Tun Teja
Tun Teja Ratna Benggala (Jawi: تون تيجا رتنا بڠݢالا ) nama penuhnya, anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah (1475-1497) , Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah (1488-1511) , Sultan Melaka ke 8. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja hingga ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil. Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja berikutan pertunangan Tun Teja dengan Sultan Pahang.
Tun Teja disebut dalam dua hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang menyatakan Hang Tuahlah yang memujuk Tun Teja lari tetapi dalam Sejarah Melayu ia dikatakan Hang Nadim.
Tersebut pula kisah Hang Nadim yang merupakan Laksamana Melaka yang telah diutuskan ke India untuk membeli 40 gulung kain namun malangnya kapal beliau telah karam dipukul ribut. Bimbang akan kemurkaan Sultan Mahmud, Hang Nadim telah pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Tun Teja. Sesampainya Hang Nadim ke Pahang, baliau telah membuat perhubungan dengan orang-orang istana hinggakan tiada orang curiga lagi akan niatnya. Tun Teja di pujuk rayu dan Hang Nadim menceritakan tentang kebaikan rupa paras Sultan Mahmud dan kegagahan kerajaan Melaka. Tun Teja termakan pujuk dan bersetuju untuk mengikut Hang Nadim pulang ke Melaka.
Hang Nadim merancang akan rancangan untuk melarikan Tun Teja ke Melaka dan perjalanannya memakan masa selama 40 hari. Sesampainya Hang Nadim ke Melaka, beliau telah meniarap dilantai balai istana denagn tangan seakan terikat kebelakang. Melalui kata-kata kiasan, tahulah baginda bahawa Hang Nadim telah berjaya memujuk Tun Teja ke Pahang dan akan dipersembahkan kepada baginda. Tun Teja dikahwini baginda dan dikurniakan seorang puteri, Tengku Amra Dewi.
Tun Teja Nenda Sultan Mahmud Syah
[sunting | sunting sumber]Tun Teja Nenda kepada Sultan Mahmud Syah telah jatuh gering dan mangkat sewaktu Portugis mula menyerang Melaka yang pada ketika itu Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar, pada tahun 1511. Tun Teja telah dimakamkan di perkampungannya di Merlimau, sekitar 24 km daripada bandar Melaka.
Berbeza dengan versi Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Sesampai di Pahang, Hang Tuah telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna-guna melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta kepada pahlawan itu, walhal Tun Teja Telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.
Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut, walau pun pada mulanya orang-orang Pahang berjaya menghidu akan tindakan Hang Tuah, diketuai oleh Tun Jenal. Namun angkatan tentera Pahang terpaksa berpatah balik setelah tiang kapal mereka patah dipanah oleh Hang Tuah. Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan gajah ke balairung seri istana Melaka. Tun Teja terperanjat kerana dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah, walhal kedatangannya ke Melaka adalah untuk mengahwini Hang Tuah. Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah, Tun Teja melupakan Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka, manakala Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan Melaka dan dijadikan Laksamana.
Megat Panji Alam yang amat marah dengan kejadian yang menimpa tunangannya, telah mengambil keputusan untuk menyerang Melaka bersama 4000 tentera namun beliau singgah di Pahang untuk mengadap Sultan Pahang. Namun beliau dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi yang telah diarahkan oleh Hang Tuah yang telah dapat menghidu tindakan Megat Panji Alam. Sultan Pahang yang murka kerana gagal menjalinkan hubungan dengan Terengganu, telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga Tun Teja.
Tun Teja Berpindah ke Istana Kayu Ara
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1511 Portugis menyerang Melaka. Oleh kerana serangan bertambah hebat, pembesar-pembesar telah menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu). Padawaktu itu Sultan Mahmud thelah menyerahkan kerajaannya kepada anaknya Sultan Ahmad.
Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Waktu itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita Portugis hendak menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan. Sultan telah diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).
Tun Teja Gering
Pada waktu iru Tun Teja sangat gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan orang-orangnya menyediakan tandu untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari Bertam sultan Mahmud dan pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar. Bersama-sama Sultan Mahmud ialah Seri Nara Diraja Tun Hamzah (Penasihat Raja) dan Sang Sura (Ketua Angkatan Perang). Selain dari itu ialah isteri-isteri, kaum kerabat diraja, pebesar-pembesar lain dan pengikut setianya. Dari Batu hampar mereka dipercayai, berundur memalui Bukit Katil, Duyung, Teluk Mas, serkam, Umbai dan ke Merlimau. Sepanjang jalan merentas hutan dan denai mereka sampai di satu kawasan tidak jauh dari pantai.
Kemangkatan Tun Teja.
[sunting | sunting sumber]Mengikut sumber sejarah
“Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada
pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu
dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di
situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata
baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga-
jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa ninda beta Tun
Teja harus telah sampai saatnya.”
Kawasan yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung MENTIJA.
Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber sejarah melaporkan”
“Setelah Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh isteri-isteri baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak menyamaikan permintaan kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran lagi……….. kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah nendanya telah meninggal dunia ..”
Sultan Mahmud merahap nenda kesayangannya sambil menangis terisak-isak. Berita kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh kedukacitaan.
Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.
Tun Teja Di Makamkan di MERLIMAU
[sunting | sunting sumber]Setelah berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan ditempat itu juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.