Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242
Penampilan
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 (S/RES/242) diterima sebulat suara oleh Majlis Keselamatan PBB pada 22 November 1967, selepas tamatnya Perang Enam Hari. Ia diterima di bawah Bab VI Piagam PBB.[1] Resolusi ini didraf oleh duta British Lord Caradon dan merupakan antara lima draf yang dipertimbangkan.[2]
Ia memanggil kepada "penubuhan kedamaian yang saksama dan berkekalan di Timur Tengah yang harus termasuk penerapan kedua=dua prinsip berikut: (i) Pengunduran angkatan tentera Israel dari wilayah yang didudukinya dalam konflik baru-baru ini", "(ii) Pengguguran semua tuntutan atau keadaan sedang berperang" dan rasa hormat terhadap hak semua negara di kawasan tersebut untuk hidup secara damai dalam sempadan yang diiktiraf dan selamat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "UN Transcription of session referring to Chapter VI prior to the introduction of the Resolution". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-06. Dicapai pada 2009-03-13.
- ^ ""See S/PV. 1382 Paragraph 65 for list of drafts. The UK draft was designated S/8247"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-06. Dicapai pada 2009-03-13.