Pergi ke kandungan

Sistem tulisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem tulisan ialah kaedah untuk memaparkan komunikasi lisan secara visual berdasarkan aksara dan satu set peraturan yang mengawal penggunaannya. Walaupun kedua-dua bentuk penulisan dan bentuk pertuturan berguna dalam menyampaikan mesej, berbeza dengan bentuk pertuturan, bentuk penulisan dapat menyimpan dan meminda maklumat yang boleh dipercayai.[1] Sistem penulisan memerlukan kongsian pemahaman antara penulis dan pembaca tentang makna di sebalik pelbagai susunan huruf yang membentuk sesuatu tulisan. Bentuk penulisan pada masa ini selalunya terakam pada medium bertahan lama seperti kertas atau peranti storan elektronik, walaupun kaedah yang kurang tahan lama pun boleh digunapakai, seperti tulisan di pada paparan komputer, di papan hitam, di atas pasir atau melalui contengan kata di langit. Pembacaan teks penulisan tersebut boleh dilakukan melalui pemprosesan dalaman di minda atau boleh juga dilafazkan.

Sistem tulisan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti jenis abjad, jenis sukukataan atau jenis logografi, walaupun mana-mana sistem tertentu mungkin mempunyai sifat-sifat yang boleh merangkumi lebih daripada satu kategori. Dalam kategori abjad, satu set huruf-huruf yang piawai mewakili bunyi-bunyi pertuturan. Dalam kategori suku kata, setiap simbol terhubungkait dengan setiap suku kata atau mora. Dalam kategori logografi, setiap aksara mewakili satu unit semantik berbentuk perkataan lengkap atau morfem. Aksara abjad berbeza daripada aksara alfabet kerana tiada huruf yang khas untuk bunyi vokal, manakala untuk aksara abugida pula setiap huruf mewakili gandingan bunyi konsonan-vokal.

Sistem tulisan yang berjeniskan huruf berfonem tunggal biasanya menggunakan kurang daripada 100 simbol untuk membolehkan pengungkapan dalam sesuatu bahasa, manakala sistem tulisan yang berjeniskan suku kata boleh mempunyai beberapa ratus simbol, dan sistem tulisan yang berjeniskan logografi boleh mempunyai beribu-ribu simbol. Sebilangan besar sistem tulisan di dunia juga memasukkan satu set simbol khas yang dikenali sebagai tanda baca, dan ia membantu dari segi interpretasi serta penangkapan nuansa dan variasi dalam makna sesuatu mesej yang disampaikan secara lisan melalui isyarat dalam bentuk pemasaan, nada, aksen, infleksi atau intonasi.

Sistem tulisan yang sedia ada didahului oleh sistem prototulisan, yang menggunakan piktogram, ideogram dan simbol nemonik lain. Prototulisan tidak mempunyai keupayaan untuk menangkap dan meluahkan pelbagai pemikiran dan idea secara sempurna. Penciptaan sistem tulisan, yang bermula sejak permulaan Zaman Gangsa pada akhir Era Neolitik di akhir alaf ke-4 SM, membenarkan perakaman sejarah manusia bertahan lama dan tepat, tanpa penghilangan atau pengubahan maklumat sebagaimana yang berlaku pada maklumat yang disampaikan melalui tradisi lisan. Tidak lama selepas itu, kewujudan cara penulisan membolehkan komunikasi jarak jauh wujud dalam bentuk yang boleh dipercayai. Selepas itu kemunculan penerbitan pula menyediakan saluran kepada bentuk terawal komunikasi massa.

Aksara Cina ( hànzì, 漢字) bersifat morfosukukata. Setiap satu aksara mewakili suku kata dengan makna yang berbeza, tetapi sesetengah aksara pula mungkin mempunyai pelbagai makna atau sebutan.

Sistem tulisan dibezakan daripada sistem komunikasi simbolik yang lain kerana sistem tulisan sentiasa berkait dengan sekurang-kurangnya satu jenis bahasa pertuturan. Sebaliknya, perwakilan visual seperti lakaran, lukisan dan item bukan lisan yang terpapar pada peta (seperti garis kontur) adalah tidak ada kaitan dengan bahasa. Beberapa simbol pada tanda maklumat, seperti simbol untuk lelaki dan perempuan, juga tidak berkaitan dengan bahasa, tetapi boleh berkembang menjadi sebahagian daripada bahasa jika ia sering dihubungkan dengan unsur bahasa lain. Beberapa simbol lain, seperti simbol angka dan ampersan, tidak dikaitkan secara langsung dengan mana-mana bahasa tertentu, tetapi sering digunakan secara bertulis, dan sebab itulah simbol-simbol ini mesti dianggap sebagai sebahagian daripada sistem tulisan.

Setiap komuniti manusia mempunyai bahasa, yang merupakan fitrah kepada manusia. Walau bagaimanapun, perkembangan sistem tulisan berserta prosesnya yang menggantikan tradisi lisan, adalah bersifat sporadik, tidak sekata dan perlahan. Setelah penubuhan, sistem tulisan biasanya berubah lebih perlahan berbanding padanan lisan yang berkait dengannya. Makanya sistem tulisan selalunya mengekalkan ciri-ciri dan cara-cara ungkapan lampau yang kini tidak lagi digunakan dalam bahasa pertuturan. Salah satu faedah besar sistem tulisan ialah ia dapat mengekalkan rekod maklumat yang terzahir dalam bahasa.

Semua sistem tulisan memerlukan:

  • sekurang-kurangnya penakrifan satu set unsur atau simbol asas, yang secara individu dikenali sebagai tanda dan secara kolektif dipanggil aksara; [2]
  • sekurang-kurangnya satu set peraturan dan konvensyen (ortografi) yang difahami dan dikongsi oleh komuniti, yang seterusnya digunakan untuk mengatur makna pada unsur asas (grafem), susunan dan hubungannya antara satu sama lain;
  • sekurang-kurangnya satu bahasa (biasanya dituturkan) yang pembinaannya boleh diwakil dan diingatkan semula dengan tafsiran unsur dan peraturan yang terlibat;
  • beberapa cara fizikal untuk mewakili simbol secara jelas melalui penggunaan pada medium kekal atau separa kekal, jadi ia boleh ditafsirkan (biasanya secara visual, tetapi sistem sentuhan juga telah direka).
Evolusi perbandingan daripada piktogram kepada bentuk-bentuk abstrak, dalam kuneiform Mesopotamia, hieroglif Mesir dan aksara Cina .

Sistem tulisan didahului dengan prototulisan, sistem ideografi dan/atau simbol nemonik berperingkat awal. Contoh yang paling terkenal ialah:

  • "Sistem token", sistem perekodan yang digunakan untuk tujuan perakaunan di Mesopotamia, anggaran pada 9000 SM [3]
  • Simbol Jiahu, diukir pada kulit keras kura-kura di Jiahu, anggaran pada 6600 SM
  • Simbol Vinča (papan batu Tărtăria), anggaran pada 5300 SM
  • Proto-kuneiform, anggaran pada 3500 SM [4]
  • Mungkin tulisan Indus awal, anggaran pada 3500 SM, namun sifatnya dipertikaikan [5] 
  • Tulisan Nsibidi, anggaran sebelum 500 Masihi 

Penciptaan sistem tulisan pertama secara kasarnya kontemporari dengan permulaan Zaman Gangsa (mengikuti akhir Neolitik ) pada akhir milenium ke-4 SM . Skrip kuneiform kuno Sumeria yang diikuti rapat dengan hieroglif Mesir umumnya dianggap sebagai sistem tulisan terawal, kedua-duanya muncul daripada sistem simbol proto-literasi nenek moyang mereka dari 3400 hingga 3200 SM dengan teks koheren terawal dari kira-kira 2600 SM . Secara umumnya dipersetujui bahawa tulisan Sumeria yang lebih awal dari segi sejarah adalah ciptaan bebas; walau bagaimanapun, ia diperdebatkan sama ada tulisan Mesir dibangunkan sepenuhnya secara bebas daripada bahasa Sumeria, atau merupakan kes penyebaran budaya . [6]

Perbahasan serupa wujud untuk skrip Cina, yang berkembang sekitar 1200 SM. [7] [8] Tulisan Cina mungkin merupakan ciptaan bebas, kerana tidak ada bukti hubungan antara China dan tamadun celik di Timur Dekat, [9] dan kerana perbezaan yang ketara antara pendekatan Mesopotamia dan Cina terhadap logografi dan perwakilan fonetik. [10]

Sistem tulisan Mesoamerika pra-Columbus (termasuk antara lain skrip Olmec dan Maya ) umumnya dipercayai mempunyai asal usul bebas.

Sistem tulisan hieroglif yang digunakan oleh Mi'kmaq pra-kolonial, yang diperhatikan oleh mubaligh dari abad ke-17 hingga ke-19, dianggap telah berkembang secara bebas. Terdapat beberapa perdebatan mengenai sama ada ini adalah sistem yang terbentuk sepenuhnya atau hanya satu siri piktograf mnemonik.

Adalah dipercayai bahawa tulisan abjad konsonan pertama muncul sebelum 2000 SM, sebagai representasi bahasa yang dikembangkan oleh suku Semitik di Semenanjung Sinai (lihat Sejarah abjad ). Kebanyakan abjad lain di dunia hari ini sama ada berasal daripada inovasi yang satu ini, banyak melalui abjad Phoenicia, atau diilhamkan secara langsung oleh reka bentuknya.

Abjad benar pertama ialah skrip Yunani yang secara konsisten mewakili vokal sejak 800 SM. [11] [12] Abjad Latin, keturunan langsung, adalah sistem tulisan yang paling biasa digunakan. [13]


Pengelasan fungsian

[sunting | sunting sumber]
Jadual aksara dalam bab pengenalan dalam KamusSanskrit-Inggeris oleh Monier Monier-Williams
Buku teks untuk Puyi ini menunjukkan abjad Inggeris . Walaupun huruf-huruf Inggeris disusunkan dari kiri ke kanan, penjelasan dalam bahasa Cina disusunkan dari atas ke bawah kemudian kanan ke kiri, seperti yang ditulis secara tradisional

Beberapa pendekatan telah diambil untuk mengelaskan sistem tulisan, yang paling biasa dan asas ialah pembahagian umum kepada tiga kategori: logografik, sukukataan dan abjad (atau segmental); walau bagaimanapun, ketiga-tiganya boleh didapati dalam mana-mana sistem tulisan dalam jumlah perkadaran yang berbeza-beza, dan sukar untuk mengkategorikan sesuatu sistem secara unik. Istilah sistem kompleks kadang-kadang digunakan untuk menggambarkan campuran pelbagai jenis asas tulisan yang merumitkan klasifikasi bahasa. Ahli bahasa moden menganggap pendekatan sedemikian, termasuk pembahagian Diringer seperti berikut:[14]

  • aksara piktogram
  • aksara ideogram
  • aksara peralihan analitik
  • aksara fonetik
  • aksara abjad,

adalah terlalu mudah, dan boleh katakan kaedah pengelasan ini tak boleh dibandingkan. Hill [15] pula membahagikan penulisan kepada tiga kategori analisis linguistik utama, salah satunya meliputi wacana dan biasanya tidak dianggap sebagai salah satu kategori tulisan yang wajar:

  • sistem wacana
    • sistem wacana ikonik, cthnya pada tulisan Amerindian
    • sistem wacana konvensional, cthnya pada tulisan Quipu
  • sistem tulisan morfem, cthnya pada tulisan Mesir, Sumeria, Maya, Cina, Hieroglif Anatolia
  • sistem tulisan fonemik
    • sistem tulisan fonemik separa, cthnya pada tulisan Mesir, Ibrani, Arab
    • sistem tulisan polifonemik, cthnya pada tulisan Linear B, Kana, Cherokee
    • sistem tulisan monofonemik
      • sistem tulisan fonemik, cthnya tulisan pada bahasa Yunani Purba dan bahasa Inggeris Kuno
      • sistem tulisan morfofonemik, cthnya tulisan pada Bahasa Jerman dan Bahasa Inggeris Moden

Sampson menggariskan perbezaan antara semasiografi dan glotografi:

  • semasiografi, mengaitkan tanda yang jelas terlihat dengan makna secara langsung tanpa merujuk kepada mana-mana bahasa pertuturan tertentu
  • glotografi, menggunakan tanda yang boleh dilihat untuk mewakili bentuk bahasa pertuturan
    • logografi, mewakili bahasa pertuturan melalui penugasan tanda-tanda yang kelihatan distingtif kepada unsur-unsur linguistik "artikulasi pertama" André Martinet (Martinet 1949), iaitu morfem atau perkataan
    • fonografi, mencapai matlamat yang sama dengan memberikan tanda kepada unsur "artikulasi kedua", contohnya fonem, suku kata

DeFrancis, [16] mengkritik pengenalan tulisan semasiografik dan abjad-abjad cirian yang dibuat oleh Sampson [17], dan menekankan kualiti fonografi penulisan yang wajar seperti berikut:

  • gambar
    • bukan tulisan
    • tulisan
      • lukisan tekaan
        • sistem suku kata
          • suku kata tulen, cthnya aksara Linear B, Yi, Kana, Cherokee
          • morfosilabik, cthnya aksara Sumeria, Cina, Maya
          • berkonsonan
            • morfokonsonan, cthnya aksara Mesir Purba
            • konsonan tulen, cthnya aksara Phoenicia dan Arab
            • beralfabet
              • fonemik tulen, cthnya bahasa Yunani
              • morfofonemik, cthnya Inggeris

Faber [18] mengkategorikan penulisan fonografi melalui dua aras, yakni kelinearan dan pengekodan:

Pengelasan oleh Daniels [19]
Jenis Setiap simbol mewakili Contoh
Logosilabik perkataan atau morfem, serta suku kata aksara Cina
Sukukataan suku kata kana Jepun
Abjad (berkonsonan) konsonan abjad Arab
Alfabet konsonan atau vokal abjad Latin
Abugida konsonan yang secara lalai disertakan sekali bunyi vokal tertentu, kemudian menggunakan diakritik untuk mewakili bunyi vokal lain Devanagari India
Sistem cirian Mempunyai fitur distingtif pada segmen suara Hangul Korea
  1. ^ "Definitions of writing systems". Omniglot: The Online Encyclopedia of Writing Systems and Languages. www.omniglot.com. Dicapai pada 2013-06-29.
  2. ^ Coulmas, Florian. 2003. Writing systems. An introduction. Cambridge University Press. pg. 35.
  3. ^ Denise Schmandt-Besserat, "An Archaic Recording System and the Origin of Writing." Syro-Mesopotamian Studies, vol. 1, no. 1, pp. 1–32, 1977
  4. ^ Woods, Christopher (2010), "The earliest Mesopotamian writing", in Woods, Christopher (ed.), Visible language. Inventions of writing in the ancient Middle East and beyond (PDF), Oriental Institute Museum Publications, 32, Chicago: University of Chicago, pp. 33–50, ISBN 978-1-885923-76-9
  5. ^ "Machine learning could finally crack the 4,000-year-old Indus script". 25 January 2017.
  6. ^ Geoffrey Sampson, Writing Systems: a Linguistic Introduction, Stanford University Press, 1990, p. 78.
  7. ^ Robert Bagley (2004). "Anyang writing and the origin of the Chinese writing system". Dalam Houston, Stephen (penyunting). The First Writing: Script Invention as History and Process (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 190. ISBN 9780521838610. Dicapai pada 3 April 2019.
  8. ^ William G. Boltz (1999). "Language and Writing". Dalam Loewe, Michael; Shaughnessy, Edward L. (penyunting). The Cambridge History of Ancient China: From the Origins of Civilization to 221 BC (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 108. ISBN 9780521470308. Dicapai pada 3 April 2019.
  9. ^ David N. Keightley, Noel Barnard. The Origins of Chinese civilization. Page 415-416
  10. ^ Sex and Eroticism in Mesopotamian Literature. Gwendolyn Leick, p. 3.
  11. ^ Coulmas, Florian (1996). The Blackwell Encyclopedia of Writing Systems. Oxford: Blackwell Publishers Ltd. ISBN 0-631-21481-X.
  12. ^ Millard 1986
  13. ^ Haarmann 2004
  14. ^ David Diringer (1962): Writing. London.
  15. ^ Archibald Hill (1967): The typology of Writing systems. In: William A. Austin (ed.), Papers in Linguistics in Honor of Leon Dostert. The Hague, 92–99.
  16. ^ John DeFrancis (1989): Visible speech. The diverse oneness of writing systems. Honolulu
  17. ^ Geoffrey Sampson (1986): Writing Systems. A Linguistic Approach. London
  18. ^ Alice Faber (1992): Phonemic segmentation as an epiphenomenon. Evidence from the history of alphabetic writing. In: Pamela Downing et al. (ed.): The Linguistics of Literacy. Amsterdam. 111–134.
  19. ^ Daniels and Bright 1996

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]