Teh
Teh (Jawi: تيه ) ialah minuman dihasilkan daripada seduhan panas atau sejuk daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis yang berasal dari China dan Asia Timur.[1] Minuman ini memberikan rasa harum manis atau pahit bergantung kepada jenis baka dan cara daun-daun tersebut diproseskan;[2] kandungan kafeina ia memberikan rangsangan dalam badan.[3] Air ini merupakan minuman berperisa paling luas diminum serata dunia[4] yang boleh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.
Minuman ini dahulunya diminum sebagai suatu air berubat dalam kalangan masyarakat di China Barat Daya, Tibet, utara Myanmar dan India Timur Laut.[5][6] Ia dimasyhurkan dalam kalangan masyarakat dinasti Tang yang merebak luas serata Asia Timur. Perkenalan ia kepada paderi-paderi Jesuit dan saudagar Portugis membawa tumbuhan ini ke dunia Barat di Eropah pada pertengahan abad ke-16. Ia menjadi minuman paling digemari di Eropah pada abad ke-18,[7] pengutamaan ia di mata Empayar British khususnya banyak mendorong dasar-dasar dan kejadian sejarah yang berkaitan dengan ia di seluruh dunia.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan "teh" meminjam dari sebutan Hokkien-Teochew aksara 茶 iaitu teh;[8] ia diturunkan dari sebutan asal dalam bahasa Min cabang Selatan iaitu te[9][10] atau tê.[11] Aksara 茶 (pinyin: chá) pula datang daripada pengolahan aksara 荼 (pinyin: tú) yang muncul pada zaman dinasti Tang.[12][13][14]
Istilah "teh" juga digunakan secara lanjutnya untuk sebarang minuman seduhan menggunakan tumbuhan herba selain Camellia sinensis, walau bagaimanapun air sebegini dibezakan dengan istilah "teh herba" untuk mengelakkan kekeliruan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bangsa Cina telah minum teh selama 5,000 tahun untuk kesihatan dan kenikmatan. Asal mula teh pada awalnya masih merupakan legenda. Salah satunya ialah cerita tentang Maharaja Shen Nung. Pada suatu hari, ketika Maharaja Shen Nung akan minum air mendidih, beberapa daun dari pohon yang menjuntai tertiup angin dan jatuh ke panci berisi air rebusan yang tak menyerupai air tersebut. Sang Maharaja ingin tahu dan memutuskan untuk mencicipi air rebusan yang tak menyerupai minuman tersebut. Maharaja pun merasakan air itu sedap dan menyihatkan tubuh. Sementara legenda dari India menghubungkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Setelah bertapa selama 7 tahun, beliau sangat letih. Dalam keadaan putus-asa beliau mengunyah beberapa daun yang tumbuh di sekitar tempatnya. Ternyata setelah dikunyah, dia merasa segar kembali.
Pada awal abad ke-9, di Jepun seorang biarawan yang baru pulang dari pengembaraannya, bernama Dengyo Daishi membawa benih tanaman teh dari Cina. Sejak itu teh dikenali di Jepun. Pada abad ke-17, para pedagang bangsa Belanda dan Portugis pertama kali memperkenalkan teh ke benua Eropah. Bangsa Rusia merupakan penggemar awal teh di Eropah. Teh yang mereka bawa melalui jalan darat dari Cina memakai kereta yang ditarik oleh unta.
Teh di ASEAN
[sunting | sunting sumber]Teh merupakan salah satu minuman yang sangat digemari dan diminum secara meluas di kawasan ASEAN. Air teh boleh dibuat dengan dicampur air panas dan gula sahaja, dikenali sebagai teh kosong, ataupun dicampur dengan susu segar atau susu pekat manis, dipanggil teh susu. Air teh susu boleh juga dicurah beberapa kali antara dua kole bagi menghasilkan teh tarik, yang mempunyai buih. Di Malaysia terdapat satu rancangan televisyen yang popular yang menganjurkan pertandingan teh tarik. Jenis-jenis air teh ialah seperti berikut:-
Nama teh o beng berasal dari perkataan teh o (teh kosong) dan bing (冰) yang bermaksud ais.
Penanaman dan pengkelasan
[sunting | sunting sumber]Teh ditanam kebanyakannya di tanah besar China, India, Pakistan, Iran, Sri Lanka (dikenali dengan nama lama Ceylon), Taiwan (dikenali dengan nama lama Formosa), Jepun, Indonesia, Nepal, Australia, Argentina dan Kenya.
Pembahagian teh menurut teknik pemprosesan
[sunting | sunting sumber]Empat jenis teh utama dikenali menurut cara pemprosesan daun teh. Daun daripada sejenis pokok renek malar hijau spesies Camellia sinensis dipetik, dan daun tersebut akan layu sekiranya tidak cepat dikeringkan dan menjalani proses pengoksidaan. Proses yang disebut ini menyamai pemaltan barli di mana kanji ditukarkan kepada gula dan daun teh menjadi semakin gelap akibat penguraian klorofil yang melepaskan tanin. Langkah kedua dalam proses ini ialah menghentikan proses pengoksidaan pada peringkat yang ditentukan dengan menyingkir air dari daun melalui pemanasan. Istilah penapaian digunakan (kemungkinannya diilhamkan daripada konsep pembuatan wain) untuk menggambarkan proses ini, meskipun tiada penapaian sebenar berlaku (yakni proses ini tidak disebabkan oleh mikroorganisma dan tiada etanol yang terhasil).
Teh secara tradisionalnya dikelaskan kepada empat kumpulan besar, berasaskan tahap "penapaian" yang dilalui oleh daun:[15]
- Teh putih: Pucuk daun yang tidak melalui pross pengoksidaan; pucuk boleh dilindungi dari cahaya matahari untuk mengelakkan pembentukan klorofil.
- Teh hijau: Proses pengoksidaan dihentikan selepas pengoksidaan yang minima melalui penambahan haba, sama ada melalui kaedah wap cara Jepun ataupun kaedah pengeringan di dalam kuali panas cara tradisi China.
- Oolong (烏龍茶): Pengoksidaan dihentikan pertengahan antara piawaian teh hijau dan teh hitam.
- Teh hitam: Pengoksidaan yang banyak; perkataan China secara harafiah ialah teh merah, yang mungkin digunakan oleh sesetengah peminat teh. Teh hitam dipecahkan lagi kepada sama ada mengikut kaedah orthodoks atau "CTC" (Crush, Tear, Curl atau "Penyek, Koyak, Kecut" ). Teh hitam yang belum dicampurkan lagi juga dikelaskan menurut ladang asal dan flush (keluaran pertama, kedua, atau musim luruh).
Teh putih dihasilkan dalam jumlah sedikit berbanding jenis lain, dan dengan itu lebih mahal berbanding teh dari pokok yang sama yang diproses menurut kaedah lain. Ia juga kurang dikenali di Amerika Syarikat, walaupun ia sekarang berubah dengan pengenalan teh putih dalam bentuk uncang.
Variasi luar biasa
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa persedian teh yang ada yang tidak menurut kaedah biasa:
- Pu-erh (普洱茶): Jenis teh khas dari Jajahan Yunnan, China. Teh ini dimampatkan ke dalam bentuk seakan batu-bata, cakera atau gasing. Terdapat bentuk kurang dan dwi-penapaian, dipanggil hijau (青饼) dan bersama "mutual" (熟饼) seumpamanya. Pur-erh bersama kadang-kala dianggap sebahagian kelas teh hitam. Pu-erh kadang-kala digambarkan sebagai dwi-penapaian: "penapaian" kedua ialah melalui tindakan mikrob dan kulat. Ketika kebanyakan teh digunakan dalam setahun selepas pengeluaran, pu-erh boleh disimpan melebihi 50 tahun. Teh ini seringkali direndam untuk tempoh masa yang lama atau juga direbus (orang-orang Tibet merebusnya semalaman). Pu-erh juga dianggap sebagai teh berubat di China.
- Teh kuning: Nama yang digunakan merujuk kepada teh berkuali tinggi yang dihidangkan di istana Maharaja, ataupun teh khas yang diproses menyerupai teh hijau, tetapi dengan fasa pengeringan yang lebih perlahan.
- Chong Cha (虫茶, teh cacing): Diperbuat dengan benih pokok renek teh dan bukan daunnya. Ia digunakan dalam perubatan Cina untuk menangani haba musim panas dan juga simptom selsema "influenza".
- Kukicha: Teh yang dikenali sebagai teh musim sejuk ini diperbuat daripada ranting dan daun tua yang dipotong dari pokok teh semasa musim bertapa dan dilayur di atas api. Popular sebagai makanan kesihatan di Jepun dan dalam diet makrobiotik.
- Lapsang souchong (正山小种 or 烟小种): Teh hitam asal Fujian, China yang dikeringkan dan diasapkan menggunakan api kayu pain yang memberikannya rasa kuat.
- Teh Rize: Teh hitam yang pekat dihasilkan di Turki, dengan rasa dan cara hidangan yang berlainan, dipanaskan terlebih dahulu serta dihidangkan dengan gula.
Pemprosesan teh hitam
[sunting | sunting sumber]- Sesudah dituai, daun mula-mula dilayurkan dengan meniup udara melaluinya.
- Teh hitam kemudiannya diproses melalui salah satu cara, CTC (Crush, Tear, Curl) atau orthodox. Kaedah CTC method digunakan bagi daun berkualiti rendah yang berakhir dalam uncang teh dan diprocess dengan menggunakan mesin. Kaedah ini efisen dan berkesan untuk menghasilkan produk berkualiti dari daun berkualiti serdahana dan rendah. Pemprosesan ortodok dilakukan samaada melalui mesin atau tangan. Pemprosesan menggunakan tangan dilakukan bagi teh berkualiti tinggi. Walaupun kaedah digunakan dalam pemprosesan ortodok berbeza menurut jenis teh, stail pemprosesan ini menghasilkan teh lerai berkualiti tinggi yang digemari oleh pakar "connoisseurs".
- Kemudian, daun dioksidakan menurut suhu dan kelembapan terkawal. Proses ini juga dikenali sebagai penapaian, walaupun tiada penapaian berlaku. Tahap pengoksidaan menentukan kualiti teh. Oleh kerana pengoksidaan bermula semenjak tahap pengilingan, tempoh masa antara proses ini juka merupakan faktor penting bagi menentukan kualiti teh.
- Kemudian daun dikeringkan untuk menghentikan proses pengoksidaan.
- Akhirnya, daun diasingkan menurut gred menurut saiz mereka (daun penuh, pecah, serpih "fannings" dan serbuk), biasanya dengan penggunaan tapisan. Teh boleh digredkan lagi sub-graded menurit kriteria lain.
Teh ini sedia untuk dibungkus.
Tanaman teh di Asia Selatan dan Timur
[sunting | sunting sumber]Teh Indian dan Ceylon biasanya diberi nama menurut kawasan asal: Darjeeling, Assam, Ceylon, dll. dan lebih lanjut lagi menurut ladang dan gred untuk daun berkualiti: contoh, "Darjeeling Lingia FTGFOP1".
Bagi teh Ceylon dari Sri Lanka nama gred menentukan saiz/gambaran teh tetapi bukan kualiti. Ketiadaan piawaian dalam gred pasaran menyukarkan untuk menggambarkannya dengan tepat. Teh Ceylon boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:
- Gred asal daun teh yang dibuat oleh peneroka teh Ceylon.
- Gred kepingan daun yang digunakan masa kini.
Senarai gred daun teh Ceylon:
- Orange Pekoe (O.P.) - daun panjang, nipis, berkedut wiry yang kadang-kala mengandungi pucuk. Warna airnya ceroh light atau pucat.
- Pekoe (Pek.) - Daun lebih pendek dan tidak begitu berkedut berbanding O.P., tetapi cecair secara umumnya mempunyai warna lebih gelap.
- Souchong (Sou.) - Daun tebal dan bulat, dengan warna air pucat.
- Orange Pekoe Pecah Broken Orange Pekoe (B.O.P. atau BOP) - Gred ini merupakan paling laku. Ia lebih kecil berbanding gred daun lain dan mengandungi pucuk. Airnya mempunyai warna dan rasa yang baik.
- Pekoe Pecah Broken Pekoe (B.P.) - Besar sedikit berbanding B.O.P., dangan warna lebih pucat dalam cawan; kebanyakannya digunakan sebagai pengisi dalam campuran.
- Pekoe Souchong Pecah Broken Pekoe Souchong (B.P.S) - Lebih besar berbanding B.P. dan dengan itu lebih pucat dalam cawan, tetapi juga digunakan sebagai pengisi dalam campuran.
- Perca Orange Pekoe Pecah Broken Orange Pekoe Fannings (B.O.P.F.) - Gred ini amat laku, terutama di UK. Ia lebih kecil berbanding B.O.P. dan kebaikannya adalah cepat dibancuh, dengan warna terang dalam cawan.
Sejumlah kecil gred Tippy atau Bunga Flowery (termasuk Flowery Orange Pekoe (F.O.P) dan Flowery Broken Orange Pekoe (F.B.O.P) dihasilkan. Ia biasanya lebih mahal untuk dihasilkan berbanding gred biasa , kerana ia membabitkan pemilihan pucuk dengan tangan.
Di Assam, gred teh utama yang dihasilkan ialah flowery pekoe (FP), orange pekoe (OP), pekoe (P), pekoe souchong (PS), dan souchong (S), dengan gred teh perca BOP = Broken Orange pekoe; FOP = Flowery Orange Pekoe; TGFOP = Tippy Golden Flowery Orange Pekoe; FTGFOP = Finest Tippy Golden Flowery Orange Pekoe.
Teh China dan Jepun mempunyai nama tradisi Jepun atau China sendiri: Genmaicha (玄米茶), Houjicha (焙じ茶), Pouchong (包種茶), dll. Sesetengah nama tradisi berkait dengan kawasan penghasilan teh atau ciri-ciri muka bumi yang jelas, tetapi nama lain lebih berkaitan dengan pemprosesan teh atau rupa teh yang diproses.
Campuran dan tambahan
[sunting | sunting sumber]Hampir kesemua teh dalam uncang teh dan kebanyakan teh lain adalah campuran. Walaupun kini dengan kemajuan dalam teknik beku kering dan kaedah "infusion" lebih baik, serbuk teh dan pati teh pekat yang hanya memerlukan air sejuk atau panas untuk membuat teh dijual. Campuran mungkin berlaku di peringkat kawasan penanaman teh (contoh. Assam), atau teh dari pelbagai kawasan mungkin dicampurkan. Matlamat pencampuran ialah menstabilkan rasa sepanjang beberapa tahun dan untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Teh yang lebih mahal dan sedap menyembunyikan rasa teh diperolehi dengan kos murah yang cenderung mempunyai rasa kurang sedap.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Martin, Laura C. (2007). Tea: The Drink that Changed the World. Tuttle Publishing. m/s. 8. ISBN 978-0-8048-3724-8.
- ^ Penelope Ody (2000). Complete Guide to Medicinal Herbs. New York: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 48. ISBN 978-0-7894-6785-0.
- ^ Cappelletti S, Piacentino D, Daria P, Sani G, Aromatario M (January 2015). "Caffeine: cognitive and physical performance enhancer or psychoactive drug?". Current Neuropharmacology. 13 (1): 71–88. doi:10.2174/1570159X13666141210215655. PMC 4462044. PMID 26074744.
- ^ Macfarlane, Alan; Macfarlane, Iris (2004). The Empire of Tea. The Overlook Press. m/s. 32. ISBN 978-1-58567-493-0.
- ^ Mary Lou Heiss; Robert J. Heiss. The Story of Tea: A Cultural History and Drinking Guide.
Camellia sinensis originated in southeast Asia, specifically around the intersection of 29th parallel and 98th meridian, the point of confluence of the lands of southwest China and Tibet
, north Burma, and northeast India, citing Mondal (2007) p. 519 - ^ Heiss & Heiss 2007, m/s. 6–7.
- ^ Lysaght, Patricia (1987). "When I makes Tea, I makes Tea: the case of Tea in Ireland". Ulster Folklife. 33: 48–49.
- ^ Dahl, Östen. "Feature/Chapter 138: Tea". The World Atlas of Language Structures Online. Max Planck Digital Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2008. Dicapai pada 4 June 2008.
- ^ Peter T. Daniels, penyunting (1996). The World's Writing Systems. Oxford University Press. m/s. 203. ISBN 978-0195079937.
- ^ "「茶」的字形與音韻變遷(提要)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-29.
- ^ Keekok Lee (2008). Warp and Weft, Chinese Language and Culture. Eloquent Books. m/s. 97. ISBN 978-1606932476.
- ^ Albert E. Dien (2007). Six Dynasties Civilization. Yale University Press. m/s. 362. ISBN 978-0-300-07404-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2016. Dicapai pada 10 January 2016.
- ^ Bret Hinsch (2011). The ultimate guide to Chinese tea. ISBN 978-974-480-129-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2016. Dicapai pada 10 January 2016.
- ^ Nicola Salter (2013). Hot Water for Tea. ArchwayPublishing. m/s. 4. ISBN 978-1-60693-247-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2016. Dicapai pada 10 January 2016.
- ^ Liu Tong (2005). Chinese tea. Beijing: China Intercontinental Press. m/s. 137. ISBN 978-7-5085-0835-1.