Badruddin Amiruldin
Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin | |
---|---|
Pengerusi Tetap UMNO | |
Menyandang jawatan 2007 | |
Didahului oleh | Onn Ismail |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Jerai | |
Dalam jawatan 24 Mac 2004 – 13 Februari 2008 | |
Didahului oleh | Kawasan diwujudkan semula |
Digantikan oleh | Mohd Firdaus Jaafar |
Dalam jawatan 4 Mac 1992 – 24 April 1995 | |
Didahului oleh | Ghazali Ahmad |
Digantikan oleh | Kawasan dibubar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Yan | |
Dalam jawatan 24 April 1995 – 29 November 1999 | |
Didahului oleh | Kawasan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Nasharuddin Mat Isa |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 20 Mei 1951
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (lahir 20 Mei 1951) merupakan ahli politik UMNO Malaysia dan beliau sekarang ini merupakan bekas Ahli Parlimen Jerai. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - sebuah agensi pemasaran produk pertanian. Kini, beliau ialah Pengerusi Tetap UMNO.
Politik
[sunting | sunting sumber]Badrudin Amiruldin dilantik sebagai Pengerusi Tetap/Speaker Perhimpunan Agung UMNO menggantikan Tan Sri Onn Ismail sejak 2007. Tun Sulaiman Ninam Shah dan Tan Sri Onn Ismail menjadi idolanya.[1] Celotehnya sentiasa dinanti-nantikan kerana banyak sinis dan jenaka diselitkan.
Tugas itu diamanahkan kepadanya dari 2008 hingga 2011 iaitu Perhimpunan Agung UMNO 2011.Perhimpunan bermula 29 November hingga 4 Disember 2011 akan dihadiri perwakilan yang teramai iaitu 3,476 orang. Dia sudah 20 kali berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO.[2]
FAMA
[sunting | sunting sumber]Badruddin Amiruldin dilantik sebagai pengerusi FAMA. Pada 2011, FAMA sudah berusia 46 tahun.Pada 1965, FAMA telah dibuka secara rasmi oleh Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu.Antara kejayaan FAMA ialah mengadakan Pasar Tani, Program Pembangunan Industri Asas Tani, penjenamaan 1Malaysia Best, Agrobazaar, Kedai Rakyat dan Gerai Buah-buahan Segar .[3]
Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya 1999, Badrudin menewaskan Nasharudin Mat Isa dari PAS. Dalam Pilihan raya 2004, Badrudin menewaskan Che Din Arshad (PAS) dengan majoriti 10,405 undi. Dalam Pilihan raya 2008, beliau bertanding lagi di P012, Jerai dan mendapat 24,211 undi tetapi kalah. Calon PAS, Mohd Firdaus Jaafar menang, mendapat 26,510 undi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1992 | P.10 Jerai, Kedah | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 14,538 | 57.35% | Nasir Othman (PAS) | 10,812 | 42.65% | Tidak diketahui | 3,726 | Tidak diketahui | ||
1995 | P.12 Yan, Kedah | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 16,755 | 57.45% | Mohd Najib Fahami Yahaya (PAS) | 12,412 | 42.55% | 30,115 | 4,343 | 74.07% | ||
1999 | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 15,859 | 49.71% | Nasharudin Mat Isa (PAS) | 16,041 | 50.29% | 32,428 | 182 | 76.70% | |||
2004 | P.12 Jerai, Kedah | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 30,154 | 60.43% | Che Din Arshad (PAS) | 19,749 | 39.57% | 50,918 | 10,405 | 79.70% | ||
2008 | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 24,211 | 47.73% | Mohd Firdaus Jaafar (PAS) | 26,510 | 52.27% | 51,913 | 2,299 | 78.97% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Badruddin takut dituduh tak berlaku adil[pautan mati kekal]
- ^ Membawa mesej rakyat ke Dewan Merdeka
- ^ FAMA selepas 46 tahun
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- "Badruddin should not use term 'keling'"[pautan mati kekal]. Retrieved 18 November 2005.
- Beh, Lih Yi (11 July 2005). "Drama in the Dewan Rakyat". Malaysiakini.
- Beh, Lih Yi (17 October 2005). "Badruddin calls Kit Siang an 'Ah Pek'". Malaysiakini.
- "Choice to wear Tudung left to individual: Nazri". (30 October 2005). Daily Express.
- "Don't Forget Your Roots, Malay Corporate Citizens Told"[pautan mati kekal]. (24 September 2004). BERNAMA.
- "Don’t like the term Islamic state? Take a hike, says BN MP". (13 July 2005). Malaysiakini.
- "Election 1999 results - state Kedah". (1999). BERNAMA.
- "Election 2004 results - state Kedah". (2004). BERNAMA.
- Fernandez, Terence (9 November 2005). "YB, Parliament is not a 'Kedai runcit'"[pautan mati kekal]. The Sun.
- Gatsiounis, Ioannis (2 October 2004). "Abdullah stirs a hornets' nest" Diarkibkan 2011-08-04 di Wayback Machine. Asia Times.
- "Keputusan Penuh Pemilihan" Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine. (2004). Berita Harian.
- Lim, Kit Siang (2004). "UMNO - don't create new 'seditious' issues". Retrieved 9 November 2004.
- Ram, B. Suresh (1 April 2005). "Cili Padi hot over sexist remark". The Sun.
- Reme Ahmad (22 March 2006). "Two MPs call S'pore 'insolent'". Straits Times.
- "Third report lodged against Badruddin". (31 October 2005). The Star.
- Vasudevan, V. (27 October). "Across the Floor: Bid to discipline MP shot down". Malay Mail.
- Wong, Chun Wai (18 April 2005). "Jester performance of MPs not amusing". The Star.
- Badruddin says sorry to Karpal The Star 30 October 2007. Retrieved 13 December 2007
- Rencana dengan pautan luar mati dari January 2018
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Kelahiran 1951
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kedah
- Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11