Hajime Sugiyama
Hajime Sugiyama | |
---|---|
杉山 元 | |
Menteri Tentera Darat Empayar Jepun | |
Dalam jawatan 9 Februari 1937 – 3 Jun 1938 | |
Raja | Shōwa |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Kōtarō Nakamura |
Digantikan oleh | Seishirō Itagaki |
Dalam jawatan 22 Julai 1944 – 7 April 1945 | |
Perdana Menteri | Kuniaki Koiso |
Didahului oleh | Hideki Tojo |
Digantikan oleh | Korechika Anami |
Ketua Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun | |
Dalam jawatan 3 Oktober 1940 – 21 Februari 1944 | |
Raja | Shōwa |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Putera Kan'in Kotohito |
Digantikan oleh | Hideki Tojo |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1 Januari 1880 Kokura, Wilayah Fukuoka, Jepun |
Mati | 12 September 1945 Tokyo, Jepun | (umur 65)
Anugerah awam | Order of the Golden Kite, Order of the Rising Sun |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Empayar Jepun |
Cabang/khidmat | Tentera Imperial Jepun |
Tahun khidmat | 1901–1945 |
Pangkat | Marsyal Jeneral |
Pangkalan | Divisyen Ke-12 Tentera Darat Kawasan China Utara Tentera Darat Umum Pertama |
Perang/Pertempuran | Perang Jepun-Rusia Perang Dunia II |
Hajime Sugiyama (杉山 元 , Sugiyama Hajime / Sugiyama Gen, 1 Januari 1880 – 12 September 1945) adalah seorang Fil Marsyal yang berkhidmat dengan jayanya sebagai Ketua Turus Am Tentera Darat Imperial, dan menteri perang dalam Tentera Darat Imperial Jepun semasa Perang Dunia II antara tahun 1937 dan 1944. Selaku Menteri Perang pada tahun 1937, beliau merupakan salah seorang arkitek utama Peristiwa Jambatan Marco Polo atau perang China-Jepun kedua. Kemudian, selaku Ketua Turus Tentera Darat pada tahun 1940 dan , beliau adalah penganjur terpenting dalam memperluaskan empayar Jepun ke Asia Tenggara dan kemudian perang pencegahan terhadap Amerika Syarikat.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan pada keluarga samurai daripada Kokura (kini sebahagian dari Bandaraya Kitakyushu), Wilayah Fukuoka, Sugiyama telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam infantri pada tahun 1901 selepas tamat pengajian dari kelas ke-12 Akademi Tentera Darat Imperial Jepun, dan berkhidmat didalam Perang Jepun-Rusia.[1]
Selepas tamat pengajian dari kelas ke-22 Maktab Turus Tentera Darat pada tahun 1910 dan berkhidmat didalam Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun, Sugiyama telah ditugaskan sebagai atase tentera ke Filipina dan Singapura pada tahun 1912. Dinaikkan pangkat ke Mejar pada tahun 1913, beliau telah ditugaskan sekali lagi sebagai atase tentera ke India British pada tahun 1915. Pada masa ini, beliau juga melawat Jerman, dan telah berminat dengan penggunaan kapal terbang tempur dalam Perang Dunia I.
Sekembalinya beliau, Sugiyama telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel, dan menjadi komander Battalion Ke-2 Udara pada Disember 1918. Beliau merupakan penyokong kuat penerbangan tentera, dan selepas kenaikkan pangkatnya ke Kolonel pada tahun 1921, menjadi ketua pertama Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun pada tahun 1922.
Pada Mei 1925, Sugiyama menjadi Mejar Jeneral dan pemangku Timbalan Menteri Perang pada Jun 1930. Pada Ogos, beliau menjadi Timbalan Menteri Perang dan Leftenan Jeneral.[2]Beliau kembali memerintah Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun pada Mac 1933. Sugiyama telah mendapat kenaikkan pangkat ke jeneral penuh pada November 1936.
Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Walaupun tidak pernah dipilih ke jawatan politik, Sugiyama dianggap sebagai ahli politik nasionalis. Beliau bermula dari puak Toseiha, diketuai oleh Kazushige Ugaki, bersama Koiso Kuniaki, Yoshijirō Umezu, Tetsuzan Nagata, dan Hideki Tōjō. Mereka menentang puak radikal Kodaha dibawah Sadao Araki. Kemudian kedua-dua puak bergabung dalam pergerakan Kumpulan Haluan Imperial, dan Sugiyama menjadi salah seorang pemimpin ideologinya.
Perang China-Jepun Kedua
[sunting | sunting sumber]Sejurus selepas Peristiwa 26 Februari, Sugiyama menjadi Menteri Perang. Dibawah tempoh perkhidmatannya, situasi antara tentera Jepun Manchukuo dan tentera China menjadi bertambah teruk, ditambah dengan Peristiwa Jambatan Marco Polo dan pencerobohan Wilayah Shanxi.
Sugiyama secara singkat menerima jawatan medan sebagai Panglima Tentera Darat Kawasan China Utara dan Ketumbukan Garison Mongolia pada Disember 1938.
Perang Dunia II
[sunting | sunting sumber]Sekembalinya ke Jepun, Sugiyama secara singkat dilantik ketua Kuil Yasukuni pada tahun 1939. Pada 3 September 1940, beliau menggantikan Putera Kan'in Kotohito yang sudah berusia sebagai Ketua Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun. Beliau merupakan salah seorang pegawai utama tentera darat yang melobikan perang dengan pihak Barat. Walau bagaimanapun, pada 5 September 1941, ketika Jepun diambang perang dengan Amerika Syarikat dan Great Britain, beliau telah dimarahi dengan teruk oleh Majaraja Hirohito kerana membuat ramalan lebih awal tentang pencerobohan Jepun keatas China pada tahun 1937 akan selesai dalam masa tiga bulan, dan mencabar keyakinannya kemenangan pantas terhadap kuasa Barat.[3]
Sugiyama telah dianugerahkan pangkat kehormat Fil Marsyal pada 21 Jun 1943. Oleh kerana semua barisan perang tumbang, Sugiyama telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Turus Am pada 21 Februari 1944, oleh Jeneral Hideki Tōjō (yang masih terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri).
Sugiyama telah dilantik sebagai Inspektor Jeneral Latihan Tentera, yang mana masih merupakan salah satu jawatan paling berprestij dalam Tentera Darat. Selepas pemecatan Tōjō pada Julai 1944, Sugiyama sekali lagi menjadi Menteri Perang. Pada Julai 1945, beliau telah diminta mengambil alih pemerintahan Tentera Darat Umum Pertama, yang mengarah barisan pertahanan tanah besar Jepun menentang pencerobohan pihak Bersekutu yang bakal berlaku.[4]
Sepuluh hari selepas penyerahan kalah Jepun, ketika menyiapkan persediaan untuk pembubaran akhir Tentera Darat Imperial Jepun seperti yang ditentukan oleh Kuasa Bersekutu yang menang, Sugiyama membunuh diri dengan menembak dadanya sebanyak empat kali dengan revolver ketika berada didalam pejabatnya. Di rumah pula, isterinya juga membunuh diri.[5] Pusaranya terletak di Tanah Perkuburan Tama, di Fuchū, Tokyo.
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- Rikugun-shōi (Leftenan Muda)—25 Jun 1901
- Rikugun-chūi (Leftenan)—18 November 1903
- Rikugun-tai-i (Kapten)—27 Jun 1905
- Rikugun-shōsa (Mejar)—22 Ogos 1913
- Rikugun-chūsa (Leftenan Kolonel)—6 Ogos 1917
- Rikugun-taisa (Kolonel)—28 Jun 1921
- Rikugun-shōshō (Mejar Jeneral)—1 Mei 1925
- Rikugun-chūjō (Leftenan Jeneral)—1 Ogos 1930
- Rikugun-taishō (Jeneral)—2 November 1936
- Gensui-rikugun-taishō (Marsyal Jeneral)—21 Jun 1943
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Buku
[sunting | sunting sumber]- Bix, Herbert P. (2001). Hirohito and the Making of Modern Japan . New York: Harper Perennial. ISBN 0-06-093130-2.
- Dupuy, Trevor N. (1992). The Harper Encyclopedia of Military Biography. New York: HarperCollins Publishers Inc. ISBN 0-7858-0437-4.
- Frank, Richard B. (1999). Downfall: the End of the Imperial Japanese Empire. Penguin, non-classics. ISBN 0-14-100146-1.
- Fuller, Richard (1992). Shokan: Hirohito's Samurai. London: Arms and Armor. ISBN 1-85409-151-4.
- Hayashi, Saburo; Cox, Alvin D (1959). Kogun: The Japanese Army in the Pacific War. Quantico, Virginia: The Marine Corps Association.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hajime Sugiyama |
- Ammenthorp, Steen. "Sugiyama Hajime". The Generals of World War II.
- Budge, Kent. "Sugiyama Gen". Pacific War Online Encyclopedia.
- Chen, Peter. "Sugiyama Hajima". WW2 Database.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kōtarō Nakamura |
Menteri Tentera Darat Feb 1937-Jun 1938 |
Diikuti oleh: Seishirō Itagaki |
Didahului oleh Tōjō Hideki |
Menteri Tentera Darat Jul 1944-Apr 1945 |
Diikuti oleh: Anami Korechika |
Pegawai tentera | ||
Didahului oleh tiada |
Panglima Tentera Darat Umum Pertama IJA Apr 1945 – Sept 1945 |
Diikuti oleh: Kenji Doihara |
Didahului oleh Otozō Yamada |
Inspektor Jeneral Latihan Tentera Jul 1944 – Nov 1944 |
Diikuti oleh: Shunroku Hata |
Didahului oleh Putera Kan'in Kotohito |
Ketua Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun Okt 1940 – Feb 1944 |
Diikuti oleh: Tōjō Hideki |
Didahului oleh Shigeru Hasunuma |
Panglima Ketumbukan Garison Mongolia Og 1939 – Sept 1939 |
Diikuti oleh: Naozaburo Okabe |
Didahului oleh Hisaichi Terauchi |
Panglima Tentera Darat Kawasan China Utara Dis 1938 – Og 1939 |
Diikuti oleh: Hayao Tada |
Didahului oleh Yoshikazu Nishi |
Inspektor Jeneral Latihan Tentera Og 1936 – Feb 1937 |
Diikuti oleh: Hisaichi Terauchi |