Pergi ke kandungan

Mahmud Shah dari Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sultan Mahmud Shah)
Sultan Mahmud Shah
سلطان محمود شاه
Sultan Melaka VIII dan X
سلطان ملاک كلاڤن
Fail:-
-
Sultan Melaka ke 08 dan ke 10
Pemerintahan14881511, 15131528
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Alauddin Riayat Shah I
Diikuti olehAhmad Shah
Pemangku raja-
Sultan Johor I
PemerintahanJanuari 1515 - September 1528
KemahkotaanOctober 1515
Didahului olehjawatan baru
Diikuti olehSultan Alauddin Riayat Shah II
Pemangku raja-
KeputeraanRaja Mahmudd I bin Raja Alauddin I
-
-
Kemangkatan1528
Kampar, Hulu riau, wilayah Riau, Sumatera
Pemakaman-
-
Pasangan6 orang
Isteri
Anakanda-
Nama penuh
-
Nama selepas mangkat
-
Kerabat-
KerabatKerabat Diraja Melaka
Wangsa-
Ayahanda-
Bonda-

Sultan Mahmud Shah (سلطان محمود شاه; memerintah 1488–1511, 1513–1528; mangkat 1528) merupakan Sultan Melaka ke-8 dan terakhir, adalah putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah I.

Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam.

Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru.

Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Laksamana Hang Nadim.

Kejatuhan Melaka

[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada puteranya, Ahmad Shah. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa tetapi itu semua adalah sebuah rancangan yang dibuat oleh Portugis untuk merampas Melaka.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa berundur ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh dan seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar tetapi anakandanya, Alauddin Riayat Shah II tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah, Mudzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan baginda mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. Ahmad Shah dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka.[2]

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kabupaten Pelalawan, Riau pada tahun 1528.

Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah:

  1. Tun Kecil @ Raja Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang. Isteri pertama Sultan Mahmud Shah. Kahwin tahun 1492.Dikurniakan seorang anak lelaki dan perempuan .Sultan Muda Ahmad Shah ( Raja Ahmad ) & Puteri
  2. Tun Teja, anak kepada Bendahara Pahang. Kahwin tahun 1494. Merupakan Permaisuri Melaka. Dikurniakan seorang anak bernama Raja Amara Devi ( Tuan Putri Arma Devi ).
  3. Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Puteri dari Champa (Kelantan). Dikurniakan 5 orang anak. Sultan Muzaffar Shah l ( Sultan Perak ) ialah anak baginda.
  4. Tun Kudu Bin Sri Nara Diraja Tun Tahir. Sepupu kepada Sultan Mahmud Shah & Tun Fatimah. Adik kepada Tun Ali ( suami pertama Tun Fatimah )
  5. Tun Sabariah @ Tun Birah @ Tun Daerah, anak Laksamana Hang Tuah dan Tun Sedari. Dikurniakan seorang anak bernama Raja Dewi.
  6. Tun Fatimah, anak kepada Bendahara Tun Mutahir.[3] Isteri terakhir Sultan Mahmud Shah. Kahwin tahun 1509. (Dikenali sebagai "Permaisuri Tun Kudu" selepas kahwin). Dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tun Terang/Trang dengan suami pertamanya,Tun Ali Bin Sri Nara Diraja Tun Tahir. Dikurniakan 4 orang anak bersama Sultan Mahmud iaitu Raja Alauddin (Sultan Alauddin Riayat Shah ll Sultan Johor-Riau),Raja Raden Ali,Raja Puteh & Raja Khadija
  1. Alauddin Riayat Shah II - Sultan Johor pertama, mengembangkan Johor-Riau sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Anaknya dengan Tun Fatimah.
  2. Mudzaffar Shah - mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. Anaknya dengan Puteri Onang Kening.
  3. Ahmad Shah - dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka. Anaknya dengan Raja Wati.

Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Alauddin Riayat Shah
Sultan terakhir Melaka
1488-1511
Kosong
Penaklukan Melaka

  Gelaran dipegang kemudian oleh  
Ahmad Shah
Gelar sebagai penuntut
Didahului oleh
Ahmad Shah
— TIDAK MEMERINTAH —
Sultan Melaka
1513-1528
Alasan untuk kegagalan Pewarisan:
Diserang Portugis
Kosong
Mengasingkan diri lalu meninggal di Kampar