Milenium ke-4 SM
Penampilan
Milenium: | |
---|---|
Abad: |
Milenium ke-4 SM mengalami banyak perubahan utama dalam kebudayaan manusia. Ia menandakan permulaan Zaman Gangsa dan penulisan. Negara kota Sumer dan kemaharajaan Mesir diasaskan dan menjadi terkenal. Pertanian tersebar ke Eurasia. Jumlah penduduk dunia pada sepanjang milenium ini bertambah sekali ganda dari kira-kira 7 juta sehingga 14 juta orang.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 4000–2000 SM - Kota Ur Sumer di Mesopotamia (abad ke-40 SM); hegemoni Sumer di Mesopotamia, dengan perkembangan penulisan, matematik asas 60, astronomi dan astrologi, undang-undang sivil, hidrologi rumit, kapal layar, roda, dan roda pembentuk tembikar.
- k.k. 4000 SM - 3500 SM - Arca-arca lelaki dan wanita dari Cernavoda, Romania, diukir. Arca-arca ini kini berada di Muzium Barang-barang Purba Negara, Bucharest.
- k.k. 4000 SM - 2000 SM - Lukisan wanita dan haiwan di dalam tempat perlindungan batu di Cogul, Lerida, Sepanyol. Lukisan ini kini berada di Museo Arqueologico, Barcelona.
- Epok Takwim Ibrani moden terjadi pada 7 Oktober 3761 SM.
- Kronologi Yahudi menetapkan tarikh penciptaan alam pada 25 September atau 29 Mac 3760 SM.
- k.k. 3600 SM - Seni batu pertama di Chiribiquete (Caqueta), Colombia.
- 3500 SM - 3400 SM - Balang dari Hierakonpolis dicipta dan kini berada di Muzium Brooklyn.
- 3500 SM - 2800 SM - Kota-kota pertama diperkembangkan di Mesopotamia Selatan. Penduduk-penduduknya berhijarah dari utara.
- k.k. 3300 SM - Ötzi si Lelaki Ais maut dekat sempadan kini antara Austria dan Itali, dan pengebumiannya di dalam glasier Ötztal Alp hanya ditemui pada tahun 1991. Sebab kematiannya dipercayai kerana homisid.
- k.k. 3200 SM - Orang-orang Ireland pada Zaman Batu Baru membina Newgrange, balai cerap suria yang beratnnya 250,000 tan.
- k.k. 3150 SM - Zaman Pradinasti tamat di Mesir Kuno, dan Zaman Dinasti Awal (kuno) bermula (menurut Nicolas Grimal, pengkaji purba Mesir dan anak Perancis. Zaman ini termasuk dinasti pertama dan kedua.
- k.k. 3100 SM - 2600 SM - Petempatan Neolitik di Skara Brae, Kepulauan Orkney, Scotland, diasaskan.
- 3000 SM – Menes menyatukan Mesir Atas dan Mesir Bawah, dan membina sebuah ibu kota yang baru di Memphis.
- Dinasti pertama hingga keempat Kish di Mesopotamia.
- Penemuan logam perak.
- Permulaan peradaban-peradaban Iberia. Penduduk-penduduknya tiba ke semenanjung ini sejak 4000 SM lagi.
- k.k. 3000 SM - Tembikar pertama di Colombia, Puerto Hormiga (Magdalena), yang dianggap sebagai salah satu daripada tembikar-tembikar pertama di Dunia Baru. Petempatan pertama di Puerto Badel (Bolivar).
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]- Mesopotamia
- Eropah Neolitik dan Eurasia Barat
- Crete: Kebangkitan Peradaban Minoan.
- Kebudayaan Yamna ("kebudayaan Kurgan") yang wujud selepas kebudayaan Sredny Stog ialah lokus Proto-Indo-Eropah, menurut hipotesis Kurgan.
- Kebudayaan Maykop Caucasus yang sezaman dengan kebudayaan Kurgan ialah calon untuk asal pengeluaran gangsa dan oleh itu, Zaman Gangsa.
- Kebudayaan Vinca
- Subbenua India
- Mehrgarh III–VI
- Afrika
- Asia
- China: Organisasi masyarakat dan petempatan yang semakin bertambah. Perkembangan kerja khusus serta hubungan dan pengaruh silang budaya. Pengetahuan dikongsi — tetapi dengan hubungan yang meningkat, pertahanan menjadi lebih penting dan akhirnya, banyak komuniti mendinding diri untuk perlindungan.
Perubahan alam sekitar
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan kajian-kajian oleh ahli glasiologi Lonnie Thompson (profesor di Universiti Negeri Ohio serta penyelidik di Pusat Penyelidikan Byrd Polar), [1] Diarkibkan 2008-01-15 di Wayback Machine sebilangan penunjuk menandakan bahawa terdapat perubahan iklim di seluruh dunia pada 5,200 tahun dahulu:
- Iklim berubah dengan tiba-tiba, dengan kesan-kesan yang teruk.
- Tumbuh-tumbuhan yang dikebumikan di dalam Litupan Ais Quelccaya di Andes Peru menunjukkan bahawa iklim tiba-tiba berubah dengan teruk dan tumbuh-tumbuhan terperangkap dan dipeliharakan sehingga kini.
- Seorang lelaki terperangkap oleh glasier Alp ("Oetzi") dan dibeku sehingga penemuannya pada tahun 1991.
- Gelang-gelang pokok dari Ireland dan England menunjukkan bahawa zaman ini merupakan zaman yang paling kering.
- Rekod teras-teras ais menunjukkan nisbah bagi dua isotop oksigen yang diperoleh dari padang-padang ais di kemuncak Gunung Kilimanjaro di Afrika, dan merupakan proksi untuk suhu atmosfera pada masa salji turun.
- Perubahan utama dalam debunga didedahkan oleh teras-teras dasar tasik di Amerika Selatan.
- Aras-aras metana yang terendah didapati daripada teras-teras ais di Greenland dan Antartika.
- Permulaan pergurunan Sahara (abad ke-35 SM): Peralihan Gurun Sahara daripada kawasan yang boleh didiami kepada gurun yang tandus.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Ötzi si Lelaki Ais, hidup pada k.k. 3300 SM.
- Firaun-firaun pradinasti:, Tiu, Thesh, Hsekiu, Wazner
- Firaun-firaun Zaman Dinasti Awal: Ro, Serket, Narmer
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- 4000 SM - 3000 SM; Roda pembentuk tembikar di Mesir.
- 3500 SM - 2340 SM; Sumer: Pedati, roda pembentuk tembikar, ziggurat Candi Putih, serta alat dan senjata gangsa.
- Permulaan Perbandaran di Mesopotamia, Sumer, dan Mesir.
- Penulisan pertama di kota-kota Uruk dan Susa (tulisan pepaku). Hieroglif di Mesir.
- Kebudayaan Kurgan di Rusia Selatan kini dan Ukraine; pembelajinakan kuda mungkin dilakukan.
- Layar digunakan di Sungai Nil.
- Pembinaan Sweet Track di England yang merupakan jalan raya tereka bentuk pertama yang diketahui di dunia.
- Penyairan dan sistem kumbahan di India.
- Empangan, terusan, seni arca batu yang menggunakan satah condong, serta tuil di Sumer.
- Tembaga digunakan untuk kedua-dua alat dan senjata.
- Gangsa digunakan, khususnya oleh kebudayaan Maykop.
- Mastaba, leluhur piramid Mesir.
- Fasa terawal untuk tugu peringatan Stonehenge (timbunan dan parit tanah yang bulat) yang bertarikh pada k.k. 3100 SM.
- Padang Céide di Ireland yang mungkin merupakan sistem padang yang tertua di dunia.
Mitologi
[sunting | sunting sumber]- Takwim Maya menetapkan tarikh Penciptaan Alam pada 11 Ogos atau 13 Ogos 3114 SM (tarikh ini merupakan hari sifar dalam Takwim Maya, 13.0.0.0.0).
- Mitologi Korea: Menurut Bak Jesang (박제상 ), cendekiawan Silla, negara Hwanguk (桓國 ) jatuh pada sekitar 3898 SM.
- Menurut mitologi Hindu, Epok Kali Yuga bermula pada waktu tengah malam (00:00) 18 Februari 3102 SM yang merupakan tarikh tradisi untuk kemangkatan Krishna.
Rujukan luar
[sunting | sunting sumber]- Perubahan Iklim 3200 SM Diarkibkan 2008-01-15 di Wayback Machine