Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby
Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Deshon, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Waras dan Mulia |
Nombor sekolah | 6084323419 |
Kod sekolah | YEE3101 |
Pengerusi PIBG | Christcharlynn binti Anthony |
Pengetua | Tan Kok Aun |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Azizah binti Pawi |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Stephen Ting Tieu Hock |
Penolong Kanan Kokurikulum | Judy anak Hillary Chukan |
Faks | 6084319578 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby |
Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby atau nama ringkasnya SMK Rosli Dhoby, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Deshon. Nama asal sekolah ini ialah Sibu Town School pada tahun 1975.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby memiliki 571 pelajar lelaki dan 602 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1173 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby dinamakan sempena seorang pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby. Pada waktu penubuhannya pada tahun 1973, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Sibu yang menumpang di bangunan SMB Tung Hua. Pada tahun 1974, bangunan baharu sekolah telah dibina bersebelahan Kolej Vokasional Sibu dan dirasmikan olek Menteri Pendidikan pada waktu itu, Mahathir Mohamad pada tahun 1975. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah menengah yang lain serta masa perjalanan dari kawasan Jalan Deshon. Oleh itu, sekolah tersebut mempunyai bangunan sendiri. Bersempena dengan majlis perasmian itu, kumpulan pertama pelajar telah melapor diri dan perhimpunan pertama telah diadakan. Kebanyakan bangunan yang dibina adalah daripada kayu dan simen. Pada tahun 2017, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu mengesahkan bahawa beberapa bangunan sekolah ketika ini, termasuk asrama lelaki, kelas tingkatan 5 dan 6, serta kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT), tidak selamat untuk digunakan kerana ianya diperbuat daripada kayu selain sesetengah struktur bangunan telah reput dimakan anai-anai. Maka, bangunan itu diletakkan dalam status berisiko tinggi kerana boleh runtuh pada bila - bila masa.
Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperuntukkan lebih RM1 juta untuk menggantikan bangunan usang dengan bangunan baru yang keseluruhannya diperbuat daripada simen agar sesi pembelajaran lebih tenang tanpa sebarang masalah. Sebuah kontraktor dari Kuching, Prasarana Sempurna Sdn Bhd, dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek tersebut yang dijadualkan siap pada lewat 2022.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby
- Jalan Deshon
- 96000, Sibu
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6084323419
- Fax = 6084319578