Pergi ke kandungan

Norodom Sihamoni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norodom Sihamoni
នរោត្តម សីហមុនី
نورودوم سيهاموني
Raja Kemboja
Pemerintahan14 Oktober 2004 – kini
Kemahkotaan29 Oktober 2004
Didahului olehNorodom Sihanouk
Perdana MenteriHun Sen
Keputeraan (1953-05-14) 14 Mei 1953 (umur 71)
Phnom Penh, Kemboja
KerabatWangsa Norodom
AyahandaNorodom Sihanouk
BondaNorodom Monineath
AgamaBuddhisme

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Norodom Sihamoni (Bahasa Khmer: នរោត្តម សីហមុនី); lahir 14 May 1953) ialah raja Kerajaan Kemboja. Baginda merupakan putera sulung kepada Raja Norodom Sihanouk dan permaisuri keduanya, Norodom Monineath. Baginda dilantik menjadi raja oleh majlis diraja negara itu untuk menggantikan ayahandanya yang turun takhta. Sebelum itu, Sihamoni terkenal sebagai duta budaya di Eropah dan pelatih tari klasik.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]
Norodom Sihamoni bertemu dengan presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak di Istana Royal Palace pada 2009.
Fail:King Norodom Sihamoni with Secretary of State Hillary Clinton.jpg
Norodom Sihamoni dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton, 1 November 2010.

Sihamoni dilahirkan pada 1953. Pada masa kelahirannya, bondanya, Monique Izzi, seorang warga Kemboja berketurunan Corsica-Itali dan Khmer, merupakan salah satu isteri Raja Norodom Sihanouk. Mereka bertemu buat kali pertama setelah Monique memenangi sebuah peraduan ratu cantik pada 1951.[1] Sihamoni mempunyai 14 adik-beradik tiri. Baginda hanya ada seorang adik lelaki kandung, Samdech Norodom Narindrapong, yang lahir pada 1954 dan mangkat pada 2003.

Sihamoni menghabiskan banyak masanya di luar Kemboja. Pada masa kecil, baginda dihantar ke Prague, Czechoslovakia untuk menerima pendidikannya. Sihamoni belajar di sana dari peringkat sekolah rendah sehingga melanjutkan pelajaran di sebuah akademi persenian. Di akademi tersebut, Sihamoni mendalami bidang tarian dan muzik klasik sehingga 1975.

Semasa kejadian kudeta tahun 1970 oleh Lon Nol, Sihamoni kekal di Czechoslovakia. Baginda meninggalkan Prague pada 1975 untuk belajar seni pembuatan filem di Korea Utara. Pada masa itu, kerajaan Khmer Rouge telah memberontak terhadap keluarga diraja dan menahan mereka dalam rumah sehingga pencerobohan Vietnam pada 1979.

Pada 1981, Sihamoni berpindah ke Perancis untuk mengajar tarian balet. Sihamoni menetap di negara itu selama 20 tahun dan sering mengunjungi kota Prague pada masa lapangnya. Baginda merupakan satu-satunya raja Kemboja yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa seperti Czech, Perancis, Rusia dan Inggeris, selain bahasa ibundanya.

Pada 1993, Sihamoni dilantik sebagai wakil Kemboja ke UNESCO dan terkenal dengan kerja keras dan dedikasinya terhadap budaya Kemboja. Sebelum itu, baginda pernah menolak tawaran untuk menjadi duta di Perancis. [2]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2004, Sihamoni dipilih oleh majlis diraja yang dianggotai sembilan orang, untuk menggantikan ayahandanya sebagai raja setelah ayahandanya turun takhta seminggu yang lalu. Perlantikan Sihamoni dipersetujui oleh Perdana Menteri Hun Sen dan pengerusi dewan negara itu, Putera Norodom Ranariddh (kakanda tiri Sihamoni), kedua-duanya anggota Majlis Privi. Sihamoni ditabalkan pada 29 Oktober 2004.[3] Sihamoni dan keluarganya telah meminta supaya istiadat pertabalan tidak dijalankan dengan terlalu megah kerana memikirkan keadaan ekonomi negara itu. Pada 29 Oktober 2014, berlangsung beberapa perayaan untuk menandakan tahun ke-10 pertabalan Sihamoni.[4]

Sihamoni masih belum berumahtangga. Ayahandanya, Norodom Sihanouk, mengatakan bahawa Sihamoni "mencintai wanita seperti adik-beradiknya".[5]

Sebelum ditabalkan sebagai raja, gelaran Sihamoni ialah Sdech Krom Khun (ស្តេចក្រុមឃុន) atau Putera Agung. Sebagai raja, gelaran baginda ialah Preah Karuna Preah Bat Sâmdach Preah Bâromneath Norodom Sihamoni Saman Bhumichat Sasana Rakkhata Khattiya Khmeraratrat Putthintra Mohaksat Khemareacheana Samuhobhas Kampuchea Ekareacharath Bureanasanti Subheamagala Sirivibunla Khmera Sri Bireat Preah Chao Krung Kampuchea Dhibodi Preah Mohaksat Nai Preah Reacheanachak Kampuchea; yang bermaksud: Raja Norodom Sihamoni yang menyatukan negara, agama, kerajaan dan rakyat Khmer; raja agung yang didukung oleh Buddha dan Indra, pelindung kemerdekaan, kesatuan, dan kedamaian; Raja Kemboja, Raja Agung Kerajaan Kemboja. Nama lahir baginda, Sihamoni, terdiri daripada dua morfem iaitu daripada nama ayahanda dan bondanya, Sihanouk and Monineath.

Dewan penasihat

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Disember 2008, Sihamoni memilih 26 orang ahli keluarganya untuk menganggotai dewan penasihatnya, antaranya, Putera Norodom Ranariddh sebagai ketua penasihat, Putera Sisowath Sirirath, Puteri Norodom Marie (bekas isteri Putera Ranariddh) dan Putera Sisowath Thomico.[6]

Salasilah

[sunting | sunting sumber]


Anugerah dan Darjah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  • Grand Cross of the Royal Order of Cambodia
  • Grand Cross of the Royal Order of Monisaraphon
  • Grand Officer of the Legion of Honour (Perancis, 2004)
  • Grand Cross of the Legion of Honour (Perancis, 2010)
  • Grand Cordon of the Order of the Chrysanthemum (Jepun, 18 Mei 2010)[5]
  • Warga Kehormat Bandar Prague, Republik Czech, 2006)
  • Silver Medal of the City of Paris (Perancis)
  1. ^ "The First Lady of the Kingdom"; The Royal House of Cambodia by Julio A. Jeldres, 2003 Templat:Oclc
  2. ^ The Weekend Australian, 16–17 October 2004
  3. ^ "In Pictures: King Sihamoni's coronation". BBC News. 29 Oktober 2004. Dicapai pada 11 Jun 2012.
  4. ^ Willemyns, Alex (29 Oktober 2014). "10 Years into Sihamoni's Reign, A Changed Palace". The Cambodia Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2014. Dicapai pada 29 Oktober 2014.
  5. ^ a b "CAMBOA21". Royalark.net. Dicapai pada 11 Jun 2012.
  6. ^ More royals could face political exit Phnom Penh Post, 12 December 2008
  7. ^ Royal Ark
  8. ^ Embassy of Cambodia

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Miroslav Nožina, Jiří Šitler, and Karel Kučera. Royal Ties: King Norodom Sihamoni and the History of Czech-Cambodian Relations. Prague: Knižní klub, 2006. ISBN 978-80-86938-75-2

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Norodom Sihamoni
Tarikh keputeraan: 14 Mei 1953
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Norodom Sihanouk
Raja Kemboja
2004–kini
Pemegang jawatan kini