Minurso
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Referendum di Sahara Barat atau singkatannya MINURSO merupakan pasukan yang dihantar ke Sahara Barat, benua Afrika.
Pasukan Malaysia
[sunting | sunting sumber]Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar 20 orang anggota Unit Perubatan Malaysia (MMU) ke Sahara Barat selama 6 bulan dari 22 Mei - 22 November 2009. Mereka akan menggantikan pasukan ke-6 yang terdiri daripada 20 anggota MMU yang tamat perkhidmatan mereka. Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor menyatakan bahawa penghantaran pasukan perubatan itu telah memasuki tahun ke-4 dan laporan prestasi pasukan pertama (2006) hingga keenam ATM amat membanggakan. Semasa bertugas mereka hendaklah berpegang kepada slogan '1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' .[1]