik di kelab Red Rooster. Kemudian pada tahun 1981, mereka kembali ke Johor Bahru apabila kumpulan ini dilanda perpecahan. Apabila Susan, Zainal dan Memek mengambil keputusan keluar dari Flash adalah kerana beliau kecewa dengan Amy, Nasir dan Din bakal menyertai kumpulan Flash dan kumpulan ini menukar namanya menjadi kumpulan Search. Selepas keluar dari Flash (Search), beliau ingin menjadi pemain keyboard dan penyanyi untuk menubuhkan kumpulan Febians pada tahun 1981-1983, bersama Aziz Mohamed (Aziz - gitar utama), Samsuri Hj. Tahir (Sham - dram), serta tiga bekas anggota kumpulan Santos Child (kini Gersang) Abdul Rahman (Man Burger - gitar irama), Kemat Hassan (Kemat - gitar bass) dan Jasmin Zainal (Hana - vokal). Kemudian pada tahun 1983, kumpulan ini sudah diambang perpecahan, apabila Susan, Hana, Man Burger dan Kemat pula mengambil keputusan keluar dari Febians apabila Nasha, Yan dan Harun telah menyertai kumpulan. Selepas keluar daripada kumpulan Febians, beliau menjadi pelakon untuk menerusi filem tahun 1983 berjudul Mekanik arahan Othman Hafsham di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4. Kemudian meneruskan Watak komedinya dalam siri komedi 2+1 bersama Imuda pernah melayakkan beliau bertanding dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1993.[perlu rujukan]. Namun selepas kejayaan sitkom tersebut, Susan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada TV dan filem ekoran sering mendapat watak-watak yang klise. Beliau menumpukan kepada projek-projek teater dan perniagaan sendiri selama lebih 12 tahun. Pada tahun 2010, beliau membuat kemunculan membawakan watak Adeline Hunter Bertorgh dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima. Beliau juga muncul dalam sitkom bertemakan mokumentari berjudul Keluarga Iskandar memegang watak sebagai Kamariah Abdullah di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013. Disamping itu Susan juga pernah bergelar menyanyi, dan cukup popular menerusi kolaborasinya bersama SM Salim menerusi lagu "Dilema".

Beliau kini masih bergiat aktif dalam bidang seni, khususnya dalam menulis skrip untuk teater dan filem. Di samping itu, beliau juga memiliki perusaan dalam bidang hiasan dalaman dan lanskap.[2] Beliau juga berkebolehan bertutur dalam Bahasa Tamil dan Mandarin. [3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1983 Mekanik Nina Filem pertama
1988 Ujang Tanya
1992 Nadia Lynn Abdullah
1994 Femina Anita
1996 Sutera Putih Anida
2008 Susuk Tetamu Konsert Suzana 1 Penampilan khas
2012 Relationship Status Selina
War of the Worlds: Goliath Christine Wells (suara)
2014 Balistik Ketua Pengawai Susan
Take Me To Dinner Jennifer
Manisnya Cinta Di Cappadoccia Ibu Fredo (Azlina)
2016 Redha Katrina
Taiping Adagio Dr. De Souza
2017 Marathon Alex Filem pendek
2019 Shadowplay Loise Numan
Ik, Mensenhandelaar Greta Filem pendek
2021 Proksi Ms. Rose
2023 Maryam Pagi Ke Malam
Rahsia Datin Sri Mary Abdullah Penampilan khas
Wow+ Filem pendek
2024 Rain Town Aileen Choo
Padu Julie
TBA Taiping Adagio Dr. De Souza
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1985–1989 Remang-Remang Kotaraya Kopral Susie TV1
1989–1993 2+1 Sarah TV3
2012–2015 Keluarga Iskandar Kamariah Abdullah (Kak Ngah) Astro Prima, Astro Warna
2012 Tanah Kubur (Musim 5) Sarah Astro Oasis Episod: "Apa Dosa Dia"
2013 Jodoh (Musim 1) Nora Astro Ria
2014 Jodoh (Musim 2)
2017 Mandatori Madame Agnes Lim Astro First Eksklusif
2018 Jibril Psychiatrist Viu
2018–2020 The Bridge Maria Othman
2019–2021 Keluarga Baha Don Mama Don
2020 Azam dan Johan Sara Mediacorp Suria
2021 Projek: Anchor SPM Puan Rokiah Astro Citra
Jangan Pernah Lupakan Aku Mrs. Crawford TV2
2023 Salam Famili Mak Adam (Frankie) Astro Ceria
Seloka Asmara Buat Kemboja Dahlia Estella TV1
Entitled Amira Prime Video
2024 I.D. Nadi Ilana Astro Premier

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Rumah Maut TV1
1992 Tuan Brown TV3
1994 Pulau Jenny
2018 Hari Terakhir Seorang Pengurus Clarice Astro Citra

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
1987 Hiburan Minggu Ini : Azlina Aziz (Bahagian 3: Suasana di Kelab Malam Tahun 50'an) Artis Undangan TV1 Beliau menyanyikan lagu "Jelingan Manja"
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Natrah Adeline Hunter Bertorgh

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]
  • Indah Kasorrga I (lagu tema drama Ringgit Kasorrga)[4]
  • Cerita Hitam Putih (lagu dalam drama Ringgit Kasorrga)[4]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Labour of love theStar online
  2. ^ Mizi (29 November 2010). "Syarat Susan kembali berlakon". N9Kini.com. Diambil pada 29 Januari 2011.
  3. ^ Labour of love
  4. ^ a b Kamal. "Filem Malaysia - Ringgit Kasorrga". Dicapai pada 14 Januari 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]