Permaisuri Melaka
PENGENALAN
Di dalam berdirinya Kesultanan Melayu Melaka di abad ke 14 hingga awal abad ke 16, Kerajaan Melaka telah diperintah oleh sembilan orang pemerintah yang menyandang gelaran Seri Paduka Sultan dan ada sebahagianya menyandang gelaran Khalifah secara terang-terangan di dalam pencetakan matawang milik mereka sebagai memberikan sebuah istilah kebesaran bahawa Pemerintah Melaka merupakan Khalifah bagi masyarakat Muslim yang tinggal di dalam bumi Nusantara pada ketika itu.
Di masa pemerintahan Seri Paduka Sultan melaka, telah berdirinya juga sebuah sistem pemerintahan yang berasingan yang diketuai oleh Suri-Suri, Sultan-Sultan yang telah memerintah Melaka. Suri-Suri baginda Sultan Melaka ini memainkan peranan yang penting di dalam jatuh bangun sesebuah pengaruh politik di dalam Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu.
Suri-Suri Pemerintah Melaka ini bukanlah berasal dari keluarga bawahan. mereka ini merupakan anak-anak pembesar tempatan yang mempunyai pertalian darah secara langsung mahupun secara tidak langsung terhadap pemerintah Melaka itu sendiri. kebanyakan suri-suri pemerintah Melaka ini mempunyai pendidikan yang tinggi dengan disertakan latar belakang keluarga yang berpengaruh serta kaya raya yang menjadi kepada penyumbang kepada jatuh bangunnya politik dalaman Istana.
Kuasa politik dalaman istana bukan sahaja dikuasai oleh orang lelaki semata-mata malahan orang wanita juga telah menjadi salah satu kepada penyumbang kegemilangan politik di dalam arena sistem pentadbiran politik Tradisional di dalam Dunia Melayu pada ketika itu.
GELARAN
Setakat yang diketahui melalui sumber-sumber tempatan, gelaran bagi Suri-Suri Pemerintah Melaka hanya disebutkan sebagai "Permaisuri Melaka" atau "Suri Baginda". Malahan di masa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat juga penggunaan gelaran Raja Perempuan Melaka terhadap suri pemerintah Melaka pada ketika itu. Selebihnya hanya menggunakan gelaran "Puteri" - "Putri" atau "Anak Raja" serta gelaran "Tun" juga digunakan terhadap suri-suri pemerintah Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu.
SENARAI PERMAISURI MELAKA
senarai permaisuri melaka ini telah diambil dari sumber sululatus salatin dari versi krusenstern, sululatus salatin versi winsted dan juga sulaltus salatin versi shellebear. budi bicara pembaca amat diperlukan.
PERMAISURI MELAKA | KETURUNAN | SURI | GELARAN | ZURIAT | TARIKH DIPUTERIKAN | TARIKH KEMANGKATAN | TEMPAT DIPUTERIKAN | TEMPAT DIMAKAMKAN |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
|
|
|
tidak diketahui | tidak diketahui |
|
|
|
|
|
|
|
tidak diketahui | tidak diketahui |
|
|
|
|
|
|
|
tidak diketahui | tidak diketahui |
|
|
|
|
|
|
tidak diketahui | tidak diketahui |
|
| |
|
|
|
|
tidak diketahui | tidak diketahui |
|
tidak diketahui | |
|
|
|
|
|
tidak diketahui | tidak diketahui |
|
|