Pergi ke kandungan

Khairuddin A Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khairuddin A Rahim
Ahli Dewan Negeri
Ketua PKR cabang Batu Pahat
Dalam jawatan
2022–2025
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Senggarang
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului olehA. Aziz Ismail
Digantikan olehMohd Yusla Ismail
Maklumat peribadi
Lahir (1959-04-23) 23 April 1959 (umur 65)
Batu Pahat, Johor
Parti politik (-2015)
(2015-2021)
(2021-kini)
PasanganNoraini Aman
PekerjaanAhli politik

Khairuddin A Rahim (lahir 23 April 1959) merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan ADUN bagi Senggarang, Johor sejak memenangi Pilihan raya negeri Johor 2018. Beliau juga merupakan setiausaha AMANAH negeri Johor. Beliau pernah bertanding semasa PRU-13 di Parlimen Parit Sulong atas tiket PAS tetapi telah ditewas.[1] Selepas itu, beliau telah menyertai parti AMANAH dan berjaya tewas calon UMNO di DUN Senggarang atas sokongan penduduk dengan majoriti yang kecil iaitu 809[2].

Beliau pernah memintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor kerana dipercayai berlaku penyelewengan.[3] Khairuddin juga mengemukakan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Ne­geri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.[4]

Pada 2021, beliau dengan 3 ADUN AMANAH Johor meninggalkan AMANAH dan menyertai PKR. Pada Pilihan raya negeri Johor 2022 beliau dicalonkan PKR untuk bertanding di Rengit.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 Parit Sulong Khairuddin A. Rahim PAS 18,505 Noraini Ahmad BN (UMNO) 30,258 11,573

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Rengit Khairuddin A Rahim PH (PKR) 2,065 Mohd Puad Zarkashi BN (UMNO) 7,903 1,920
Mohamad Huzair Lajis PN (BERSATU) 5,983
Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir PEJUANG 206
2018 Senggarang Khairuddin A Rahim PH (AMANAH) 10,568 Zaidi Japar BN (UMNO) 9,759 809
Mohd Ramli Md Kari PAS 2,699
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-29. Dicapai pada 2018-12-09.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-12-09.
  3. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/507129/exco-jawab-dakwaan-seleweng-tabung-amanah
  4. ^ http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/pulau-kukup-kekal-taman-negara-johor-1.800594