Zionisme
Sebahagian turutan rencana mengenai |
Orang Yahudi dan Agama Yahudi |
---|
Siapakah seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya |
Zionisme (Ibrani: ציונות , Tsiyonut; Arab: صهيونية , Ṣahyūniyya; bahasa Inggeris: Zionism ; Jawi: زيونيسمى ) ialah sebuah gerakan nasionalisme[1] dengan fokus pada etnik dan budaya yang muncul di Eropah pada lewat abad ke-19 serta bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi dengan penjajahan di tanah luar Eropah.[2][3][4] Zionisme akhirnya memberi tumpuan kepada menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin,[5][6][7] wilayah yang sepadan dengan Tanah Israel dalam agama Yahudi,[8][9] dan mempunyai kepentingan dalam sejarah Yahudi. Zionis berhasrat untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin dengan sebanyak mungkin tanah, seramai mungkin orang Yahudi, dan sesedikit mungkin orang Arab Palestin.[10] Selepas penubuhan Israel pada tahun 1948, Zionisme menjadi ideologi kebangsaan Israel.[11][12][13][14][15][16] Asal-usul gerakan ini lebih awal tetapi secara rasmi ditubuhkan oleh wartawan berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19 melalui penerbitan bukunya Der Judenstaat.[17]
Zionisme pada awalnya muncul di Eropah Tengah dan Timur sebagai gerakan nasionalis pada akhir abad ke-19, sebagai reaksi terhadap gelombang antisemitisme baharu dan tindak balas kepada Haskalah, atau Pencerahan Yahudi.[1][18] Pada masa ini, Palestin sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah.[19] Kehadiran petempat Zionis di Palestin pada masa ini dianggap permulaan konflik Israel-Palestin. Sepanjang dekad pertama gerakan Zionis, beberapa tokoh Zionis, termasuk pengasas gerakan itu Theodor Herzl, ada mempertimbangkan tempat lain selain Palestin, seperti di bawah "Rancangan Uganda" (ketika itu sebahagian daripada Afrika Timur British, dan kini di Kenya), atau di Argentina, Cyprus, Mesopotamia, Mozambique, atau Semenanjung Sinai,[20] tetapi kebanyakan penyokong Zionisme menolaknya. Proses orang Yahudi berpindah atau "pulang" ke tanah (sekitar Palestin dan Israel hari ini) yang darinya mereka diusir, dilihat oleh gerakan Zionis yang sedang berkembang sebagai "penghimpunan orang buangan" (kibbutz galuyot), usaha untuk menghentikan semua pelarian dan penganiayaan yang Yahudi banyak lalui dalam sejarah dengan membawa mereka kembali ke tanah air bersejarah mereka.[21]
Dari tahun 1897 hingga 1948, matlamat utama gerakan Zionis adalah untuk membentuk asas bagi tanah air Yahudi di Palestin, kemudian mengukuhkannya. Gerakan ini sendiri mengakui kepercayaan Zionisme yang mengatakan penduduk dari luar Palestin paling berhak terhadap Palestin adalah tidak adil serta bertentangan dengan prinsip penentuan nasib sendiri.[22] Pada tahun 1884, kumpulan proto-Zionis menubuhkan kumpulan Pencinta Zion, dan pada tahun 1897, kongres Zionis pertama dianjurkan. Akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, begitu ramai Yahudi berhijrah terlebih dahulu ke Palestin Uthmaniyah dan kemudian ke Palestin Bermandat. Pada masa yang sama, sokongan dan pengiktirafan antarabangsa turut diperoleh, paling utama melalui Perisytiharan Balfour 1917 oleh United Kingdom. Sejak penubuhan Negara Israel pada tahun 1948, Zionisme terus memperjuangkan Israel dan menangani ancaman terhadap kewujudan dan keselamatannya.
Istilah "Zionisme" telah digunakan untuk merujuk pelbagai kaedah dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh orang Yahudi Eropah pada akhir abad ke-19.[23] Zionisme politik moden, berbeza daripada Zionisme agama, ialah gerakan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan politik yang strategi dan taktiknya berubah mengikut masa. Ideologi utama yang dikongsi puak Zionis arus perdana ialah idea menegakkan Palestin yang majoritinya Yahudi dan memiliki tanah yang banyak, melalui penjajahan.[3] Arus perdana Zionis dalam sejarah merangkumi Zionisme liberal, buruh, revisionis, dan budaya, manakala kumpulan seperti Brit Shalom dan Ihud telah menjadi puak pembangkang dalam gerakan tersebut.[11] Perbezaan antara kumpulan-kumpulan Zionis ini terletak pada cara mereka menyampaikan kepercayaan dan nilai mereka. Mereka semua menggunakan kaedah yang sama untuk mencapai matlamat politik mereka, terutamanya menggunakan keganasan dan pemindahan paksa untuk menangani penduduk tempatan Palestin yang bukan Yahudi.[24][25] Penyokong Zionisme melihatnya sebagai gerakan untuk memulangkan semula orang asli Yahudi, yang telah dianiaya penganiayaan dan berkongsi identiti kebangsaan, ke tanah air nenek moyang mereka seperti yang tercatat dalam sejarah purba.[26][27][28] Sementara itu, golongan anti-Zionisme mengkritiknya sebagai satu ideologi kolonialis,[29] rasis,[30] atau ekseptionalis (fahaman bahawa satu individu, kaum, negara adalah unik, istimewa dan bagus daripada yang lain), atau sebagai gerakan penjajah-petempat.[31][32] Penyokong Zionisme tidak semestinya menolak idea bahawa Zionisme ialah gerakan penjajah-petempat atau ekseptionalis.[a][33][34][35]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Conforti, Yitzhak (Mac 2024). "Zionism and the Hebrew Bible: from religious holiness to national sanctity". Middle Eastern Studies. Taylor & Francis. 60 (3): 483–497. doi:10.1080/00263206.2023.2204516. ISSN 1743-7881. LCCN 65009869. OCLC 875122033. S2CID 258374291 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^
- Collins, John (2011). "A Dream Deterred: Palestine from Total War to Total Peace". Dalam Bateman, Fiona; Pilkington, Lionel (penyunting). Studies in Settler Colonialism: Politics, Identity and Culture (dalam bahasa Inggeris). London: Palgrave Macmillan UK. m/s. 169–185. doi:10.1057/9780230306288_12. ISBN 978-0-230-30628-8. Dicapai pada 2024-09-17.
dan seperti yang karya-karya berikutnya (Finkelstein 1995; Massad 2005; Pappe 2006; Said 1992; Shafir 1989) telah mengesahkan secara muktamad, arkitek-arkitek Zionism sedar dan sering kali tidak menyesal dengan status penjajah mereka
- Bloom, Etan (2011). Arthur Ruppin and the Production of Pre-Israeli Culture. Brill. m/s. 2, 13, 49, 132. ISBN 978-90-04-20379-2.
Dr. Arthur Ruppin dihantar ke Palestin buat kali pertama pada tahun 1907 oleh ketua-ketua Pertubuhan Zionis [Dunia] Jerman untuk membuat kajian perintis tentang peluang penjajahan. . . Oppenheimer ialah seorang ahli sosiologi dan ekonomi politik Jerman. Sebagai pakar dunia dalam bidang penjajahan, beliau menjadi penasihat Herzl dan merumuskan program pertama untuk penjajahan Zionis, yang dibentangkannya pada Kongres Zionis ke-6 (Basel 1903) ….. Daniel Boyarin menulis bahawa kumpulan Zionis yang membayangkan diri mereka penjajah cenderung kepada persona itu. "kerana representasi sedemikian penting untuk seluruh projek menjadi 'lelaki kulit putih'." Penjajahan dilihat sebagai tanda tergolong dalam budaya barat dan moden;
- Robinson, Shira (2013). Citizen Strangers: Palestinians and the Birth of Israel's Liberal Settler State. Stanford University Press. m/s. 18. ISBN 978-0-804-78802-1.
"Tidak pernah sebelum ini", tulis Berl Katznelson, penyunting pengasas akhbar harian Histadrut, Davar, "orang kulit putih menjajah dengan rasa keadilan dan kemajuan sosial yang tersemai dalam orang Yahudi yang datang ke Palestin." Berl Katznelson
- Collins, John (2011). "A Dream Deterred: Palestine from Total War to Total Peace". Dalam Bateman, Fiona; Pilkington, Lionel (penyunting). Studies in Settler Colonialism: Politics, Identity and Culture (dalam bahasa Inggeris). London: Palgrave Macmillan UK. m/s. 169–185. doi:10.1057/9780230306288_12. ISBN 978-0-230-30628-8. Dicapai pada 2024-09-17.
- ^ a b Alroey, Gur (Fall 2011). ""Zionism without Zion"? Territorialist Ideology and the Zionist Movement, 1882–1956". Jewish Social Studies. 18 (1): 1–32 [5, 20]. doi:10.2979/jewisocistud.18.1.1. JSTOR 10.2979/jewisocistud.18.1.1.
Herzl perjelaskan lebih lanjut isu itu sewaktu dia cuba mengutamakan diplomasi sebelum menjalankan petempatan, demi mengelak sebarang kemungkinan penempatan awal dan tidak terancang di Tanah Israel: "Sekiranya Kuasa-Kuasa bersedia untuk memberikan kita kedaulatan ke atas tanah neutral, maka Persatuan akan memulakan rundingan untuk memiliki tanah ini. Dua wilayah terlintas di fikiran: Palestin dan Argentina. Uji kaji yang besar dalam penjajahan telah dibuat di kedua-dua negara, akan tetapi dengan penyusupan orang Yahudi secara senyap-senyap. Pencerobohan begini pasti akan menjadi buruk."
- ^ 'Penjajahan hanya boleh mempunyai satu matlamat, dan orang Arab Palestin tidak boleh menerima matlamat ini. Ia terletak pada sifat semula jadi sesuatu, dan dalam hal ini alam semula jadi tidak boleh diubah ... Penjajahan Zionis mesti berhenti, atau sebaliknya diteruskan tanpa mengira penduduk asli'. Ze'ev Jabotinsky (The Iron Wall 1923) dipetik dalam Alan Balfour, The Walls of Jerusalem: Preserving the Past, Controlling the Future, Wiley 2019 ISBN 978-1-119-18229-0. m/s 59.
- ^ "Zionism | nationalistic movement". Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 25, 2018. Dicapai pada Jun 30, 2016.
- ^
- "Zionism". Oxford Reference (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-06-01. Dicapai pada 2024-06-25.
- Abramson, Glenda (2004). Encyclopedia of Modern Jewish Culture (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 120. ISBN 978-1-134-42865-6.
- Motyl 2001, halaman 604
- ^ "Zionisme". Pusat Rujukan Persuratan Melayu (ed. Kamus Dewan Edisi Keempat). DBP. 2008. Dicapai pada Disember 2013. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Safrai, Zeʾev (2018-05-02). "The Land in Rabbinic Literature". Seeking out the Land: Land of Israel Traditions in Ancient Jewish, Christian and Samaritan Literature (200 BCE – 400 CE) (dalam bahasa Inggeris). Brill. m/s. 76–203. ISBN 978-90-04-33482-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2023. Dicapai pada 2023-07-06. "Keasyikan kepustakaan para rabai dengan Tanah Israel sememangnya intensif dan tidak henti. Tidak hairanlah kepustakaan ini menawarkan banyak maklumat kepada ahli sejarah Tanah Israel bagi penjelasan kepada pelbagai topik."
- ^
- Biger, Gideon (2004). The Boundaries of Modern Palestine, 1840–1947 (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 58–63. ISBN 978-1-135-76652-8.
Tidak seperti kesusasteraan terdahulu yang membincangkan penetapan sempadan Palestin, sempadan-sempadan tersebut tidak dipersembahkan mengikut makna tradisional sejarahnya, tetapi mengikut sempadan Eretz Israel Yahudi yang bakal ditubuhkan di sana. Pendekatan ini mencirikan semua penerbitan Zionis pada waktu itu ... apabila mereka menunjukkan sempadan, mereka lebih mengutamakan keadaan realistik dan keperluan ekonomi strategik berbanding impian yang tidak realistik berdasarkan sejarah silam. Ini bermaksud bahawa para perancang mereka membayangkan Palestin masa depan yang mengawal semua sumber Sungai Jordan, bahagian selatan Sungai Litani di Lubnan, kawasan besar yang boleh dicucuk tanam di sebelah timur Sungai Jordan, termasuk zon gandum Houran dan Gil'ad, Gunung Hermon, sungai Yarmuk dan Yabok, serta Laluan Kereta Api Hijaz ...
- Motyl 2001, halaman 604
- Herzl, Theodor (1988) [1896]. "Biography, by Alex Bein". Der Judenstaat [The Jewish state]. Diterjemahkan oleh Sylvie d'Avigdor (ed. republication). New York: Courier Dover. m/s. 40. ISBN 978-0-486-25849-2. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 1, 2014. Dicapai pada September 28, 2010.
- Biger, Gideon (2004). The Boundaries of Modern Palestine, 1840–1947 (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 58–63. ISBN 978-1-135-76652-8.
- ^
- Manna 2022;
- Khalidi 2020, halaman 76;
- Cohen 2017, halaman 78;
- Lustick & Berkman 2017, halaman 47–48;
- Rouhana & Sabbagh-Khoury 2014, halaman 6;
- Masalha 2012, halaman 38;
- Lentin 2010, halaman 7;
- Shlaim 2009, halaman 56;
- Pappe 2006, halaman 250;
- Morris 2004, halaman 588
- ^ a b Gorni, Yosef (1987). Zionism and the Arabs, 1882-1948: A Study of Ideology. Clarendon Press. ISBN 978-0-19-822721-2. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 7, 2024. Dicapai pada Jun 23, 2024.
- ^ Ben-Ami 2007: "Etos Zionisme adalah dua; ia memfokuskan demografi—mengumpulkan orang buangan ke negara Yahudi yang berdaya maju dengan minoriti Arab yang sekecil mungkin—dan tanah."
- ^ Conforti, Yitzhak (Mac 2024). "Zionism and the Hebrew Bible: from religious holiness to national sanctity". Middle Eastern Studies. Taylor & Francis. 60 (3): 483–497. doi:10.1080/00263206.2023.2204516. ISSN 1743-7881. LCCN 65009869. OCLC 875122033. S2CID 258374291 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ "Zionism | nationalistic movement". Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 25, 2018. Dicapai pada Jun 30, 2016.
- ^ "Zionism". Oxford Learner's Dictionaries. Oxford. Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2022. Dicapai pada Disember 11, 2023.
- ^ "What is Zionism?". Vox. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 9, 2021. Dicapai pada 2 Mei 2024.
- ^ Walter Laqueur, The History of Zionism (2003) m/s. 40
- ^
- Shillony, Ben-Ami (2012). Jews & the Japanese: The Successful Outsiders. Tuttle Publishing. m/s. 88. ISBN 978-1-4629-0396-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2018. Dicapai pada 21 November 2017.
(Zionisme) muncul sebagai tindak balas dan peniruan gerakan nasionalis yang berlaku ketika itu di Eropah Tengah, Selatan, dan Timur
- LeVine, Mark; Mossberg, Mathias (2014). One Land, Two States: Israel and Palestine as Parallel States. University of California Press. m/s. 211. ISBN 978-0-520-95840-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2016. Dicapai pada 16 Mac 2016.
Induk Zionisme bukanlah Yahudi dan tradisi, tetapi anti-Semitisme dan nasionalisme. Cita-cita Revolusi Perancis merebak perlahan-lahan ke seluruh Eropah, akhirnya mencapai Batas Petempatan (Черта оседлости) di Empayar Rusia dan membantu mencetuskan Haskalah, atau Pencerahan Yahudi. Ini menimbulkan perpecahan kekal dalam dunia Yahudi, antara mereka yang berpegang pada visi berpaksikan halakha atau agama tentang identiti mereka dan mereka yang menerima sebahagian daripada retorik perkauman pada masa itu dan menjadikan orang Yahudi sebagai satu bangsa. Ini telah dibantu oleh gelombang pogrom di Eropah Timur yang menyebabkan dua juta orang Yahudi melarikan diri; kebanyakannya tiba di Amerika, tetapi ada yang memilih Palestin. Dorongan di sebalik ini ialah gerakan Hovevei Zion, yang berusaha dari tahun 1882 untuk membangunkan identiti Ibrani yang berbeza daripada agamma Yahudi.
- Gelvin, James L. (2014). The Israel-Palestine Conflict: One Hundred Years of War. Cambridge University Press. m/s. 93. ISBN 978-1-107-47077-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2016. Dicapai pada 16 Mac 2016.
Kenyataan bahawa nasionalisme Palestin terbentuk selepas Zionisme dan sebagai tindak balas terhadapnya langsung tidak mengurangkan legitimasi nasionalisme Palestin atau menjadikannya kurang sah daripada Zionisme. Semua nasionalisme muncul untuk menentang satu-satu pihak "lain". Apa sebab lagi anda perlu menyatakan siapa anda? Dan semua nasionalisme ditentukan oleh apa yang mereka lawan. Seperti yang telah kita lihat, Zionisme sendiri timbul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis anti-Semitik dan eksklusionari di Eropah. Salahlah menilai Zionisme sebagai kurang sah daripada anti-Semitisme Eropah atau nasionalisme-nasionalisme tersebut. Tambahan pula, Zionisme sendiri juga ditakrifkan oleh penentangannya terhadap penduduk asli Palestin di tanah itu. Kedua-dua slogan "penaklukan tanah" dan "penaklukan buruh" yang penting kepada jenis dominan Zionisme dalam Yishuv berasal akibat konfrontasi Zionis dengan pihak "lain" Palestin.
- Shillony, Ben-Ami (2012). Jews & the Japanese: The Successful Outsiders. Tuttle Publishing. m/s. 88. ISBN 978-1-4629-0396-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2018. Dicapai pada 21 November 2017.
- ^
- Cohen, Robin (1995). The Cambridge Survey of World Migration. Cambridge University Press. m/s. 504. ISBN 978-0-521-44405-7.
Zionism Colonize palestine.
- Gelvin, James (2007). The Israel–Palestine Conflict: One Hundred Years of War (ed. ke-2). Cambridge University Press. m/s. 51. ISBN 978-0-521-88835-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2017. Dicapai pada 19 Februari 2016.
- Pappé 2006, halaman 10–11
- Cohen, Robin (1995). The Cambridge Survey of World Migration. Cambridge University Press. m/s. 504. ISBN 978-0-521-44405-7.
- ^ Adam Rovner (2014). In the Shadow of Zion: Promised Lands Before Israel. NYU Press. m/s. 45. ISBN 978-1-4798-1748-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2016. Dicapai pada 16 Mac 2016.
Orang Yahudi Eropah berharap dan berdoa untuk sebuah tanah air di Zion selama hampir dua alaf, dan pada akhir abad ke-19 keturunan mereka telah mengubah hasrat keagamaan menjadi gerakan politik untuk mewujudkan entiti kebangsaan Yahudi di suatu tempat di dunia. "Nabi" Zionisme, Theodor Herzl, mempertimbangkan Argentina, Cyprus, Mesopotamia, Mozambique, dan Semenanjung Sinai sebagai calon tanah air Yahudi. Zionisme mengambil masa hampir sedekad untuk menumpukan kerinduan rohaninya secara khas pada Palestin Uthmaniyah.
- ^ Gamlen, Alan (2019). Human Geopolitics: States, Emigrants, and the Rise of Diaspora Institutions (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-883349-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2024. Dicapai pada 2 Mac 2021.
- ^ Butenschøn, Nils A. (2006). "Accommodating Conflicting Claims to National Self-determination. The Intractable Case of Israel/Palestine". International Journal on Minority and Group Rights. 13 (2/3): 285–306. doi:10.1163/157181106777909858. ISSN 1385-4879. JSTOR 24675372.
Dakwaan Zionis terhadap Palestin bagi pihak Yahudi dunia sebagai penduduk yang tinggal di luar wilayah asal adalah unik, dan tidak disokong (seperti yang diakui pada masa itu) oleh tafsiran yang mantap tentang prinsip penentuan nasib sendiri negara, yang dinyatakan dalam Perjanjian Liga versi-versi kemudian), dan seperti yang digunakan untuk wilayah-wilayah lain dengan status yang sama seperti Palestin ('A' Bermandat).
- ^ Penslar, Derek J. (2023). Zionism. Rutgers University Press. ISBN 978-0-8135-7609-1.
- ^
- Ben-Ami 2007, halaman 3
- Shapira 1992[halaman diperlukan]
- Shlaim 2001[halaman diperlukan]
- Ben-Ami, Shlomo (2022). Prophets Without Honor. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-006047-3. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 24, 2024. Dicapai pada Jun 23, 2024.
- ^ Noam Chomsky (1999). Fateful Triangle. Pluto Press. ISBN 978-0-7453-1530-0. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 24, 2024. Dicapai pada Jun 23, 2024.
- ^ Israel Affairs. Volume 13, Issue 4, 2007 – Special Issue: Postcolonial Theory and the Arab-Israel Conflict – De-Judaizing the Homeland: Academic Politics in Rewriting the History of Palestine. S. Ilan Troen
- ^ Aaronson, Ran (1996). "Settlement in Eretz Israel – A Colonialist Enterprise? "Critical" Scholarship and Historical Geography". Israel Studies. Indiana University Press. 1 (2): 214–229. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 21, 2013. Dicapai pada Julai 30, 2013.
- ^ "Zionism and British imperialism II: Imperial financing in Palestine", Journal of Israeli History: Politics, Society, Culture. Volume 30, Issue 2, 2011. pp. 115–139. Michael J. Cohen
- ^ * Shafir, Gershon, Being Israeli: The Dynamics of Multiple Citizenship, Cambridge University Press, 2002, pp. 37–38
- Bareli, Avi, "Forgetting Europe: Perspectives on the Debate about Zionism and Colonialism", in Israeli Historical Revisionism: From Left to Right, Psychology Press, 2003, pp. 99–116
- Pappé Ilan, A History of Modern Palestine: One Land, Two Peoples, Cambridge University Press, 2006, pp. 72–121
- Prior, Michael, The Bible and colonialism: a moral critique, Continuum International Publishing Group, 1997, pp. 106–215
- Shafir, Gershon, "Zionism and Colonialism", in The Israel / Palestinian Question, by Ilan Pappe, Psychology Press, 1999, pp. 72–85
- Lustick, Ian, For the Land and the Lord ...
- Zuriek, Elia, The Palestinians in Israel: A Study in Internal Colonialism, Routledge & K. Paul, 1979
- Penslar, Derek J., "Zionism, Colonialism and Postcolonialism", in Israeli Historical Revisionism: From Left to Right, Psychology Press, 2003, pp. 85–98
- Pappé 2006
- Masalha 2007, halaman 16
- Thomas, Baylis (2011), The Dark Side of Zionism: Israel's Quest for Security Through Dominance, Lexington Books, m/s. 4
- Prior, Michael (1999), Zionism and the State of Israel: A Moral Inquiry, Psychology Press, m/s. 240
- ^ * Zionism, imperialism, and race, Abdul Wahhab Kayyali, ʻAbd al-Wahhāb Kayyālī (Eds), Croom Helm, 1979
- Gerson, Allan, "The United Nations and Racism: the Case of Zionism and Racism", in Israel Yearbook on Human Rights 1987, Volume 17; Volume 1987, Yoram Dinstein, Mala Tabory (Eds), Martinus Nijhoff Publishers, 1988, p. 68
- Hadawi, Sami, Bitter harvest: a modern history of Palestine, Interlink Books, 1991, p. 183
- Beker, Avi, Chosen: the history of an idea, the anatomy of an obsession, Macmillan, 2008, pp. 131, 139, 151
- Dinstein, Yoram, Israel Yearbook on Human Rights 1987, Volume 17; Volume 1987, pp. 31, 136
- Harkabi, Yehoshafat, Arab attitudes to Israel, pp. 247–248
- ^ See for example: M. Shahid Alam (2010), Israeli Exceptionalism: The Destabilizing Logic of Zionism Paperback, or "Through the Looking Glass: The Myth of Israeli Exceptionalism" Diarkibkan September 21, 2017, di Wayback Machine, Huffington Post
- ^
- Masalha 2007, halaman 314
- Curthoys, Ned; Ganguly, Debjani (2007). Edward Said: The Legacy of a Public Intellectual. Academic Monographs. m/s. 315. ISBN 978-0-522-85357-5. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 12, 2017. Dicapai pada Mei 12, 2013.
- Kīfūrkiyān, Nādira Shalhūb (2009). Militarization and Violence Against Women in Conflict Zones in the Middle East: A Palestinian Case-Study. Cambridge University Press. m/s. 9. ISBN 978-0-521-88222-4. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 2, 2014. Dicapai pada Mei 12, 2013.
- Scham, Paul; Salem, Walid; Pogrund, Benjamin (2005). Shared Histories: A Palestinian-Israeli Dialogue. Left Coast Press. m/s. 87–. ISBN 978-1-59874-013-4. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2014. Dicapai pada Mei 12, 2013.
- ^ "After two thousand years of struggle for survival, the reality of Israel is a colonial state.' Avraham Burg cited Tony Judt, Israel:The Alternative New York Review of Books 23 October 2003
- ^
- Morris 2008, halaman 3
- Jabotinsky 1923, halaman 6–7
- ^ Finkelstein 2003, halaman 109: "Etos pertahanan" tidak pernah menjadi ideologi utama Zionisme arus perdana. Dari awal hingga akhir, Zionisme ialah gerakan penaklukan. Tajuk kecil pada kajian Shapira ialah "Keterdesakan Zionis Menggunakan Kekerasan". Namun, Zionisme tidak "terdesak" menggunakan kekerasan. Kekerasan – menggunakan frasa tepat Shapira dalam kesimpulannya – "wujud dalam situasi itu dari mula" (muka surat 357). Terpukau oleh mesianisme selepas pengeluaran Perisytiharan Balfour, gerakan Zionis berusaha untuk menakluki Palestin dengan Legion Yahudi di bawah slogan "Dengan darah dan api, Judea akan bangkit kembali" (muka surat 83–98). Apabila harapan-harapan apokaliptik ini dilenyapkan dan digantikan oleh realiti Mandat British, Zionisme arus perdana menjadikan ini satu keperluan dan mengagungkan buruh ketika mereka terus menakluki Palestin "dunum demi dunum, kambing demi kambing". Walau bagaimanapun, kekerasan tidak pernah ditinggalkan. Shapira secara salah membezakan antara penempatan ("berdasarkan buruh") dan kekasaran ("berdasarkan penaklukan"). Namun, penempatan ialah kekerasan dalam bentuk lain. Tujuannya, menurut kata-kata Shapira, adalah untuk membina "infrastruktur Yahudi di Palestin" supaya "keseimbangan kuasa antara Yahudi dan Arab berpihak kepada Yahudi" (muka surat 121, 133; bandingkan dengan muka surat 211). Kepada seruan seorang pemimpin Zionis selepas kejadian Tel Hai bahawa "kita mesti menjadi kuasa di tanah ini", Shapira menambah penjelasan: "Beliau bukan merujuk kepada kuasa ketenteraan, tetapi kepada kuasa dari segi demografi dan penjajahan" (muka surat 113). Namun, Shapira sengaja mengabaikan perkara asas bahawa "demografi dan penjajahan" juga merupakan bentuk kekerasan. Tambahan pula, tanpa "bayonet asing" daripada Mandat British, gerakan Zionis tidak mungkin dapat menjejakkan jari kaki, apatah lagi berakar umbi, di Palestin. Menjelang akhir tahun 1930-an dan terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, beberapa peristiwa – komitmen Britain yang semakin berkurangan terhadap Perisytiharan Balfour, peningkatan penentangan Arab, pengukuhan Yishuv, dan lain-lain – menyebabkan konsensus terbentuk dalam gerakan Zionis bahawa masanya telah tiba untuk kembali kepada strategi asal menakluki Palestin "dengan darah dan api".
Karya yang dipetik
[sunting | sunting sumber]- Abu El-Haj, Nadia (2012). The Genealogical Science: The Search for Jewish Origins and the Politics of Epistemology. Chicago Studies in Practices of Meaning. University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-20142-9. Dicapai pada Julai 8, 2023.
- Baker, Cynthia M. (2017). "Zionism's New Jew and the Birth of the Genomic Jew". Jew. Key Words in Jewish Studies. Rutgers University Press. m/s. 99–110. ISBN 978-0-813-57386-1. Dicapai pada Julai 10, 2023.
- Ben-Ami, Shlomo (2007). Scars of War, Wounds of Peace. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-532542-3. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 24, 2024. Dicapai pada Jun 23, 2024.
- Burton, Elise K. (2021). Genetic Crossroads: The Middle East and the Science of Human Heredity. Stanford University Press. ISBN 978-1-5036-1457-4. Dicapai pada Julai 8, 2023.
- Busbridge, Rachel (2018). "Israel-Palestine and the Settler Colonial 'Turn': From Interpretation to Decolonization". Theory, Culture & Society. 35 (1): 91–115. doi:10.1177/0263276416688544. S2CID 151793639.
- Cohen, Hillel (2017). "The First Israeli Government (1948–1950) and the Arab Citizens: Equality in Discourse, Exclusion in Practice". Dalam Rouhana, Nadim N.; Huneidi, Sahar S. (penyunting). Israel and its Palestinian Citizens: Ethnic Privileges in the Jewish State (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 73–102. ISBN 978-1-107-04483-8.
- Finkelstein, Norman G. (2003). Image and reality of the Israel-Palestine conflict. Verso Books. ISBN 978-1-85984-442-7. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 26, 2023. Dicapai pada Januari 27, 2024.
- Finkelstein, Norman G. (2016). Image and Reality of the Israel-Palestine Conflict. Verso Books. ISBN 978-1-78478-458-4. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 7, 2024. Dicapai pada Jun 23, 2024.
- Hacohen, Dvorah (1991). "BenGurion and the Second World War". Dalam Frankel, Jonathan (penyunting). Studies in Contemporary Jewry: Volume VII: Jews and Messianism in the Modern Era: Metaphor and Meaning. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-536198-8.
- Hakohen, Devorah (2003). Immigrants in Turmoil: Mass Immigration to Israel and Its Repercussions in the 1950s and After. Syracuse University Press. ISBN 978-0-8156-2969-6.
- Hazony, Yoram (2000). The Jewish State: The Struggle for Israel's Soul (ed. 1st). New York: Basic Books. ISBN 978-0-465-02902-0.
- Hirsch, Dafna (2009). "Zionist eugenics, mixed marriage, and the creation of a 'new Jewish type'". Journal of the Royal Anthropological Institute. Wiley. 15 (3): 592–609. doi:10.1111/j.1467-9655.2009.01575.x. ISSN 1359-0987. JSTOR 40541701.
- Hirst, David (2003). The Gun and the Olive Branch: The Roots of Violence in the Middle East. Nation Books. ISBN 978-1-56025-483-6.
- Jabotinsky, Ze'ev (4 November 1923). "The Iron Wall" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada Mei 9, 2024. Dicapai pada April 17, 2024.
- Khalidi, Rashid (2020). The Hundred Years' War on Palestine: A History of Settler Colonialism and Resistance, 1917–2017. Metropolitan Books. ISBN 978-1-62779-854-9.
- Laqueur, Walter (2003). A History of Zionism: From the French Revolution to the Establishment of the State of Israel. Random House. excerpt and text search
- Lentin, Ronit (2010). Co-memory and melancholia: Israelis memorialising the Palestinian Nakba. Manchester University Press. ISBN 978-1-84779-768-1.
- Lustick, Ian S.; Berkman, Matthew (2017). "Zionist Theories of Peace in the Pre-state Era: Legacies of Dissimulation and Israel's Arab Minority". Dalam Rouhana, Nadim N.; Huneidi, Sahar S. (penyunting). Israel and its Palestinian Citizens: Ethnic Privileges in the Jewish State (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 39–72. ISBN 978-1-107-04483-8.
- Manna, Adel (2022). Nakba and Survival: The Story of Palestinians Who Remained in Haifa and the Galilee, 1948-1956. University of California Press. doi:10.1525/luminos.129. ISBN 978-0-520-38936-6.
- Masalha, Nur (2007). The Bible and Zionism: Invented Traditions, Archaeology and Post-Colonialism in Palestine- Israel. Zed Books. ISBN 978-1-84277-761-9. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 12, 2017. Dicapai pada Februari 19, 2016.
- McGonigle, Ian V. (2021). Genomic Citizenship: The Molecularization of Identity in the Contemporary Middle East. MIT Press (originally a Harvard PhD Thesis, published Mac 2018). ISBN 978-0-262-36669-4. Dicapai pada Julai 8, 2023.
- Medoff, Rafael (1998). "Review Essay: Recent Trends in the Historiography of American Zionism". American Jewish History. 86: 117–134. doi:10.1353/ajh.1998.0002. S2CID 143834470.
- Morris, Benny (2004) [1988]. The Birth of the Palestinian Refugee Problem Revisited (ed. 2nd). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-00967-6. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- Morris, Benny (October 2008). 1948: A History of the First Arab–Israeli War. Yale University Press. ISBN 978-0-300-14524-3.
- Motyl, Alexander J. (2001). Encyclopedia of Nationalism. II. Academic Press. ISBN 978-0-12-227230-1.
- Pappé, Ilan (2006). The Ethnic Cleansing of Palestine (dalam bahasa Inggeris). Oneworld Publications. ISBN 978-1-78074-056-0.
- Rouhana, Nadim N.; Sabbagh-Khoury, Areej (2014). "Settler-colonial citizenship: conceptualizing the relationship between Israel and its Palestinian citizens". Settler Colonial Studies (dalam bahasa Inggeris). 5 (3): 205–225. doi:10.1080/2201473X.2014.947671. ISSN 2201-473X. S2CID 56244739. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2022. Dicapai pada 23 November 2023.
- Sabbagh-Khoury, Areej (2022). "Tracing Settler Colonialism: A Genealogy of a Paradigm in the Sociology of Knowledge Production in Israel". Politics & Society. 50 (1): 44–83. doi:10.1177/0032329221999906. S2CID 233635930.
- Shapira, Anita (1992). Land and Power. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-506104-8. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 7, 2024. Dicapai pada Jun 23, 2024.
- Shimoni, Gideon (1995). The Zionist Ideology.
- Shlaim, Avi (2009). Israel and Palestine: Reappraisals, Revisions, Refutations. Verso Books. ISBN 978-1-78960-165-7.
- Shlaim, Avi (2001). The Iron Wall: Israel and the Arab World. W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-32112-8.
- Taylor, A. R. (1971). "Vision and intent in Zionist Thought". Dalam Abu-Lughod, I. (penyunting). The Transformation of Palestine. Evanston, IL: Northwestern University Press. ISBN 978-0-8101-0345-0.
- Wolfe, Patrick (2006). "Settler colonialism and the elimination of the native". Journal of Genocide Research. 8 (4): 387–409. doi:10.1080/14623520601056240. S2CID 143873621.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Sumber primer
- Herzl, Theodor. A Jewish state: an attempt at a modern solution of the Jewish question (1896) lian
- Herzl, Theodor. Theodor Herzl: Excerpts from His Diaries (2006) petikan dan carian . Diarkibkan Julai 8, 2014, di Wayback Machine
- Sumber sekunder
- Armborst-Weihs, Kerstin: The Formation of the Jewish National Movement Through Transnational Exchange: Zionism in Europe up to the First World War, European History Online, Mainz: Institute of European History, 2011, dicapai: 17 Ogos 2011.
- A. B. Masilamani, Zionism in Melu Kolupu (Telugu), Navajeevana Publications, Vijayanagar Colony, Hyderabad, 1984, m/s 121–126.
- Beller, Steven. Herzl (2004)
- Brenner, Michael, and Shelley Frisch. Zionism: A Brief History (2003) excerpt and text search
- Butler, Judith: Parting Ways: Jewishness and the Critique of Zionism. Columbia University Press, 2013. ISBN 978-0-231-14611-1
- Cohen, Naomi. The Americanization of Zionism, 1897–1948 (2003). m/s 304 esei mengenai topik-topik khusus
- Friedman, Isaiah. "Theodor Herzl: Political Activity and Achievements," Israel Studies 2004 9(3): 46–79, dalam talian dalam EBSCO
- David Hazony, Yoram Hazony, dan Michael B. Oren, eds., "New Essays on Zionism," Shalem Press, 2007.
- Kloke, Martin: The Development of Zionism Until the Founding of the State of Israel, European History Online, Mainz: Institute of European History, 2010, dicapai: 13 Jun 2012.
- Sachar, Howard M. A History of Israel: From the Rise of Zionism to Our Time (2007) petikan dan carian teks
- Simon, Leon (1922). . Encyclopædia Britannica. 32 (ed. 12th). Cite has empty unknown parameters:
|HIDE_PARAMETER15=
,|HIDE_PARAMETER4=
,|HIDE_PARAMETER2=
,|HIDE_PARAMETER8=
,|HIDE_PARAMETER5=
,|HIDE_PARAMETER7=
,|HIDE_PARAMETER10=
,|HIDE_PARAMETER14=
,|HIDE_PARAMETER13=
,|HIDE_PARAMETER9=
,|HIDE_PARAMETER11=
,|HIDE_PARAMETER1=
, dan|HIDE_PARAMETERone=
(bantuan) - Pawel, Ernst. The Labyrinth of Exile: A Life of Theodor Herzl (1992) petikan dan carian teks
- Taub, Gadi. The Settlers and the Struggle over the Meaning of Zionism (2010, Ibrani, Inggeris)
- Urofsky, Melvin I. American Zionism from Herzl to the Holocaust (1995), sejarah standard
- Wigoder, Geoffrey, ed. New Encyclopedia of Zionism and Israel (2nd ed. 2 vol. 1994); m/s 1521.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Zionisme |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Zionisme |
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
- CS1 errors: S2CID
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari September 2024
- Wikipedia articles incorporating a citation from the 1922 Encyclopaedia Britannica with Wikisource reference
- Tunas Israel
- Agama dan politik
- Nasionalisme
- Tanah Israel
- Sejarah Yahudi
- Sejarah Israel
- Teori politik
- Kontroversi berkaitan Yahudi
- Zionisme