João Goulart
João Goulart | |
---|---|
Presiden Brazil ke-24 | |
Dalam jawatan 8 September 1961 – 2 April 1964 | |
Perdana Menteri | Tancredo Neves (1961–62) Brochado da Rocha (1962) Hermes Lima (1962–63) |
Naib Presiden | None |
Didahului oleh | Ranieri Mazzilli |
Digantikan oleh | Ranieri Mazzilli |
Naib Presiden Brazil ke-14 | |
Dalam jawatan 31 January 1956 – 25 Ogos 1961 | |
Presiden | Juscelino Kubitschek (1956–61) Jânio Quadros (1961) |
Didahului oleh | Café Filho |
Digantikan oleh | José Maria Alkmin |
Menteri Buruh, Industri dan Perniagaan Brazil | |
Dalam jawatan 18 Jun 1953 – 23 Februari 1954 | |
Presiden | Getúlio Vargas |
Didahului oleh | José de Segadas Viana |
Digantikan oleh | Hugo de Araújo Faria |
Wakil Persekutuan Negeri Rio Grande do Sul | |
Dalam jawatan 15 Mac 1951 – 15 Mac 1955 Antara 1951–1952, 1953–1954 | |
Ketua Negeri Rio Grande do Sul | |
Dalam jawatan 31 Januari 1947 – 31 Januari 1951 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | João Belchior Marques Goulart 1 Mac 1918 São Borja, Rio Grande do Sul, Brazil |
Mati | Disember 6, 1976 Mercedes, Corrientes, Argentina | (umur 58)
Cause of death | Serangan jantung (Official)[2] Diracu (Didakwa)[3] |
Tempat semadi | Cemitério Jardim da Paz São Borja, Rio Grande do Sul, Brazil[1] |
Parti politik | PTB (1946–66) |
Pasangan | Maria Teresa Fontela (k. 1955; his death 1976) |
Anak | João Vicente Goulart (l. 1956) Denise Goulart (l. 1957) |
Ibu bapa | Vicente Rodrigues Goulart Vicentina Marques Goulart |
Tandatangan | |
João Belchior Marques Goulart (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈʒu.ɐ̃w bewˈki.ɔɾ ˈmarkis ɡuˈlaɾ], atau [ˈʒwɐw ˈbɛwkjɔʁ ˈmaʁkiʒ ɡuːˈlaʁ]; 1 Mac 1918 – 6 Disember 1976) adalah seorang ahli politik Brazil ahli politik yang juga Presiden negara tersebut sehingga beliau digulingkan dalam suatu rampasan kuasa pada 1 April 1964. Beliau dianggap sebagai Presiden Brazil berfahaman sayap kiri sehingga naiknya jawatan Luiz Inácio Lula da Silva tahun 2003.[4]
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Karier politik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1956, Goulart dilantik sebagi Timbalan Presiden kepada Juscelino Kubitschek. Beliau diundi semula pada 1960 sebagai timbalan Jânio Quadros yang berpada dalam partai politik yang berbeza. Quadros meletakkan jawatan presidennya pada 1961 agar dapat membuat suatu penggulingan kuasa sendiri, lalu memudahkan João mengambil alih sebagai presiden. Keadaan ini tidak disenangi segelintir negarawan yang menganggapnya terlalu radikal dalam fahamannya. Kongres Brazil turut teragak-agak menerima hal ini namun suatu kompromi dapat dicapai, dan akhirnya João dapat menduduki jawatan presiden namun dalam suatu sistem berparlimen - beliau mendapat kuasa eksekutif sepenuhnya setelah suatu pungutan suara perlembagaan pada tahun 1963 sebulat suara menolak sistem ini.[perlu rujukan]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Beliau menghasilkan suatu perencanaan reformasi yang asas (Reformas de Base) di mana suatu campur tangan pemerintah dilibatkan secara banyaknya dalam ekonomi Brazil, membendung kebutahurufan dalam kalangan warga dewasa negara tersebut, pengagihan semula hartanah yang tidak menguntungkan pada keluasan tertentu kepada rakyat serta membuka hak mengundi kepada golongan-golongan pegawai tentera rendah serta buta huruf.
Goulart turut mewakili Brazil dalam memperjuangkan pengharaman penggunaan senjata nuklear dalam benua Amerika Selatan, lalu terlbibat dalam Perjanjian Tlatelolco antaranya; usaha ini dilanjutkan oleh Mexico setelah lumpuhnya pemerintahan Brazil.[5] Beliau berkecuali dalam polisi luar negaranya dengan menyambung hubungan bersama negara-negara sosialis serta membantah sekatan dagangan ke atas Cuba. Maka, Goulart sangat tidak disukai pemerintah Amerika Syarikat.
Kudeta
[sunting | sunting sumber]Pada awal pagi 31 Mac 1964, Jeneral Olímpio Mourão Filho mengarahkan pasukannya mula bergerak ke Rio de Janeiro untuk menggulingkan João.[6]
João menyedari hal tersebut lalu bertolak ke ibukota Brasilia tengah hari keesokan harinya agar hendak menghentikan kudeta ini dengan segala kuasa politiknya.[7] Malang menyebelahinya apabila Auro Moura Andrade, presiden Senat Brazil mula mendapatkan sokongan untuk pihak kudeta tersebut justeru Goulart sudah tangan kosong. Beliau mengumpulkan isteri dan dua anaknya untuk terbang bersama ke Porto Alegre dalam sebuah pesawat Avro 748 milik Tentera Udara Brazil. Andrade isytiharkan jawatan Presiden Brazil sudah "kosong" tidak lama selepas Goulart berlepas.[8]
Pada waktu paginya, Jeneral Floriano Machado memberitahu Goulart bahwa pasukan yang setia kepada kudeta telah bergerak dari Curitiba ke Porto Alegre lalu menggesa beliau meninggalkan Brazil agar tidak ditangkap. Pada 11:45 pagi, Goulart menaiki pesawat Douglas C-47 ke ladang miliknya bersempadan Uruguay. Beliau kekal di situ sehingga 4 April, di mana beliau akhirnya menaiki pesawat menuju Montevideo.[9]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Goulart meninggal di apartmen La Villa miliknya di Mercedes, wilayah Corrientes, Argentina pada 6 Disember 1976. Ada yang menganggap beliau meninggal akibat serangan jantung namun perkara tersebut tidak dapat disahkan kerana autopsi tidak dijalankan ke atas mayatnya. Sekitar 30,000 orang menghadiri pengebumiannya, di mana liputan tersebut disembunyikan pemerintahan diktator Brazil.[perlu rujukan]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Atrações Turísticas". Prefeitura de São Borja.
- ^ "Jango teve morte natural, mas envenenamento não está descartado" (dalam bahasa Portugis). O Dia. 1 December 2014. Dicapai pada 8 January 2018.
- ^ "Goulart foi morto a pedido do Brasil, diz ex-agente uruguaio" (dalam bahasa Portugis). Folha de S. Paulo. 27 Januari 2008. Dicapai pada 8 Januari 2018.
- ^ Morton, David. "Looking at Lula: Brazil's Amazon deforestation worsens—despite a "Green" president", E Magazine, September 1, 2005.
- ^ Hugh B. Stinson & James D. Cochrane, "The Movement for Regional Arms Control in Latin America", Journal of Interamerican Studies and World Affairs, Jld. 13, No. 1 (1971): 1–17.
- ^ Olímpio Mourão Filho Diarkibkan 2009-03-17 di Wayback Machine Fundação Getúlio Vargas: Centro de Pesquisa e Documentação de História Contemporânea do Brasil. Retrieved on August 20, 2007.
- ^ Gaspari, Elio (2002). A Ditadura Envergonhada. São Paulo: Cia. das Letras. m/s. 103. ISBN 85-359-0277-5.
- ^ Gaspari, Elio (2002). A Ditadura Envergonhada. São Paulo: Cia. das Letras. m/s. 111. ISBN 85-359-0277-5.
- ^ Gaspari, Elio (2002). A Ditadura Envergonhada. São Paulo: Cia. das Letras. m/s. 113. ISBN 85-359-0277-5.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Braga, Kenny; Souza, João Borges de; Dioni, Cleber; Bones, Elmar (2004). João Goulart (1919–1976) – Perfil, discursos e depoimentos (PDF). Perfis Parlamentares Gaúchos (dalam bahasa Portugis). Porto Alegre: Assembléia Legislativa do Estado do Rio Grande do Sul.