Pergi ke kandungan

Pasta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Title Cuisine 2.jpg
Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan
Teknik penyediaan dan perkakas masak
Perkakas dapur - Teknik
Timbang dan ukur
Ramuan dan jenis makanan

Makanan
Masakan vegetarian
Herba dan Rempah
Keju - Pasta - Pencuci mulut
Roti - Sos - Sup - Teh
Ramuan-ramuan lain

Makanan wilayah
Afrika - Asia - Asia Selatan
Amerika Latin - Amerika Utara
Caribbean - Eropah
Tengah Timur
Makanan-makanan lain...
Lihat juga:
Dapur - Hidangan
Tukang masak terkenal
Wikibuku: Buku masakan
Pasta
Variasi pasta yang dijual di Itali
JenisMi
Tempat asalItali
Bahan utamaTepung gandum Durum
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum, rolled dough Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pasta merupakan sejenis mi, dan ia merupakan makanan ruji untuk makanan tradisional orang Itali[1]. Pasta dikenal pasti pada tahun 1154 di Sicily.[2]. Pasta dibuat dari tepung gandum jenis durum dijadikan doh (tidak dicampur ragi), dicampur dengan air, kemudian dibentuk menjadi pelbagai bentuk. Setiap bentuk tersebut dimasak dan dihidang untuk dijadikan pelbagai jenis hidangan. Ia juga boleh dibuat dari pelbagai jenis tepung bijirin. Telur juga boleh digantikan selain air. Pasta boleh dibahagi kepada dua kategori, kering (pasta secca) dan basah (pasta fresca).

Dikatakan terdapat berpuluh-puluh jenis pasta yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Ada yang panjang, ada yang pendek. Ada juga yang berbentuk unik dan berwarna-warni. 10 Jenis Pasta kegemaran diseluruh dunia: [3]

Berasal daripada perkataan ‘maccheroni’, makaroni adalah pasta pendek berbentuk lengkung seperti huruf C. Ia juga dipanggil pasta ‘elbow’.

Farfalle dalam bahasa Itali bermaksud kupu-kupu. Juga dikenali sebagai pasta ‘bowtie’ kerana bentuknya.

Conchieglie

[sunting | sunting sumber]

Conchieglie bermakna cangkerang dalam bahasa Itali. Pasta yang berbentuk cangkerang ini wujud dalam pelbagai saiz.

Fettucine

[sunting | sunting sumber]

Maksud fettucine ialah ‘riben kecil’ kerana bentuknya yang leper dan panjang berbentuk seperti potongan-potongan riben.

Angel Hair

[sunting | sunting sumber]

Berbentuk seperti spageti tetapi lebih kecil dan halus seakan mihun. Pasta ini cepat dimasak dan mudah disediakan.

Gnocchi adalah pasta berbentuk bebola atau bujur yang diperbuat daripada kentang, telur dan tepung.

Pasta ini boleh digaul dengan sayuran atau sebarang protein dan dijadikan salad.

Pasta ini berbentuk tiub iaitu berlubang di tengah dan dipotong serong dihujungnya.

Ravioli merupakan pasta berbentuk segi empat atau bulat yang berisi inti.

Bermakna ‘corkscrew’ dalam bahasa Itali, disebabkan bentuknya. Turut dikenali sebagai pasta ‘spiral’.

Penyimpanan

[sunting | sunting sumber]

Belum dimasak

[sunting | sunting sumber]

Pasta yang belum dimasak boleh dikategori kepada dua jenis:

Jenis ini dbuat dengan telur, tepung pelbagai guna atau "00" tepung rendah gluten. Lebih lembut disebabkan penggunaan telur sebagai bahan ramuan. Hanya perlu suku atau separuh masa saja untuk dimasak. Pasta jenis ini bukan bertujuan untuk dipasarkan, kerana ia tidak tahan lama.

Pasta basah atau segar ini perlu dimasak segera atau disimpan dalam peti ais, atau dibiar 1 ke 2 minit, dihabukkan dengan tepung supaya ia tidak melekat. Biarkan kering selama 30 minit, dibungkus dan disejukkan sehingga 2 hari. Boleh dibekukan sehingga 2 minggu.[4]

Pasta jenis ini mudah didapati dalam bungkusan-bungkusan di pasar raya. Telur tidak digunakan bertujuan untuk pemasaran yang mengambil tempoh yang lama. Dibuat dari tepung gandum semolina dan air, dijadikan pelbagai bentuk ke dalam acuan. Tidak seperti pasta basah, pasta jenis ini dikering dibawah suhu yang rendah untuk beberapa hari bertujuan kelembapan dapat disejat, maka ia dapat disimpan untuk tempoh yang lama.[5]

Sesuai dimakan bersama sos Ragù, sup dan kaserol, memandangkan ia tidak berubah bentuk bila dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Jangka hayat bagi pasta jenis ini boleh mencapai sehingga 1-2 tahun.[6]

Pasta yang dimasak tanpa sos, boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Tanpa sos, ia boleh bertahan 6-7 hari di dalam simpanan peti ais. Sebelum disimpan didalam peti ais, ia perlu dibasuh dengan air sejuk, kemudian dicampur sedikit dengan minyak zaitun.[7]

Sejuk Beku

[sunting | sunting sumber]

Pasta sejuk beku disimpan didalam plastik kedap udara dan boleh bertahan sehingga tempoh sebulan bergantung kepada suhu peti sejuk beku.[8]

  1. ^ Ehrlich, Richard (6 May 2009). "Process of Elimination". The Guardian. Dicapai pada 7 July 2012.
  2. ^ McClatchey, Caroline (15 June 2011). "How pasta became the world's favourite food". BBC. Dicapai pada 23 March 2012.
  3. ^ AR, Diyana (2017-02-03). "10 Jenis Pasta Yang Anda Patut Tahu Bagaimana Cara Memasaknya". VOCKET. Dicapai pada 2024-09-10.
  4. ^ All About Fresh Pasta
  5. ^ Dry Pasta vs Fresh Pasta: What the differences
  6. ^ http://www.eatbydate.com/grains/pasta-shelf-life-expiration-date/ How Long Does Pasta Last?]
  7. ^ Pasta Handling, Safety & Storage
  8. ^ Nicholson, Linda Miller (2018). pasta, pretty please: a vibrant approach to handmade noodles. New York: HarperCollins Publisher. m/s. 78. ISBN 9780062674937.