Biografi
Biografi (daripada lakuran kata Yunani bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") adala genre penulisan dan bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai pengalaman dan kehidupan seseorang.[1] Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Bertentangan dengan profil atau curriculum vitae, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi. Biografi bukan setakat senarai fakta seperti tarikh lahir, pendidikan, kerjaya, hubungan, dan kematian. Ia juga menyelami perasaan melalui kejadian tersebut dan peristiwa lain yang membawa berbagai-bagai makna (atau pelajaran) kepada seseorang dan masyarakatnya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ajip Rosidi (2018). Kamus Istilah Sastera Indonesia. Bandung: Dunia Pustaka Jaya. ISBN 9794195243. m/s. 35.