Pengguna:Kurniasan/Laman Utama
Rencana pilihan
Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan 159,490 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan. Kuching adalah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei dalam menamatkan pemberontakan. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Pada tahun 1946, Sir Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak sebagai bahagian dari Mahkota British. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British dan kekal setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kuching mendapat status bandar pada tahun 1988. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan November 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Tahukah anda...
- ... bahawa sesetengah stesen minyak turut menyediakan bengkel kereta?
- "... bahawa germanena ialah suatu bahan yang diperbuat daripada satu lapis tunggal atom germanium dan diiktiraf sebagai bahan paling bermutu tinggi dalam penggunaan peranti semikonduktor dan penyelidikan sains bahan?"
- ... bahawa Kapten James Cook mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mengkaji dan melakar peta New Zealand pada 1769? Dicadangkan oleh: Muhd Aiman65
- ... bahawa Valentina Tereshkova ialah angkasawan wanita pertama di angkasa lepas?
- ... bahawa Pertempuran Berlin yang dipanggil Soviet Union sebagai "Operasi Serangan Strategik Berlin" merupakan penyerangan besar terakhir dalam Perang Dunia II kancah Eropah?
Berita terkini
- Donald Trump (gambar) memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat dan Parti Republikan mengambil alih Senat.
- Maia Sandu dipilih semula sebagai Presiden Moldova.
- Dalam besbol, Yokohama DeNA BayStars menewaskan Fukuoka SoftBank Hawks untuk memenangi Siri Jepun.
- Runtuhan kanopi di stesen kereta api Novi Sad Serbia meragut 14 nyawa.
- Runtuhan bandar Maya, digelar Valeriana, ditemui di Campeche, Mexico.
Hari ini dalam sejarah
10 November: Hari Pahlawan di Indonesia (1945); Ahad Pengingatan di Komanwel (2013).
- 1444 – Empayar Uthmaniyah pimpinan Sultan Murad II menewaskan tentera Poland dan Hungary di bawah Władysław III dan János Hunyadi.
- 1775 – "Marin Kontinental", duluan kepada Kor Marin Amerika Syarikat, diasaskan Kongres Benua Kedua semasa Perang Revolusi Amerika.
- 1958 – Saudagar Harry Winston mendermakan Berlian Hope (gambar), "berlian paling terkenal di dunia", kepada Institusi Smithson.
- 1969 – Episod pertama siri televisyen Sesame Street disiarkan di stesen penyiaran awam di Amerika Syarikat.
- 1975 – Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 3379 yang menyamakan Zionisme dengan rasisme.
Gambar pilihan
Istana Saint George ialah sebuah bangunan bersejarah yang terletak di bandar Rennes, Perancis. Ia dibangunkan pada 1670 bagi menggantikan bangunan biara yang lebih tua. Semasa Revolusi Perancis, biara ini telah ditutup dan hartanahnya telah disita oleh kerajaan. Sejak 1930, bangunan itu telah disenaraikan sebagai monumen bersejarah di Perancis. |
Projek Wikimedia yang lain
Wikikamus |
Wikiberita |
Meta-Wiki |
Wikiquote |
Wikibuku |
Wikispecies |
Wikisumber |
Wikiversity |
Commons |
Wikipedia dalam bahasa lain
English (Bahasa Inggeris) • Deutsch (Bahasa Jerman) • Français (Bahasa Perancis)
Polski (Bahasa Poland) • 日本語 (Bahasa Jepun) • Italiano (Bahasa Itali) • Nederlands (Bahasa Belanda) • Español (Bahasa Sepanyol) • Português (Bahasa Portugis) • Pyccкий (Bahasa Rusia)
Svenska (Bahasa Sweden) • 中文 (Bahasa Cina) • Norsk (Bokmål) (Bahasa Norway) • Suomi (Bahasa Finland) • Català (Bahasa Catalonia) • Українська (Bahasa Ukraine) • Magyar (Bahasa Hungary) • Česky (Bahasa Czech) • Română (Bahasa Romania) • Türkçe (Bahasa Turki) • 한국어 (Bahasa Korea) • Dansk (Bahasa Denmark) • العربية (Bahasa Arab) • Esperanto (Bahasa Esperanto) • Српски / Srpski (Bahasa Serbia) • Bahasa Indonesia • Tiếng Việt (Bahasa Vietnam) • Lietuvių (Bahasa Lithuania) • Volapük (Bahasa Volapuk) • Slovenčina (Bahasa Slovak) • עברית (Bahasa Ibrani) • Български (Bahasa Bulgaria) • فارسی (Bahasa Parsi) • Slovenščina (Bahasa Slovenia)