Rashid al-Ghannushi
Rashid al-Ghannushi راشد الغنوشي | |
---|---|
Kelahiran | El Hamma, Tunisia | 22 Jun 1941
Pusat pendidikan | Universiti Kaherah Universiti Damsyik Sorbonne |
Parti politik | Parti Ennahda |
Rashid al-Ghannushi (lahir di El Hamma, Tunisia, 22 Jun 1941; umur 83 tahun) merupakan warga Tunisia beragama Islam. Dilahirkan di Al-Hama, Qabis di selatan Tunisia, beliau adalah merupakan pengasas kepada Hizb al-Nahḍah, Parti Pembaharuan Tunisia.
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Rashid al-Ghannushi melanjutkan pelajarannya di Universiti Zaytuna pada tahun 1962. Beliau kemudiannya memasuki sekolah pertanian di Universiti Kaherah pada tahun 1964. Peristiwa penyingkiran Tunisia dari Mesir disebabkan oleh pertikaian antara Jamal Abdul Nasser dan Habib Bourguiba yang berlaku telah membawa beliau ke Syria. Di sana, beliau mempelajari falsafah di Universiti Damsyik pada tahun 1968. Semasa di Damsyik , Al-Ghannushi menyertai Parti Sosialis kerana Syria dipengaruhi aliran sosialis khususnya Parti Barth. Tetapi pandangannya terkemudian lebih cenderung kepada agama.Setahun dia di Sorbonne, Perancis sebelum kembali ke Tunisi dan telah menubuhkan sebuah organisasi pembaharuan Tunisia berdasarkan prinsip- prinsip Islam.
Ruang politik semakin luas pada April 1981 oleh Bourguiba, Al-Ghannushi mengasaskan "al-ittijah al-islami" atau 'Kecenderungan Pergerakan Islam'. Gerakan ini berakar umbi kepada Islam sederhana, tidak menaja keganasan dan menekankan "pembinaan semula kehidupan ekonomi yang lebih saksama, penerimaan pluralisme politik dan demokrasi . " Menjelang akhir bulan Julai, Al-Ghannushi dan pengikut-pengikutnya telah ditangkap, dihukum penjara sebelas tahun di Penjara di Bizerte dan diseksa. Komuniti agama dan sekular, termasuk pertubuhan-pertubuhan politik sekular menyokong beliau . Beliau dibebaskan pada tahun 1984, tetapi kembali ke penjara pada tahun 1987 dihukum penjara seumur hidup.Sekali lagi dibebaskan pada tahun 1988 . Beliau pindah ke Eropah sebagai buangan politik sehingga 1990-an.
Jawatankuasa Islam untuk Palestin mengadakan persidangan di Chicago dari 22-25 Disember 1989 dan dia menjadi pernceramah yang bertajuk "Palestin, Intifada, dan Horizons Renaissance Islam" .Penceramah lain termasuk Abd Al-Aziz Al'Awda, "pemimpin spiritual" Jihad Islam dan Muhammad Umar ,Hizb al-Tahrir, Parti Pembebasan Islam.
Berikutan Pencerobohan Kuwait 1990 oleh Saddam Hussein, Ghannushi mengecam Raja Fahd dari Arab Saudi untuk kerana "jenayah 'menjemput tentera Amerika Syarikat berpangkalan di Dahran, Arab Saudi.Ghannushi menyokong Saddam berbanding Yusuf Ibn Tashfin.Pemerintah abad ke-11 Almoravid secara paksa bersatu dengan Islam Sepanyol untuk merampas dari penguasaan Kristian. Ghannushi berkata kini umat Islam berhadapan dengan "Tenters salib Amerika" "musuh Islam," dan Saddam telah mengambil langkah ke arah perpaduan. Al-Ghannushi mengancam Amerika Syarikat ketika berucap di Khartoum, Sudan semasa krisis .Kita akan menyerang mana-mana sahaja terhadap sesiapa yang menyerang Iraq.Kita mesti berperang tanpa henti terhadap Amerika sehingga mereka meninggalkan tanah Islam atau kita akan membakar dan memusnahkan segala kepentingan mereka merentasi seluruh dunia Islam .Belia Islam memberi amaran kepada Amerika dan menjadi lesen untuk menyerang kepentingan Amerika dan Barat di dunia Islam. Sebagai seorang Muslim, beliau menganjurkan kempen memboikot barangan Amerika, pesawat dan kapal-kapal.
Ghannushi terus mengkritik politik Tunisia dan rejim Presiden Zine El Abidine Ben Ali .Ben Ali berjaya digulingkan. Ghannushi kembali ke Tunisia pada 30 Januari 2011, selepas menghabiskan 22 tahun dibuang di London.
Pandangan Politik
[sunting | sunting sumber]Ghannushi mendakwa mewakili pandangan progresif dalam reformasi Islam dan mengutamakan inovasi terhadap ketidakadilan sosial. Budaya tempatan dan gerakan Islam diutamakan dan menolak teori-teori kabur Sayyid Qutb.Beliau memihak kepada hak-hak pekerja , unionism , dan pendidikan dan hak-hak wanita ,yang bersandarkan Islam tetapi tidak liberal feminisme .
Wanita sebahagian daripada masyarakat Islam mestilah diberi pendidikan. Tidak ada penindasan wanita dalam budaya Islam.Wanita mestilah berpengetahuan, kebebasan dan boleh menentukan nasib sendiri.Elakkan wanita daripada imej bogel, erotisme , meninggalkan rumah dan pergaulan bebas antara jantina. dia memberontak terhadap manifestasi cetek ini dan menyeru kembali kepada Islam. Harem dilihat sebagai penafian diri dan tidak mampu untuk menentukan nasib sendiri.Dalam masyarakat Islam, Rashid Al-Ghannushi percaya bahawa rakyat bukan Islam tidak harus dihalang daripada menyandang jawatan dalam kerajaan.
Pada 22 Januari 2011, Al Jazeera TV menyiarkan temubual dengan Rashid Al-Ghannushi yang mengesahkan pendirian beliau terhadap Khalifah Islam , dan menyokong demokrasi dan tidak sefahaman dengan Hizbut Tahrir.Ghannushi menuduh Hizbut Tahrir mengeksport kefahaman Islam yang diputarbelitkan Rachid Ghanouchi diharamkan daripada memasuki Iran dan Arab Saudi. Dalam wawancara Mei 2011, bagi Ghannushi ,masalah Palestin merupakan masalah ummah dan semua tanah di antara masjid di Mekah dan Baitulmaqdis merupakan jantung Negara Islam.Benda asing selain itu adalah tanda penyakit ummah dan meramalkan bahawa Israel akan sampai ke penghujungnya.
Selepas Pilihan raya Tunisia 2011 , Ghannushi mengunjungi orang Yahudi Tunisia , menghantar delegasi dan dan hadiah ke rumah kebajikan Yahudi.