Pertempuran Varna
Pertempuran Varna | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Salib Varna dan Perang Uthmaniyyah di Eropah | |||||||
Władysław III dari Poland mengetuai serangan kavalri, oleh Jan Matejko | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kerajaan Beraja Poland Kerajaan Beraja Hungary Kerajaan Beraja Croatia Takhta Bohemia Grand Duchy Lithuania Despotate Serbia Wallachia Prinsipaliti Moldavia Pemberontak Bulgaria Empayar Suci Rom Negeri-negeri Paus Kesatria Teutonic | Empayar Uthmaniyyah | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Władysław III dari Poland † John Hunyadi Mircea II Fruzhin | Murad II | ||||||
Kekuatan | |||||||
20,000[1] / 24,000[2] / 30,000[3][4] (15,000 tentera daripada Poland, Hungary, Croatia, Bohemia, 7,000[5] – 8,000 [2] dari Wallachia, 1,000 askar daripada Lithuania, negeri-negeri Paus, Empayar Rom Suci, Croatia, Bulgaria) |
20,000[6] -24.000[7]-60,000[8][halaman diperlukan] (15,000 Janissari tetap, Sipahi, askar upahan Sultan) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
20.000[9] 30,000 [10] | 15.000[9] |
Pertempuran Varna terjadi pada 10 November 1444 berdekatan Varna di timur Bulgaria. Tentera Uthmaniyah di bawah Sultan Murad II berjaya mengalahkan tentera bersekutu Hungary-Poland dan Wallachia yang diketuai oleh Władysław III dari Poland (juga Raja Hungary), John Hunyadi (bertindak sebagai komander tentera bersekutu Kristian) dan Mircea II dari Wallachia. Ia merupakan pertempuran terakhir dalam Perang Salib Varna.[11][12]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Beraja Hungary mengalami krisis selepas kemangkatan Raja Sigismund pada tahun 1437. Menantu lelaki dan pewaris baginda, Raja Albert, memerintah hanya untuk dua tahun dan mangkat pada tahun 1439, meninggalkan janda baginda Elizabeth dengan anakanda yang belum lahir, Ladislaus the Posthumous. Para bangsawan Hungary melantik Raja Władysław III dari Poland yang masih muda menaiki takhta Hungary, mengharap bantuan baginda untuk mempertahankan diri dari Uthmaniyah. Selepas pertabalan untuk takhta Hungary, baginda tidak kembali lagi ke tanah air asal baginda, menyerahkan pemerintahan Hungary kepada seorang bangsawan yang berpengaruh yang bernama John Hunyadi.
Selepas ekspedisi yang gagal pada tahun 1440–42 menentang Belgrade dan Transylvania, dan kekalahan dalam "kempen panjang" kepada Hunyadi pada tahun 1442–43, sultan Uthmaniyah Murad II menandatangani sebuah perjanjian damai selama 10 tahun dengan Hungary. Selepas baginda berdamai dengan Emiriah Karaman di Anatolia pada bulan Ogos 1444, baginda turun dari takhta dan menyerahkannya kepada paduka putera baginda yang berusia 12 tahun, Mehmed II.
Bimbang akan serangan Uthmaniyah daripada sultan Uthmaniyah yang baru dan tiada pengalaman, Hungary berkejasama dengan Venice dan Paus Eugene IV untuk to mengatur pasukan tentera salib baru yang diketuai oleh Hunyadi dan Władysław III. Selepas menerima berita ini, Mehmet II menyedari bahawa baginda masih terlalu muda dan tidak berpengalaman untuk menentang perikatan ini. Baginda memanggil semula Murad II kembali untuk menaiki takhta dan mengetuai tentera di medan peperangan, tetapi Murad II enggan. Murka kepada ayahanda baginda yang telah lama bersara untuk hidup sederhana di barat daya Anatolia, Mehmed II bertitah menulis, "Jika ayahanda Sultan, berangkatlah dan ketuai tentera ayahanda. Jika anakanda Sultan, anakanda dengan ini menitahkan ayahanda berangkat dan ketuai tentera anakanda." Hanya selepas menerima surat ini, Murad II bersetuju untuk mengetuai tentera Uthmaniyah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Riley-Smith, Jonathan (2005-07-30). "The Crusades: A History". ISBN 9780826472700. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b Pears, Sir Edwin (1903). "The destruction of the Greek empire and the story of the capture of Constantinople by the Turks". Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Martorell, Joanot; Galba, Martí Joan de (1996-07-23). "Tirant Lo Blanc". ISBN 9780801854217. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Martorell, Joanot; Galba, Martí Joan de (1996-07-23). "Tirant Lo Blanc". ISBN 9780801854217. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Imber, Colin (2006). "The Crusade of Varna, 1443–45". ISBN 9780754601449. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Riley-Smith, Jonathan (2005-07-30). "The Crusades: A History". ISBN 9780826472700.
- ^ (^ Pears, Sir Edwin (1903). "The destruction of the Greek empire and the story of the capture of Constantinople by the Turks".)
- ^ Ervin Liptai, Magyarország hadtörténete, ISBN 963-326-337-9
- ^ a b J^ a b c Ervin Liptai, Magyarország hadtörténete, ISBN 963-326-337-9
- ^ Johann Wilhelm Zinkeisen
- ^ Bodnar, Edward W. Ciriaco d'Ancona e la crociata di Varna, nuove prospettive. Il Veltro 27, nos. 1–2 (1983): 235–51
- ^ Halecki, Oscar, The Crusade of Varna. New York, 1943
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Battle map (Hungarian)
- Imber, Colin (July 2006). "Introduction". The Crusade of Varna, 1443–45 (PDF). Ashgate Publishing. ISBN 0-7546-0144-7.
- Ervin Liptai (1984), Magyarország hadtörténete I. Zrínyi Katonai Kiadó, Budapest. ISBN 963-326-320-4
Templat:Polish wars and conflicts Templat:Ottoman battles Koordinat: 43°13′N 27°53′E / 43.217°N 27.883°E
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pertempuran Varna |
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari November 2011
- Halaman dengan templat portal kosong
- 1444 di Eropah
- Pertempuran melibatkan Bulgaria
- Pertempuran melibatkan Empayar Uthmaniyyah
- Pertempuran melibatkan Bohemia
- Pertempuran melibatkan Poland
- Pertempuran melibatkan Hungary
- Pertempuran melibatkan Grand Duchy Lithuania
- Pertempuran melibatkan Wallachia
- Pertempuran Hungary-Uthmaniyyah
- Sejarah Varna
- Pertempuran melibatkan Serbia