Pergi ke kandungan

Terier Russell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Russell
Nama lainTerier Jack Russell FCI
Negara asalEngland
Trait
Warna putih dan perang
CatatanNegara perkembangan: Australia. Terier Russell UKC dan AKC diterima ke dalam kedua-dua kelab kenel berdasarkan piawaian terier Jack Russell FCI.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Russell[a] ialah terier pekerja yang kebanyakannya berwarna putih dengan naluri untuk memburu mangsa di bawah tanah. Baka ini diterbitkan daripada strain-strain terier pekerja Jack Russell yang digunakan pada abad ke-19 untuk pemburuan rubah. Strain-strain pekerja rubah Russell adalah jauh lebih kecil daripada terier rubah pertunjukan dan kekal sebagai terier pekerja. Saiz terier Russell (10–12 in (25–30 cm)), sekali dengan dada kecil boleh rentang kecil fleksibel menjadikannya saiz unggul untuk bekerja dengan cekap di bawah tanah. Rupa bentuk tubuh segi empat tepat uniknya dengan tubuh yang lebih panjang sedikit daripada tungkai menjadikannya jelas berbeza daripada terier Parson Russell dan terier Jack Russell menurut Jack Russell Terrier Club of America (JRTCA).

Terier Russell berasal dari England, tetapi negara perkembangannya ialah Australia.

Nama terier Jack Russell dahulu tidak pernah digunakan untuk memerihalkan satu baka anjing. Sebaliknya, nama itu menjadi nama lazim untuk mana-mana terier kerja tanah yang kebanyakannya berwarna putih selepas kematian paderi Jack Russell. Syarat yang ada merupakan warna, naluri yang digabungkan dengan kerelaan untuk melaksanakan kerja tanah, dan saiz untuk bekerja dengan cekap di bawah tanah. Kini, nama ini masih digunakan secara meluas untuk terier pekerja gaya Parsons Reverend. Di negara perkembangannya, Australia, anjing berukuran 10–12 inci (25–30 cm) ini pertama kali dipiawaikan oleh pengiktirafan The Kennel Club dengan nama rasmi "Jack Russell Terrier" yang terpakai untuk baka berkenaan.[1] Ini akhirnya membawa kepada pengiktirafan baka tersebut oleh negara-negara FCI (Persekutuan Kinologi Antarabangsa), termasuk Ireland dan yang terkini, Amerika Syarikat. Malangnya, oleh sebab penggunaan terdahulu nama ini di Amerika Syarikat dan di England, nama Jack Russell Terrier bercanggah. Di Amerika Syarikat, terier yang mengakuri piawaian Australia/FCI hanya dipanggil terier Russell.

Terier Russell ialah baka pendamping sangat popular di Amerika Syarikat. Baka ini ialah baka pekerja, bukan baka pendamping. Ia dibiakbakakan oleh para penggemar berdedikasi untuk memulihara pengakuran fungsi kerjanya dan naluri untuk melaksanakan tujuan aslinya sebagai terier bumi. Ini menjadikannya baka berprestasi cemerlang yang menyertai pelbagai acara: perburuan semula jadi yang termasuk kerja tanah, ketangkasan, rally, kepatuhan, penjejakan, masuk ke dalam tanah, dan pengakuran, dsb. Ia juga merupakan anjing terapi dan anjing khidmat.

Perkembangan baka di England dan di Australia

[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1970-an, Jack Russell Terrier Club of Great Britain dibentuk dan badan ini memulakan bentuk pendaftaran sangat primitif. Tidak lama kemudian, kelab-kelab terier Jack Russell dibentuk di seluruh dunia, termasuk Australia. Jack Russell Terrier Club of Australia dibentuk pada tahun 1972.[2] Pertubuhan kebangsaan ini mendirikan sistem pendaftaran yang khususnya komprehensif, bersama-sama dengan piawaian baka formal. Kelab ini juga memulakan perbincangan dengan kelab kenel mereka mengenai kemungkinan penerimaan baka ini untuk pendaftaran sebagai baka tulen.

Terier Russell di Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Terier Russell, yang juga dikenali sebagai terier Jack Russell jenis FCI, ialah baka yang diiktiraf oleh The Kennel Club dan dikekalkan secara berasingan daripada terier Parson Russell AKC dan terier Parson Russell UKC. Pada tahun 2001, United Kennel Club menerima permohonan daripada English Jack Russell Terrier Club untuk memberi anjing dalam daftar mereka sebutan rasmi "FS". UKC mengiktiraf baka ini secara rasmi sebagai Russell Terrier kerana nama Jack Russell Terrier sudah pun terpakai untuk anjing bertungkai lebih panjang pada tahun 2001. Piawaian baka UKC diubah pada tahun 2005 daripada piawaian asli tahun 2001. Pada tahun 2009, UKC mengubah namanya kepada Jack Russell untuk kembali kepada piawaian asli mereka dan menyelaraskan diri dengan selebih dunia.[3] American Kennel Club menerima baka ini ke dalam Program FSS pada 8 Disember 2004 berdasarkan piawaian Jack Russell FCI yang juga dikemukakan oleh EJRTC, juga dikenali sebagai The American Russell Terrier Club.[4] American Rare Breed Association mengiktiraf "Russell Terrier" pada tahun 2003, dengan piawaian lama UKC[5] yang pada asalnya dikarang oleh UKC. Piawaian ini berdasarkan piawaian sama yang dikarang oleh Australia[6] dan digunakan juga di Ireland. Piawaian asli ARBA[7] kemudiannya dibuah oleh NRTFC kepada piawaian baharu pada November 2008, kemudian sekali lagi pada 1 Januari 2010. Kelab induk AKC untuk terier Russell mengubah piawaian baka FCI pada tahun 2010 dan memperkenalkan piawaian sendiri yang kini berbeza daripada selebih dunia dan FCI. NRTFC[8] merupakan yang pertama dan merupakan satu-satunya pertubuhan di dunia dan sejarah baka yang mengiktiraf hanya anjing berlapis bulu licin.[9] Walau bagaimanapun, selepas 15 tahun pengekalan terier Russell di Amerika Syarikat dan lebih lama di peringkat antarabangsa sebagai baka jelas terpisah, oleh sebab penampilan segi empat tempat yang unik hanya untuk terier Jack Russell/Russell, ia tidak lagi dapat dianggap sebagai variasi.

Profil seekor terier Russell licin

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Suatu bentuk terwaris bagi ataksia telah dikenali dalam kalangan terier Russell (terier Jack Russell, terier Parson Russell, dan terier Russell) selama lebih daripada 50 tahun. Miokimia dan sawan kerap terlihat bersama-sama dengan keadaan ini. Sebuah kajian tahun 2014 mengenal pasti bahawa gen KCNJ10 bertanggungjawab atas ataksia spinoserebelar yang diiringi oleh miokimia dan/atau sawan pada baka ini. Keadaan ini juga menjejaskan terier Parson Russell dan terier Jack Russell yang berkait rapat.[10]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: تيريئر راسل; bahasa Inggeris: Russell terrier
  1. ^ "The Russell Terrier" [Terier Russell]. Pet Health Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2024.
  2. ^ "About the JRTCA" [Tentang JRTCA] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of Australia. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  3. ^ "JRT-PRT Position Paper October 2, 2008" [Kertas Kedudukan JRT-PRT 2 Oktober 2008] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 9 Oktober 2008. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  4. ^ "The American Russell Terrier Club, Inc. - The American Russell Terrier, Inc, the ARTC, Inc". The American Russell Terrier Club (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Russell Terrier" [Terier Russell]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2001.
  6. ^ "letter from United Kennel Club to English Jack Russell Terrier Club recognizing the Russell Terrier" [surat daripada United Kennel Club kepada English Jack Russell Terrier Club yang mengiktiraf terier Russell] (dalam bahasa Inggeris). shortjackrussell.com. 23 Januari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2014. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  7. ^ "American Rare Breed Association" (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  8. ^ "NRTFC- National UKC Russell Terrier Club". Ukcrussellterrier.com. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  9. ^ "Russell Terrier" [Terier Russell] (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association. 1 Januari 2010. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  10. ^ Gilliam, Douglas; O'Brien, Dennis P.; Coates, Joan R.; Johnson, Gary S.; Johnson, Gayle Christy; Mhlanga-Mutangadura, T.; Hansen, Liz; Taylor, Jeremy F.; Schnabel, Robert D. (7 April 2014). "A Homozygous KCNJ10 Mutation in Jack Russell Terriers and Related Breeds with Spinocerebellar Ataxia with Myokymia, Seizures, or Both" [Mutasi Homozigot KCNJ10 pada Terier Jack Russell dan Baka Berkaitan dengan Ataksia Spinoserebelar dengan Miokimia, Sawan, atau Kedua-duanya]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 28 (3): 871–877. doi:10.1111/jvim.12355. ISSN 1939-1676. PMC 4238845. PMID 24708069. S2CID 15649368.
  • Burns, Patrick (16 Februari 2006). American Working Terriers [Terier Pekerja Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Raleigh, Carolina Utara, Amerika Syarikat: Lulu Enterprises Incorporated. ISBN 9781411660823. OCLC 1431193697.
  • Lucas, Jocelyn Morton (1931). Hunt and Working Terriers [Terier Pemburu dan Terier Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Chapman & Hall. OCLC 8136899.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Terier Russell di Wikimedia Commons