Resolusi Majlis Keselamatan PBB
Satu Resolusi Majlis Keselamatan PBB diundi antara 15 ahli Majlis Keselamatan PBB iaitu organ paling berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia lulus apabila sembilan atau lebih ahli mengundi menyokong resolusi berkenaan serta tidak dibangkang oleh salah satu lima anggota tetap majlis. Ahli-ahli ini merangkumi Republik Rakyat China yang menggantikan Republik China pada tahun 1971, Perancis, Persekutuan Rusia yang menggantikan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Terdapat dua peperangan besar yang diluluskan Majlis Keselamatan iaitu Perang Korea pada tahun 1950 dan Perang Teluk pada tahun 1991.
Istilah yang digunakan dalam Piagam PBB
[sunting | sunting sumber]Piagam PBB mempunyai beberapa formulasi yang menunjukkan penguatkuasaan resolusi tanpa mendefinasikan ia dengan lebih terperinci.
Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dinotakan
[sunting | sunting sumber]- Resolusi 85 pada tahun 1950: untuk membantu Republik Korea mempertahankan diri dalam serangan bersenjata.
- Resolusi 242 pada tahun 1967: Pengunduran ketenteraan Israel dari kawasan-kawasan yang diduduki semasa konflik yang baru berlepas dan penghormatan dan pengiktirafan kedaulatan, integriti wilayah dan kemerdekaan politik semua Negara di kawasan berkenaan
- Resolusi 338 pada tahun 1973: memanggil gencatan senjata dalam Perang Yom Kippur dan implementasi Resolusi 242.
- Resolusi 425 pada tahun 1978, yang berkenaan Lubnan dan pembentukan UNIFIL.
- Resolusi 446 pada tahun 1979, menentang pendudukan Israel di kawasan yang ditahlukinya semasa Perang Enam Hari.
- Resolusi 478 pada tahun 1980, mengenai status Jerusalem.
- Resolusi 660 pada tahun 1990: Memanggil Iraq berundur secara pantas dan tidak bersyarat kesemua angkatannya dari Kuwait.
- Resolusi 678 pada tahun 1990: Membenarkan negara anggota menggunakan kesemua cara yang perlu bagi menguatkuasakan resolusi 660 dan kesemua resolusi lain yang berkaitan untuk memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa di kawasan Kuwait.
- Resolusi 687 pada tahun 1991: Memutuskan bahawa Iraq akan menerima pemusnahan [...] kesemua senjata kimia dan biologi [...] dan kesemua [...] peluru berpandu balistik yang boleh sampai jarak yang lebih daripada 150 kilometer tanpa syarat.
- Resolusi 794 pada tahun 1992: Pembentukan UNITAF di Somalia.
- Resolusi 978, Resolusi 995, dan Resolusi 1165: mengenai pendirian Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda
- Resolusi 1284: Disember 1999, meminda sekatan pada Iraq untuk membenarkan makanan dan ubat-ubatan.
- Resolusi 1325 Oktober 2000 secara terperincinya berdepan dengan kesan peperangan pada wanita, dan sumbangan wanita kepada resolusi konflik dan keamanan yang boleh berlarutan.
- Resolusi 1373, 28 September 2001: Penjagaan anti-keganasan.
- Resolusi 1386, 22 Disember 2001: mendirikan Angkatan Bantuan Keselamatan Antarabangsa untuk membantu Majlis Sementara Afghanistan di Kabul dan kawasan persekitarannya...Memanggil negara-negara anggota untuk menyumbang tentera, peralatan dan berbagai sumber-sumber lain pada angkatan berkenaan. [1]
- Resolusi 1422 pada tahun 2002: mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
- Resolusi 1441 pada tahun 2002: Memanggil Iraq mendedahkan kesemua simpanan senjata pemusnah dan peluru berpandu berjarak sederhana dan jauhnya.
- Resolusi 1483 22 Mei 2003: Memberi Amerika Syarikat dan konco-konconya yang menduduki Iraq kekuasaan terhad untuk membelanjakan sumber Iraq "berwakilkan" rakyat Iraq.
- Resolusi 1546 pada tahun 2004: Mengiktiraf perubahan Iraq ke kerajaan yang dilantik secara demokrasi, keakhiran pendudukan dan pengangkatan tanggungjawab dan kekuasaan penuh oleh satu Kerajaan Sementara Iraq yang berdaulat dan merdeka menjelang 20 Jun 2004.
- Resolusi 1556 pada 30 Julai 2004: mengenai konflik Darfur di Sudan.
- Resolusi 1559 pada 2 September 2004: memanggil Syria berhenti campur tangannya dalam politik dalaman Lubnan dan berundur, dan menghapuskan kesemua militia Lubnan.
- Resolusi 1564 pada 18 September 2004: mengenai konflik Darfur di Sudan.
- Resolusi 1566 pada 8 Oktober 2004: Penjagaan anti-keganansan.
- Resolusi 1701 pada 11 Ogos 2006: gencatan senjata Krisis Israel-Lubnan 2006.